Terma-terma bisnes yang dulu aku pun tak paham

Alhamdulillah Allah telah membuka jalan pada aku untuk berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Selama ni yang aku tahu bisnes adalah jual barang kat orang pastu dapat duit.

Selama ni faham bahasa-bahasa kejuruteraan, sains, terminologi dan sebagainya tapi bidang bisnes ni rupanya ada jugak terma yang dirujuk. Masa mula-mula tu, tak berapa faham sangat tapi rasa seronok pulak bila dah tahu.



Setelah sekian lama, sebagai rujukan untuk orang yang mahu menceburi bidang bisnes nih, ini terma-terma yang sering digunakan bisnesman yang orang biasa kurang faham kalau pertama kali dengar:

Marketing - diterjemah sebagai pemasaran, dalam bahasa mudah orang kita sebut iklan. Marketing adalah strategi sangat penting.

Prospek - customer, pelanggan atau pembeli produk kita.

Channel - saluran untuk pemasaran. contoh: warung kopi, kedai makan, restoran, supermarket.

Traffic - merujuk pada customer yang lalu-lalang pada kedai kita. jika channel kita website, maka trafik adalah orang yang mencari di enjin carian seperti Google.

Dropship - sistem berniaga barang tanpa keluarkan modal satu sen pun! Bidang ini lah yang menjinakkan diri aku menceburi bisnes walaupun aku berada di luar negara. Walaupun tak ada modal & tak payah simpan produk kat rumah, aku boleh berbisnes. Kalau nak belajar sistem nih, boleh dapatkan kat sini.

Affiliate - lebih kurang macam dropship tapi merujuk pada atas talian atau online marketing. biasanya ada link diberi untuk mempromosikan produk.

Consignment - Sistem yang merujuk barang akan diletakkan dulu pada tempat jualan. Bayaran akan dijelaskan selepas barang terjual atau dalam tempoh tertentu. Bagus untuk edarkan pada channel.

Niche - merujuk pada bidang segmen kumpulan yang mempunyai hobi, minat atau kemahuan yang sama. contoh kalau peminat toys macam pengumpul transformers, jadi tergolong dalam niche hobi peminat toys. Niche penting supaya target jualan kita kena pada prospek yang betul.

Ebook - buku yang diberikan secara softcopy sahaja. bukan hardcopy macam buku teks sekolah tu ya.

Itu saja lah yang dapat kongsikan kali ni.. Kalau ada lagi nanti aku update. Bagitahula terma menarik yang korang tahu dan rasa menarik jugak untuk dikongsi ya. Terima kasih.



Comments

Popular Posts