January 2014 | Just Blogging







Program Biasiswa Luar Negara: ke Jepun

Ramai yang bertanyakan pendapat untuk tolong guide biasiswa luar negara nih. Disebabkan aku belajar di Jepun, maka aku cuma lebih tahu berkaitan biasiswa di Jepun & kurang arif dengan program biasiswa luar negara yang lain.

Program biasiswa yang nak diceritakan kali ni dikenali biasiswa luar negara atau lebih spesifiknya biasiswa ke Jepun. tak kira lah korang nak ambil bawah JPA atau MARA.


Sebelum diterbangkan untuk sambung ke Jepun, perlu buat persediaan di Malaysia seperti belajar asas bahasa jepun & dilatih mendengar perbualan orang Jepun. Secara asasnya yang aku tahu setakat ni, ada empat pilihan sebagai medium utama untuk menyambung pelajaran di Jepun:

1. Ambang Asuhan Jepun (AAJ atau dikenali dengan RPKJ: Rancangan Persediaan Khas Jepun)
  [✔] Tajaan biasiswa JPA
  [✔]  Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun
  [✔] Program Ijazah (6 tahun)

2. Institut Bahasa Teikyo (IBT)
  [✔] Tajaan kerajaan/persendirian/swasta
  [✔] Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun (lebih kurang seperti program AAJ)
  [✔] Program Ijazah (6 tahun)

3. Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ)
  [✔] Tajaan biasiswa JPA
  [✔] 2 tahun di Malaysia, 3 tahun di kolej Jepun (diploma), 2 tahun di universiti Jepun
  [✔] Program Diploma & Ijazah (7 tahun)

4. Japanese Associates Degree (JAD)
  [✔] Tajaan biasiswa MARA
  [✔] 3 tahun di Malaysia (diploma), 2 tahun di Jepun (ijazah)
  [✔]Program Diploma & Ijazah (5 tahun)

Program kat atas ni hanya persediaan & medium untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, pilihan universiti akan dipilih pada tahun akhir persediaan di Malaysia nanti. Kebiasaannya setelah SPM diumumkan, cepat-cepatlah korang apply & mohon biasiswa tu sebelum ditutup.

Pastikan lebih kurang seminggu sebelum & selepas SPM diumumkan, rajin-rajinlah check website JPA atau MARA untuk tengok tawaran yang dibuat.

[KEMASKINI] Buat masa ni permohonan untuk JAD telah dibuka, klik ke pautan ni http://jadypm.edu.my

Antara soalan paling lazim akan ditanya adalah "Boleh tak sesiapa yang tak ada asas bahasa jepun ambik program biasiswa nih?". Sebenarnya memang boleh sebab akan diajar di dalam kursus persedian asas-asas bahasa Jepun dahulu sebelum pembelajaran yang lebih mendalam untuk meneruskan pengajian di menara gading sana.

Kalau ada sebarang pertanyaan lagi, boleh la korang komen kat bawah ni ya! kalau sempat akan tolong dijawabkan. Anyway, good luck!

Anda mungkin meminati artikel ini:
Pinjaman Pelajaran dan Biasiswa Luar Negara (banyak lagi caranya)
{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest