Serangga Salji

  Harini serangga salji agak kurang la dari semalam. Semalam, banyak sangat keluar sampaikan tak dapat beza mana satu air hujan & serangga nih. Korang tahu tak pasal serangga salji nih? serangga ni aku tengok keluar sebelum musim salji. Cara dia berterbangan macam kelakatu tapi takdela besar macam kelakatu tu. Badan kecil berskala 5mm jer saiznya. Berterbangan serumpun berkelompok camtu nampak macam salji turun sepoi-sepoi bahasa (breeze translation, haha..). Tu sebab owg jepun panggilnya 'yukimushi' 雪虫 atau serangga salji dalam bahasa aku. Dalam bahasa Inggeris, tak jumpa plak istilah tepat nama yang diberikan, so aku bagi nama little snow whites. haha..

yukimushi berterbangan macam salji turun

  Pagi tadi dalam kelas Inggeris, kena buat speech. So, aku citer lah pasal binatang nih. Aku ingat cikgu Inggeris tu (Elizabeth Yoshikawa, panggil Cikgu Liz) tahu lah pasal menatang ni sebab dia berasal dari Kanada. Dia pun mesti dah puas merasai musim salji kat sana. Rupanya dia kata pertama kali nampak serangga tu dengan banyaknya semalam. Patutlah direct translation dalam English takde nama untuk binatang nih. Serangga ni hanya dikenali seperti serangga2 berterbangan yang lain kalau tengok dalam penerangannya. Serangga ni kalau kena kat kulit aku, rasa macam gatal2 tapi aku tgok org lain mcm kebal jep >.< aku basuh ngan air baru kurang sikit rasa gatal tu. atau memang kulit aku nak menggatal?? haha..

banyak sangat nih
  haaa! camni lah serangga tu melekat kat baju aku tadi. haha, tipu jer. takde la melekat sampai banyak camni. Lepas solat Jumaat tadi, ke kelas ada la dalam sekor dua termasuk dalam baju sweater aku. time aku nak bukak baju tu, terkeluar la ia berterbangan ke arah muka kawan aku. pastu aku nak bukak buku, binatang ni terselit & innalillah.., mati tersepit di celah mukabukuku. aku telah membunuhnya tanpa niat & kawan aku kata aku telah melakukan jenayah. "Lagi baik binatang ni mati cepat daripada hidup dalam kelas nih" kata aku berseloroh. Kawan aku cakap, wah pandai ko bagi alasan. haha..

yukimushi

   Sebenarnya, kewujudan serangga ni menunjukkan bahawa musim salji makin hampir. Mengikut ramalan, salji akan turun seminggu lagi di Sapporo (bandar utama Hokkaido). Bahagian utara Jepun yang menghadap Korea/Rusia akan lebih cepat turunnya salji. Mengikut kiraan kalendar, musim salji bermula pada 23 November secara formalnya tahun nih walaupun salji akan mula turun di beberapa tempat di sini. Tak sabar aku nak main snowboard (ada peluang main ski skali), ice-skating & baling2 salji nih tapi suhu beku tu yang tak tahan. Tengah siap sedia merempuhnya. haha.. Dengan konsep pengaliran tenaga haba yang dipelajari, rumah hampir siap dengan penebatan sejukbeku nih. haha.. selamat mengigil~

ramalan salji akan turun pada 15 November











Comments

Popular Posts