May 2014 | Just Blogging







Tandas Masa depan?

Benda pertama yang aku rasa canggih giler masa datang Jepun adalah sistem tandas. Teknologi washlet, pemanas, deodorizer, bunyi & jangan terkejut ada yang siap dengan pengering sekali.

Yang bagusnya, tak pernah aku masuk tandas kat Jepun kena bayar walaupun satu sen. Semua percuma walaupun banyak guna tisu, air & pemanas elektrik.

Kalau orang buta pun boleh guna tandas canggih ni. Biasanya ada tulisan braille yang bintik-bintik tu. Tangan aku tak sehalus mulus untuk merasa tulisan tu sebab tough sangat. hahah..

Pernah sekali aku masuk tandas ada TV. Ingatkan channel TV rupanya iklan semata-mata. Tapi terkejut tengok iklan tu sebab macam aku kenal tempat dalam iklan tu.

Punyalah canggih tandas ni ada TV, tiba-tiba muncul iklan pasal Malaysia siapa tak bangga weyh.

Tengok video iklan disini:


Terbaca satu artikel di internet untuk tandas masa depan. Cuba tengok gambar bawah ni dengan teliti. Macam menarik tandas ni. Canggih tak?





Tandas ni dinamakan iota, dua kelebihan ketara tandas jenis ni:

1) Jimat - menjimatkan 50% air dan menjimatkan ruang.
2) Design is rimless, maksudnya senang untuk dibersihkan.

Klik untuk tonton video mengenai fungsi tandas jenis ni:


{ Read More }


Lesen Memandu di Jepun: Langkah-langkah

Sebelum terlupa langkah-langkah nak ambil lesen memandu Jepun (dengan cara menukar lesen memandu Malaysia), aku rasa sepatutnya tulis dalam blog berhabuk nih supaya senang rujuk kalau ada orang tanya lagi.

"Kenapa aku nak buat lesen Jepun?", sebab aku fikir mungkin nak bawak balik kereta nanti & rugi kalau tak gunakan peluang AP seumur hidup ni. entah mana artikel pernah aku terbaca: "Tahukah anda sebenarnya setiap rakyat Malaysia mempunyai satu AP seumur hidup mereka." Tetapi antara syarat untuk dapatkan AP kereta memerlukan lesen memandu di negara yang terbabit. Syarat penuhnya boleh baca di sini.

Pandang atas! dengar tak ni? The Telegraph

"Apa yang aku kena buat dulu nih?" antara soalan yang terlintas dalam kepala bagi yang baru nak tukarkan lesen ni. Kena ingat, target kita untuk buat ujian & lulus untuk cukupkan syarat AP. Langkah-langkah yang ada hanya untuk elakkan masuk lagi kelas/ceramah keselamatan jalanraya bagai. Kalau tak lepas langkah-langkah ni atau tersangkut kat mana-mana, memang terpaksa ambik lesen memandu Jepun dari awal macam orang Jepun yang lain. Duit pun melayang dalam 300000yen untuk total kelas dari awal sampai habis. Kalau hanya tukar lesen dapat jimat, bayaran tak sampai 10000yen pun inshaAllah (kalau tak fail banyak kali la)

Untuk menukar ke lesen Jepun, langkah-langkah yang perlu dibuat:

1. Ambil satu borang status lesen memandu di JPJ yang menyatakan status lesen memandu DAN tempohnya sekali. Sebab antara syarat untuk boleh tukar ke lesen Jepun, perlu bukti berada sekurang-kurangnya 90hari di Malaysia dalam tempoh mempunyai lesen memandu.

Tips: Bawa lesen memandu percubaan (P) sekali untuk memudahkan urusan selanjutnya. Untuk makluman, lesen P masih boleh digunapakai untuk tukar sebab aku sendiri cuba & lepas. Selagi mana mempunyai lesen memandu & berada di Malaysia selama tempoh 90hari.

2. Translate kan borang JPJ tu kat Japan Automobile Federation (JAF). Kalau tak silap kena cas dalam 3000yen lebih.

3. Telefon 運転免許試験場 (driving test center) berdekatan dan bagitahu tarikh korang boleh datang untuk check dokumen yang diperlukan.

Senarai dokumen yang diperlukan:

- passport
- translation lesen yang aku cakap tadi (no 1&2)
- alien/residence card 在留カード
- residence certificate 住民票. boleh ambik kat pejabat daerah masing-masing
- lesen memandu Malaysia (kalau boleh bawak segala lesen memandu yang ada)
- sekeping gambar passport

(Penafian: List mungkin tak lengkap. Rujuk balik dengan driving test center tu. Sorry sebab tak berapa ingat & nota list dokumen tu dah hilang entah ke mana)

Tips: Memandangkan passport baru Malaysia menggunakan data biometrik pada cip passport, pihak Jepun susah pastikan kalau kita benar-benar berada di Malaysia sebab tak ada cop kat passport. Surat sokongan dari kedutaan mungkin diperlukan. Contoh surat sokongan: surat cuti yang hantar ke JPA.

4. Datang ke driving test center untuk check dokumen. Untuk check & sahkan dokumen saja dah makan masa 4-5jam. Dalam selang masa tu mungkin ditanya macam mana ambik lesen kat Malaysia, macam mana ujiannya dan sebagainya.

5. Kalau dah selesai check dokumen tu & lepas, say "Alhamdulillah..". Next step dah jadi senang sikit. Ada ujian bertulis dalam 10 soalan mengenai asas peraturan jalanraya.

6. Kalau lulus ujian tadi, say "Alhamdulillah.." one more. Ujian seterusnya adalah ujian penglihatan mata. Perlu diingatkan setiap ujian dikenakan bayaran lebih kurang 2000yen (sorry tak berapa ingat exact amount tu)

7. Inilah saat yang mendebarkan, ujian memandu kereta. nanti aku cerita lah, malas nak taip lagi.. hahaha..


{ Read More }


Permohonan Lesen AP: Senarai Semak


1. Borang Permohonan Lesen Import Kenderaan Persendirian

2. Borang JK69 (lengkap dan bertaip)

3. Maklumat Pemohon:
(a) Kad pengenalan
(b) Bermastautin lebih 1 tahun di luar negara
(c) Pasport (sepanjang berada di luar negara)
(d) Visa bekerja/belajar yang sah sepanjang berada di luar negara (visa dependant tidak boleh digunapakai)
(e) Lesen memandu kompeten Malaysia dan Negara Domisil/Antarabangsa yang sah digunakan di negara pemohon belajar/bekerja.
(f) Surat tawaran bekerja (majikan) / belajar (Universiti)
(g) Surat tamat bekerja (majikan) / belajar (Universiti)
(h) Kelulusan cuti tanpa gaji (bagi suami / isteri pegawai kerajaan yang bekerja di luar negara)
(i) Kelulusan cuti belajar oleh majikan / surat tajaan pengajian
(j) Surat lapor diri kepada majikan / penaja pengajian

4. Maklumat Kenderaan :
(a) Dokumen pendaftaran kenderaan atas nama pemohon di negara belajar/bekerja (sekurang-kurangnya 9 bulan mulai dari tarikh pendaftaran kenderaan sehingga tarikh pemohon pulang ke Malaysia)
(b) Insurans kenderaan atas nama pemohon di negara belajar/bekerja (sekurang-kurangnya 9 bulan mulai dari tarikh sah laku insurans kenderaan sehingga tarikh pemohon pulang ke Malaysia) >> 自賠責保険 jibaisekihoken
(c) Invois / resit pembelian kenderaan

5. Dokumen-dokumen lain:
(a) Terjemahan yang disahkan seperti dokumen asal (Jika bukan dalam B. Malaysia/B. Inggeris)
*Pengesahan daripada Persatuan Penterjemah Malaysia/institusi atau badan awam yang kompeten
(b) Sijil Pembatalan Pendaftaran (cancellation)
(c) Sijil Pemeriksaan Kenderaan (inspection) >> 車検 syaken
(d) Sijil Eksport
(e) Sijil Nikah (bagi suami/isteri pegawai kerajaan yang bekerja di luar negara)
(f) Boarding Pass / tiket penerbangan balik

Kastam US rampas Ferrari 458 atas cubaan seludup. Sumber: Kosmo

Nota:
(a) Dokumen asal pendaftaran kenderaan, insurans dan invois/resit pembelian hendaklah disertakan bersama.
(b) Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 bulan setelah kembali ke Malaysia.
(c) Borang JK 69 dan kemudahan komputer serta mesin pencetak dot matrik ada disediakan di MITI.

Untuk download borang untuk rujukan, klik sini

{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest