Free Version: 'Microsoft Office' bentuk Google Docs


Untuk yang mencari atau cuba download versi pirate Microsoft Office sekarang tak perlu cari lagi dah. Google ada buat satu versi online apps yang mempunyai fungsi seperti Microsoft Office. Ianya dipanggil Google Drive atau Google Docs.

Versi ni lagi mesra pengguna dan data akan di'save'kan setiap beberapa saat selagi internet masih ada. Lagipun Google Drive ni boleh download secara percuma. Boleh download ke PC Desktop & IPhone sekali. Yahooo!!


Sekarang mudah lagi nak buat assignment atau presentation asalkan ada internet. Setiap fail kita boleh SHARE dan diedit juga dengan orang lain. Untuk save, boleh juga simpan dalam bentuk pdf file, web page atau dalam bentuk fail Microsoft Office sendiri.

Salah satu contoh screenshot fail Google Docs berbentuk Microsoft Word
Bagi yang memerlukan satu sistem pengurusan maklumat yang sistematik, digalakkan juga buat Google Docs ni sebab data boleh diedit di mana-mana dan dikongsi. Sebagai contoh, bisnes yang memerlukan customer database memang boleh menganggap ianya membentuk pengurusan & kecekapan perjalanan bisnes. Ejen-ejen boleh memasukkan maklumat pelanggan dengan segera dan boleh dilihat segera oleh ejen-ejen yang lain.

Moga tips ini berguna.

Untuk mencuba Google Docs, perlu ada satu akaun Google dan boleh lah klik ke laman web ni:

http://www.google.com/drive/apps.html

Comments

Popular Posts