February 2009 | Just Blogging







Stress...

Stress boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang berpunca daripada bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan, hilang daya serta tenaga dan sebagainya.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca utama berlakunya stres iaitu; sifat semula jadi, ilmu dan pendidikan, suasana dan persekitaran, tanggungjawab dan kerjaya, sosial, hubungan dengan Allah serta gangguan perasaan.

Sebagai contoh, sifat semula jadi yang tidak sukakan kekalahan, terlalu inginkan kesempurnaan total (perfectionist), suka mendesak, kuat cemburu, risau yang keterlaluan dan tidak suka ditegur akan membuatkan seseorang mudah paranoid terhadap orang lain dan keadaan sekeliling.

Antara cara untuk menguruskan sterss ialah bijak menguruskan masa. Kita mesti pandai merancang masa peribadi dengan masa kerja. Kita mesti melakukan perkara mengikut keutamaan & segera. Sebagai contoh, kita boleh membuat nota, bahagikan kepada 4 bahagian.

1. Penting & segera
2. Penting tapi tidak segera
3. Segera tapi tidak penting
4. Tidak penting & tidak segera

Contohnya, anda diberikan kertas kerja untuk disiapkan dalam masa seminggu. Isteri anda yang sedang mengandung di rumah berasa ingin melahirkan anak & meminta untuk dihantar ke hospital. Perut anda pula memulas, berasa sakit & anda mahu ke tandas. Manakala terdapat komik best edisi terbaru di meja pejabat anda. Fikirkanlah, yang mana anda perlu segerakan & diberi keutamaan.

1. Penting & segera –pulang ke rumah untuk bawa isteri ke hospital
2. Penting tapi tidak segera –siapkan kertas kerja (Ada masa 7 hari)
3. Segera tapi tidak penting- Pergi tandas
4. Tidak penting & tidak segera- baca komik


Jika perkara ini anda amalkan, Insya-Allah sedikit sebanyak stress anda boleh dikawal. Anda boleh juga menyediakan activity logs & anggaran masa untuk menyiapkannya. Selamat mencuba !!


Dua Insan Ingin Bertemu
Apakan Daya Jauh Beribu Batu

Dua Insan Hari-hari Bertemu
Usahkan Tegur Pandang Pun Tak Mahu

BHAH.
{ Read More }


Rahsia Kejayaan Non-Malay

Mengapa pelajar bukan Melayu sering dikatakan lebih geliga daripada pelajar Melayu? Persoalan ini pernah dibangkitkan dulu. “Bergeliga sangatkah otak orang Cina berbanding orang Melayu?'' kata-kata yang pernah diungkapkan Tun Dr M.

Sebenarnya pelajar bukan Melayu & pelajar Melayu sebenarnya sama sahaja. Tapi apa yang berbeza? Kenapa orang Melayu malas? mungkin terlalu selesa?

Ini reaksi dari salah seorang Non-Malay kepada Melayu yang layu!


Nampak!??

Ramai orang ingat rangkap sajak Tun Dr M yang berbunyi:
"Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa"

Tetapi berapa ramai yang tahu rangkap akhir sajak tersebut?

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...
{ Read More }


YAHUDI TERKEJUT ISLAM ADA SATU TUHAN?!!

Tertarik dengan satu kenyataan seorang Yahudi yang memeluk Islam bernama Josh Hassan. Kenyataan ini dikeluarkan dalam akhbar MEGA terbitan Utusan Malaysia pada 5 Februari 2009.

Menurut Josh Hassan, “Mengapa saya hendak menyembah seorang Nabi (Nabi Isa) sedangkan baginda sendiri TIDAK pernah mengaku dirinya mempunyai ciri2 ketuhanan untuk disembah manusia. Josh Hassan begitu tertarik & terkejut dengan Islam kerana Islam juga mempercayai Tuhan yang Satu ‘sebagaimana’ ajaran utama Yahudi.

Pengajian saya terlalu kuat dipengaruhi Yahudi dari Israel. Fikiran saya terlalu kuat dipengaruhi bahawa Islam terdiri daripada pengganas2 yang sentiasa bertindak kejam dengan menjadikan orang Yahudi sebagai sasaran letupan dinamit. Saya perlu berpegang teguh bahawa orang Yahudi merupakan umat terpilih & orang Arab terdiri daripada orang jahat2 belaka.

Selepas itu, saya berasa amat kagum melihat agama Kristian yang mempunyai kekuatan tersendiri & demi sedikit mendapati agama Yahudi merupakan agama yang korup.

Saya masih keliru mengapa kita patut menyembah ‘Anak Tuhan’ (Nabi Isa) itu. Tambahan pula, untuk diterima dalam Mazhab Katholik, seseorang itu perlu belajar selama 9 bulan. Tetapi andai kata saya meninggal sebelum sempat 9 bulan, adakah para paderi akan bertanggungjawab terhadap status agama saya? Saya akhirnya tidak memeluk Kristian kerana apa yang saya dengar & pelajari, agama Kristian penuh dengan doktrin2 yang tidak benar.

Pada 1999, saya ternampak sebuah masjid di Boston & berhasrat untuk mempelajari Islam. Tanpa disangka2 lelaki di masjid itu berlumba2 memberi penerangan mengenai Islam kepada saya. Saya terharu dengan sambutan mereka & ingin memeluk Islam dalam masa itu. Saya cukup bersedia untuk mengucapkan kalimah syahadah.

“Tetapi adakah anda pasti? Anda tidak dipaksa untuk memeluk Islam.” ujar mereka dalam nada mesra. Saya terkejut & mengakui saya tidak perlu terburu-buru. Beberapa lama selepas itu, saya mengucapkan kalimah syahadah & memeluk Islam. Inilah perkara terbaik pernah saya lakukan dalam seumur hidup. Tetapi kalaulah saya melakukan lebih awal lagi, tidakkah itu lebih baik lagi?!. Anda semua boleh membaca artikel Utusan bertajuk Josh Hassan, yahudi peluk Islam- klik sini.
{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest