2013 | Just Blogging







Apa masalah Instagram nih? Video tak boleh dengar!

Setelah sebulan aku mencari apa silapnya video Instagram tak boleh dengar, baru aku jumpa solution nya.

Mula-mula ingat sebab silent mode kat fon nih. Lepas tu pergi update, tak selesai masalah juga. Lepas tu ingat mungkin sebab tak update iOs aku agaknya. sebelum ni aku malas nak update iOs ni sebab sistem tak berapa nak stabil lagi (ada masalah imessage dsb), so aku ingat sebab software.

Lepas tu aku belek2 kat Instagram setting & terjumpa nih


Aku perasan kat video setting tu 'mute is always on', frust aku.. kenapa lah mute tu jadi default setting Instagram.

Untuk sapa2 yang ada masalah macam aku nih, boleh tukar jugak settingnya pada 'With Ringer Switch'

Bayangkanlah kalau Facebook jugak buat mute sebagai default setting, bukak2 video kat fb tak dengar apa2. Kalau jumpa setting ni tak apa. Kalau terlalu berfikiran jauh (cehh.. poyo aku nih) sampaikan nak update software bagai, lepas tu tak selesai masalah memang buat sakit jiwa.

Sekian saja post kali ini. Share jika bermanfaat. tq
{ Read More }


Cara Jimat Elektrik: Tips di Jepun

Kat Malaysia, penggunaan elektrik 300kWh keatas akan dinaikkan tarif 15% menjelang tahun 2014. Kalau rujuk TNB (Tenaga Nasional Berhad), tarif elektrik untuk 200kWh pertama adalah RM21.80 setiap 1kWh dan RM33.40/kWh untuk 100kWh seterusnya (sumber rujukan). Kiranya siapa guna 300kWh lebih sebulan memang nak sedekahkan cukai 15% la agaknya. haha..

Tarif elektrik kat Jepun ni memang jangan cakap lah, tengok pun dah terjerit tanpa suara. Untuk mengurangkan kegunaan elektrik, rakyat Jepun pun ada buat langkah-langkah penjimatan. Lagi-lagi lepas kes loji nuklear kat Fukushima, satu Jepun walaupun pulau yang tak berkaitan pun kena berjimat. Ni contoh langkah nak jimat elektrik syarikat Hokuden (Hokkaido Electrical Energy) bagi untuk rujukan:


Apa yang boleh buat untuk jimatkan elektik & anggaran:

1. Tutup lampu bila tidak digunakan >> saving 7% (banyak tu!)
2. Setkan mode ’Hi’ ke ’Low’ untuk kadar setting sejuk refrigerator tu. Kurangkan bukak katup pintu peti ais. Kurangkan juga barang-barang dalam peti ais >> saving 2%
3. Kurangkan kecerahan TV, guna mode cekap tenaga atau sebagainya. Tutup TV bila tak tengok >> saving2%
4. *sila abaikan sebab teknologi tandas (washlet) ni tak meluas kat Malaysia dan tak ada kat rumah aku. haha..
5. Masak nasi untuk sehari tu dan simpan dalam peti ais. Kurangkan penggunaan mode panaskan saving >>3%
6. Cabut soket plug perkakas elektrik yang tidak digunakan untuk jangka masa yang lama >> saving 3%

Anggaran pengiraan semua kalau buat dapat jimat 15%,

contohnya:
kebiasaan bil letrik RM100, kalau dapat jimat 15% jadi jumlah saving dapatRM15.
(15 hinggit tu boleh beli nasi ayam, ayam percik, air tebu, anggur & kebab kat pasar malam)

Aku pernah cuba semua cara kat atas kecuali no 3 (washlet) & no 5 sebab aku malas nak keluarkan nasi pastu nak simpan bagai. Memang anggaran kasar bil elektrik untuk bulan tu turun 10% dari kebiasaan. Tutup lampu bila tak gunakan memang penjimatan paling besar agaknya. Lepas tu barang dalam peti ais semua aku kurangkan, telur ayam letak kat luar bukan lagi kat peti ais. Pastu jangan bukak peti ais tu lama-lama sangat.

Nilai 10% ni nampak sikit, tapi dalam pelaburan 10% ni kira jumlah yang besar. Labur ASB & TH (Tabung Haji) pun tak dapat dividen 10% tiap-tiap tahun. Kalau dapat jimat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Paham-paham jelah maksud aku.


{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest