2008 | Just Blogging







Peperiksaan PMR 2008

Good Luck diucapkan kepada pelajar tingkatan 3 seluruh negara khususnya pelajar Form 3 SM Sains Muzaffar Syah Melaka. Hari ini peperiksaan PMR mereka bermula dengan kertas Bahasa Malaysia.
Berusaha & bertawakallah kepada tuhan..
100% straight A's PMR MOZAC.
InsyaAllah.
{ Read More }


Lailatul Qadar - Malam Kemuliaan.



Meanings Of Surah Al-Qadr (1-5).

1. Surely We revealed it on the grand night.
2. And what will make you comprehend what the grand night?
3. The grand night is better than a thousand months.
4. The angels and Gibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair,
5. Peace! it is till the break of the morning.

SESIAPA yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Majah)

Tujuan berpuasa adalah supaya kita bertakwa. Ini bersabit dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 di mana Allah berfirman mafhum-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu semoga kamu menjadi golongan bertakwa.

Oleh itu Allah mewajibkan puasa ke atas umat Islam supaya kita menjadi umat yang bertakwa kepada-Nya. Itulah matlamat puasa yang sebenarnya berdasarkan ayat Al-Quran ini.

Antara amalan yang digalakkan ketika tibanya Ramadan ialah qiamulail. Istilah Qiamulail bermaksud bangun malam kerana melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Waktu sesuai melakukannya ialah selepas 1/3 malam. Ketika menyambutnya Ramadan kita sering mendengar lailatuqadar, iaitu malam kemuliaan yang mempunyai fadilat yang sungguh besar & berharga. Allah menyatakan di dalam al-Quran ‘Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan’ - (al-Qadr, 3). 1000 bulan itu menyamai 83 tahun 4 bulan.Hakikatnya, kelebihan mendapat Lailatul Qadar itu adalah seumpama pergibadatan selama 83 tahun dan empat bulan! (seribu bulan). Subahanallah!!

Dengan sekadar membaca Bismillah atau menyebut Allah pun pada malam berkenaan, nilainya akan lebih tinggi dari yang yang dibaca atau disebut pada malam dan hari-hari biasa. Bacaan dan sebutan pada Lailatul Qadar sama dengan bacaan atau sebutan 1,000 bulan.

Lihatlah, betapa hebatnya hadiah Allah kepada umat Nabi Muhammad ini. Kita sepatutnya bersyukur kerana mendapat ganjaran qiamulail Allah ini. Nuzul Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar berdasarkan firman Allah: Maksudnya (Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan) Al-Qadr,1. Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran merupakan salah satu peristiwa penting yang dicatatkan dalam al-Quran sebagai salah satu kebesaran Allah s.w.t kepada umatnya.

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.


Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Amalan ini lebih baik jika dilakukan ketika qiamulail. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Pada malam ini, kita mesti beribadat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan bukannya yang selain dari itu, termasuk bukan kerana mahu berjumpa dengan Lailtul Qadar. Anggaplah Lailatul Qadar ini sebagai ganjaran hebat Allah S.W.T kepada kita.
Orang yang tidak pernah berqiamullail akan melihat ibadat ini sebagai satu yang sukar dan berat kerana ia melibatkan solat tasbih, solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.Tegasnya, kita mesti berqiamulail dengan ikhlas semata- mata kerana Allah bukan kerana mengikut budaya, ajakan rakan atau kerana menunjuk-nunjuk. Keikhlasan adalah kunci keimanan kepada-Nya.

Oleh sebab itu, amalan qiamullail amat unik dan memerlukan individu yang berkesanggupan tinggi dan mampu berkorban masa dan tenaga serta beriltizam tinggi untuk menunaikannya. Set dalam minda kita, berniat untuk melakukan qiamulail & beriltizam ingin melakukannya.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri). Oleh itu, amalan qiamulail pada 10 malam terakhir Ramadan adlah sunah Rasulullah S.A.W.

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya. Beribadatlah bersunguh-sungguh kepada-Nya.

Tetapi sayangnya masyarakat Melayu kini mempercayai perkara yang khurafat mengenai Lailatul Qadar. Kononnya memasang pelita selepas 15 Ramadan kerana untuk menarik perhatian para malaikat Lailatul Qadar masuk ke rumah mereka. Mereka terkeliru dengan firman Allah yang bermaksud: (Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya) Al-Qadr,4.

Sebenarnya, untuk masuk ke rumah sesiapa pun, malaikat tidak perlu ditarik dan diumpan (barangkali sama juga dengan disogok atau dirasuah) dengan pemasangan pelita, kerana gelap bagi kita (manusia) tidak semestinya gelap kepada para malaikat.
Tetapi jika niat kita memasang pelita kerana ingin meraikan hari-hari terakhir Ramadan & menceriakan kedatangan Syawal, memang digalakkan. Perkara-perkara ini terletak pada niat kita untuk melakukannya. Janganlah mempercayai malaikat akan tertarik kepada rumah yang bercahaya dengan pelita.

Bagi suami isteri, 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Ceriakan hari-hari terakhir Ramadan dengan qiamulail. InsyaAllah.
Selamat Berpuasa & menunaikan ibadah pada Ramadan Al-Mubarak ini...
Sekian.

(baca juga Ibadat Sunat Bulan Ramadhan)
{ Read More }


Ibadah Sunat pada bulan Ramadhan.

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (riwayat Bukhari).

2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.

3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (riwayat Tirmizi).

4. Menjamu makanan. Golongan salaf as-soleh amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan makanan ini dapat menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan.

5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf as-soleh khatam al-Quran ketika mengerjakan qiamullail pada malam bulan Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya seminggu sekali dan ada yang mengkhatamnya 10 hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah selesai menunaikan solat subuh, baginda akan terus duduk di tempat solat baginda sehingga terbit matahari.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

8. Mengerjakan umrah. Rasulullah SAW pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. (riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.

10. Mencari-cari Lailatul Qadar. Rasulullah SAW akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.

Selamat Berpuasa!!


(Sumber: Utusan September 2008)
{ Read More }


Projek Midori Table.

Satu kertas kerja(proposal) mengenai meja yang boleh menghasilkan elektrik telah disiapkan. Projek ini akan dipertandingkan dalam NST-Shell Young Inventor's Contest (Pertandingan Perekacipta Muda) 2008.

Alhamdulillah, projek telah terpilih dalam 9 peserta terakhir dan perlu ke KL dalam hujung bulan Oktober atau awal bulan November.

Mengenai projek, ia adalah sebuah meja yang boleh menghasilkan elektrik dengan menggunakan sedikit saja tenaga manusia iaitu pergerakan kaki. Tetapi elektrik yang dihasilkan cukup untuk membekalkan kuasa kepada perkakasan elektrik rumah seperti TV, laptop & seterika. Masalah terbesar ialah bagaimana untuk menghasilkan tenaga elektrik 240V daripada sekecil tenaga kaki manusia. Penyelesaian yang ada ialah memberi ia masa untuk mengecas tenaga tapi bagaimana supaya ianya efektif?

Lama jugak memikirkan idea ni tapi alhamdulillah berjaya juga proposal ini disiapkan atas kerjasama Panitia Fizik & Bahasa Inggeris SM Sains Muzaffar Syah Melaka. Kalau projek ini berjaya diimplementasikan, harap dapt menjimatkan penggunaan elektrik kat rumah mahupun sekolah.

Doakan projek ini berjaya dipilih sebagai pemenang.
Amiin...
Sekian Terima Kasih.

Salam,
Hairul Azizi.
{ Read More }


Selamat Berpuasa

Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakyat Islam di Malaysia.
Dalam bulan puasa ini marilah kita beramal dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran & ibadah sunnah lain seperti solat sunat hajat & terawih.
Bulan puasa adalah bulan yang menguji kesabaran & permulaan yang baik bagi mereka yang ingin berhenti merokok.
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), mereka telah menjalankan kajian terhadap orang yang berpuasa & mendapati bahawa puasa boleh meningkatkan neurotransmitter iaitu agen refleks dalam badan. Orang yang berpuasa akan mempunyai respons yang tinggi & penumpuan yang lebih dengan agen ini.
Itulah sebab mengapa ulama mengatakan "Kekenyangan adalah punca nafsu". Ini kerana apabila kita kenyang, kita mudah menjadi malas & mengantuk sebab banyak oksigen diperlukan untuk memproses makanan ini.Puasa meningkatkan respons & penumpuan terutamanya ketika belajar.
Orang yang berjaya menjaga puasanya & ikhlas melakukannya sebenarnya berjaya mengawal nafsunya. Ini kerana lawan bagi nafsu ialah berpuasa.
Tak lupa juga saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelang kepada anda sumer.
{ Read More }


Hari Kemerdekaan: Blog Tema Perpaduan

Sekolah menganjurkan rekaan laman blog sempena hari kemerdekaan. Walaupun sibuk, sempat jugak disiapkan.

URL http://perpaduan.blogspot.com/
{ Read More }


Taklimat Program Ijazah Luar Negara

Semalam (Khamis), Tn. Jusney Hassan, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah memberikan taklimat mengenai syarat mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Taklimat diberikan keutamaan dalam Program Ijazah Luar Negara (PILN) bukan PLKN tau.



Selepas tu ada mock interview selama 45 minit yang dijalankan kepada 6 orang pelajar. Isu yg dilontarkan mengenai isu semasa, dalam & luar negara & fakta.
{ Read More }


Pemantapan Subjek Biologi

Pada hari ini Pelajar tingkatan 5 MOZAC menghadiri taklimat mengenai teknik sebenar menjawab peperiksaan Biologi SPM.
Program ini dibantu oleh Pn. Norfaiza Ahmad dari Universiti Kebangsaan malaysia (UKM) & Pn. Hafizah dari SMK Sg. Udang. Program ini dipantau oleh Panitia Biologi M0ZAC, Pn. Norhayati & Cik Rachel Easaw.
Pembincangan & taklimat diadakan mengenai Paper 2 & Paper 3 Biologi. Semoga program ini membantu Form 5 dalam peperiksaan Biologi Isnin nanti.

good luck!
{ Read More }


Peperiksaan percubaan SPM (level SBP)


Esok, 4 Ogos 2008 para pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan menjalani peperiksaan percubaaan SPM 2008.

Peperiksaan ini penting untuk mendapatkan biasiswa & sebagai medium untuk ke luar negara.

Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar SPM MOZAC 2008.
SPM 2008 MOZAC terbaik!! Insyaallah..
Target GPK SPM MOZAC : <1 .55="" br="">
Gud Luck!!
Try ur bezt!!
{ Read More }


Rekacipta Muda: Front Page

Kami sedang buat resarch & menyiapkan proposal untuk rekacipta nanti.

{ Read More }


Final Touch Up For Our R&D Project




Kami dah siapkann proposal mengenai projek R&D tentang teknologi yang boleh menghasilkan elektrik tanpa mencemarkan alam.

Bagaimana menukarkan tenaga kinetik (pergerakan) kaki manusia yang sedikit untuk menghasilkan elektrik 240V?

240V merupakan piawaian (standard) voltan elektrik di Malaysia.

Bayangkan produk yang boleh menghasilkan elektrik di rumah tanpa perlu membayar bil elektrik?

Adakah perkakas ini selamat?

{ Read More }


Hari ni balik!!

Pelajar MOZAC hari ni diwajibkan balik.
Esok ex-MOZAC nak datang sekolah. Apa yang dipanggil Re-Union.
Sebab tu pelajar kena balik atas arahan pengetua.
Sepatutnye kena sekolah ganti Sabtu ni tapi pengetua dah buat tindakan awal buat sekolah ganti sebelum ni sebagai persediaan.

Selamat Bercuti!!
{ Read More }


Bas sekolah MOZAC: gambar kenangan


Inilah bas sekolah yang menyimpan seribu satu kisah perjalanan kami.

Puas sudah jelajah satu semenanjung Malaysia, dari Melaka sampai ke KL pun pernah aku ikut.

Tiap-tiap kali solat Jumaat, berebut naik bas ni nak aircond & tempat duduk. hahah!
{ Read More }


Ujian Jenis Darah Kelas Biologi



Kali ni semua budak 5 Alpha diuji darah masing-masing dengan jarum. Bunyi macam menakutkan. Dah rasa ala-ala doktor pulak dalam kelas biolosgi nih.

Eksperimen ni untuk menganalisis tindak balas darah dengan Antibodi yang diberi.


Bersama Cik Rachel Easaw, guru biologi kami.

Jika darah A, darah akan bergumpal (agglutinate) dengan antibodi-A.


Jika darah B, darah akan bergumpal dengan antibodi-B.


Jika kedua-dua jenis darah bergumpal, jenis darah ialah AB.


Jika tiada apa-apa tindak balas, dikategorikan darah O.

Selama ni aku tak pernah tahu darah aku jenis apa, tapi dengan eksperimen mudah ni boleh tahu jenis darah dengan mudah. Waktu menderma atau menerima darah, mungkin ada lagi alat yang lebih berkesan dan cepat untuk mengesan jenis darah.

(dalam kumpulan Azizi & Afif: darah O, Zakiah & Alif : darah B, yang lain tak ingat pulop)
{ Read More }


Lawatan Ahli Kelab Astronomi

Sebagai pengerusi kelab astronomi, ahli Kelab Astronomi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah telah diatur menghadiri Hari Falak di Kompleks Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung bidara, Melaka. Perjalanan kami dari sekolah di Ayer Keroh memakan masa yang agak lama menaiki bas ke kawasan daerah Alor Gajah ini.
Bersama Mejar (Dr) Faiz Khaleed
Di hadapan Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg Bidara, Melaka.

Perasmian pembukaan satu bangunan planetrium baru dilakukan olaeh ketua menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam. Kami juga berpeluang berjumpa dengan Mejar (Dr.) Faiz Khaleed, Bakal Angkasawan Negara ke-2.

Datanglah ke sini, Kompleks Cerap Al-Khawarizmi ni sangat menarik dan cantik di tepi pantai. Pemandangan memang sejuk mata memandang menghadap Laut Selat Melaka.
{ Read More }


Pengenalan Blog


Blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, rujukan, idea, pandangan dan sebagainya.

Boleh dihubungi dengan emel ke:
hairulazizi.blogspot@gmail.com (Amaran: SPAM akan diBLOCK serta merta!).

Sebarang kesilapan, teguran atau artikel yang mahu diterbitkan semula harap dapat berhubung dengan saya secara terus sama ada melalui ruangan komen dan sebagainya.

Semoga mendapat manfaat berguna daripada blog ini.

Sekian. Terima kasih.

Hairul Azizi.
Ai Xuora Network
(SSM 002403590-T)
{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest