September 2014 | Just Blogging







Belajar Saham - Analisis Teknikal

Belum mula saham? boleh baca artikel ini dulu --> hairulazizi.blogspot.com/2014/09/cara-main-saham.html

Biasanya analisis untuk tengok potensi saham ni ada dua cara, analisis fundamental dan analisis teknikal. Ada pro & contra nya juga.

Untuk kali ni, nak berkongsi cara analisis teknikal. Analisis secara teknikal adalah berdasarkan data-data sebenar dan tidak boleh dimanipulasi dengan situasi luaran.

Pada pendapat saya, kita buat dulu sikit-sikit analisis fundamental seperti membaca surat khabar, tengok berita & tengok plan syarikat tapi untuk pastikan potensi syarikat tu adakah benar seperti digembar-gemburkan, kita tengok data grafnya.

Ok, kita masuk terus bab analisis teknikal ni.

Biasanya analisis graf terbahagi pada beberapa jenis indikator/petanda. Indikator/Petunjuk yang biasa ada ialah Volume, MACD, Stohastics dan RSI. Kita boleh tengok function ni ikut platform apa yang dealer sediakan.


Indikator/Petunjuk:

Nak tahu kat mana petunjuk/indikator ni ada, kita tengok kat bawah carta graf kita tadi.

1. Volume:

Volume menujukkan berapa jumlah transaksi jualan yang berlaku pada hari tersebut. Biasanya kalau pasaran sedang menaik pada tahap tinggi, volume akan naik mendadak kerana aktiviti penjualan banyak berlaku (Banyak yang menjual nak untung la maksudnya).


2. MACD

Ada 3 garisan; zero line, merah dan biru. Bahagian atas menunjukkan bullish, situasi pasaran sedang menaik dan bawah menunjukkan bearish, pasaran saham sedang menurun.

Saham Online - Teknikal Analisis
Perhatikan contoh gambar atas ni, Biasanya kalau line biru cross line merah, biasanya time macam ni kita beli sebab biasanya pasaran sedang bullish. Kalau line biru ni cross balik ke bawah merah, pasaran biasanya akan bearish.

3. Stochastics

Stochastics ni line dia lebih kurang garisan line chart tapi menujukkan pergerakan yang sesuai untuk kita beli dan jual.

Cara Main Saham - Teknikal Analisis Stohastics
Cuba perhatikan graf kat atas, Masa indikator Stochastics ni tengah low dan dalam posisi menaik dengan warna candlestick merah (positif) yang saya ada bagitahu tadi, waktu ni sesuai kita beli. Nak untung maksimum, kita perhatikan masa line Stochastics ni tengah peak dan candlestick hitam yang paling high.

4. RSI

Ada dua garisan asas, satu pada 30 dan pada 70. Ada juga yang guna 20:80.

Belajar Saham - Analisis Teknikal
Kalau garisan kat atas menunjukkan bullish dan bawah bearish. Salah satu tekniknya, kita perhatikan trend garisan ni. Kalau carta tengah naik tapi trend RSI ni menurun, ada potensi dia menaik. Tapi jangan sampai kat kawasan bearish pulak.

(Sumber gambar: Google.com, www.OnlineTradingConcepts, www.day-trading-stocks.org)

Penutup

Maaf kalau kurang jelas apa yang saya cuba sampaikan. Tips-tips ni apa yang saya belajar sendiri dari mentor analisis, remisier dan tips-tips syarikat broker lain. Kalau berminat untuk tahu lebih lagi, boleh masukkan emel dalam ni:



*Ada subcriber yang newbie macam saya untung RM187++ dalam masa 2 hari sebab dapat tips emel ni :D
{ Read More }


Cara Main Saham Bursa Malaysia

(tag: Akaun Saham Malaysia)

belajar saham. sumber: bursamalaysia.com
Apa itu saham?

Saham ni adalah pembelian kecil kita untuk membeli syarikat.

Contohnya, kita membeli saham syarikat telekomunikasi DIGI, bermakna kita memiliki pegangan dalam syarikat DIGI bergantung berapa besar kuantiti (lot) yang kita beli.

Kenapa nak ada saham ni pulak?

Dengan adanya saham, kita akan dapat keuntungan dari pertumbuhan syarikat tersebut. Kalau syarikat tu untung banyak, kita pun dapat lah tempiasnya sekali sebab kita memiliki sebahagian syarikat tu.

Kenapa syarikat wujudkan saham pulak?

Dengan mewujudkan saham, syarikat akan dapat modal untuk mereka laburkan dan besarkan perniagaan mereka. Maksdunya, mereka akan gunakan duit kita untuk kembangkan lagi operasi syarikat.

Berapa modal untuk main saham ni?

Modal untuk bukak akaun sahaja sebenarnya hanya RM10. Manakala modal untuk beli kaunter-kaunter saham dalam tu mengikut kuantiti (1 lot =100unit) didarabkan dengan harga kaunter tersebut bergantung pada harga yang tercatat pada papan kaunter.

Macam mana nak mula main saham?

Bawak kad pengenalan & RM10 ke syarikat broker (yang sah dan berdaftar berhampiran). Senang cerita dan untuk selamat, pergi ke branch bank yang ada Investment Bank seperti Maybank Invesment Bank Berhad atau CIMB Investment Bank Berhad.

Kalau kat Melaka, Maybank Invesment Bank ni ada kat Jalan Hang Tuah. Kalau CIMB & RHB pulak ada kat Melaka Raya. Tak semua cawangan bank ada Investment Bank nih.

Datang jer bank nak cakap apa?

Bagitahu kat pegawai bank tu saya nak bukak akaun trading CDS. Huh? Apekebenda CDS tu? CDS tu bermaksud Central Depository System. Kalau dulu belian saham dipegang dalam bentuk kertas sijil atau dijuga dikenali skrip. Tapi sekrang dengan sistem catatan berkomputer CDS ni, urusniaga tak menggunakan lagi sijil tu. Dengan CDS, kita akan dapat penyata tentang jenis dan jumlah saham yang kita beli nanti.

Macam mana kalau nak buat akaun saham ni tanpa ke syarikat broker?

Pembukaan akaun CDS ni tak ada secara online, kena direct dengan remisier/broker. Satu cara yang boleh dibuat, remisier akan poskan borang untuk diisi dan kita hantarkan kembali borang yang dah diisi dan ditandatangan kita tu. Untuk bantuan boleh whatsapp saya untuk contact remisier. No tel: +81(0)8045009158 <-- i="" jepun="" no="" tapi="">don't worry
, whatsapp mesej free jer =)
Apa lagi nak kena tahu pasal akaun CDS?

Akaun trading CDS ni ada 2 jenis. Direct (Personal) dan Nominee. Kebiasaannya kalau syarikat broker dari bank, diorang akan daftarkan bawah Nominee. Akaun Nominee akan didaftarkan bawah nama broker. Untuk akaun CDS Direct pulak, akaun didaftarkan atas nama sendiri dan kelebihannya sebab layak untuk memohon IPO (Initial Public Offer). 

Tak payah pening-pening, bukak jer akaun CDS yang pihak bank syorkan. Biasanya diorang syorkan akaun Nominee sebab kertas kerja mengenai Corporate Excercise akan diuruskan diorang. Lagipun akaun CDS ni boleh dibuka beberapa banyak lagi dengan beberapa syarikat broker yang lain. Kelebihannya sebab nanti boleh dapat banyak tips dari diorang nih. heheh..

Apa pulak Cash Account & Contra Account?

Cash account ni akaunnya hanya dibenarkan beli dengan jumlah tunai yang ada dalam tu saja. Manakala, Contra account pulak, kita boleh beli saham dengan secara hutang. Contohnya kalau ada RM1000 pada cash account, hanya RM1000 tunai jer boleh beli saham. Tapi kalau simpan RM1000 kat Contra Account, boleh dapat pinjaman hingga 2-3 kali ganda (RM2000-RM3000) untuk beli saham ikut kadar margin yang diberi syarikat broker tu.

Yeah.. dah siap akaun CDS, lepas tu nak buat apa?

Lepas beberapa hari, kita boleh tanya remisier (wakil syarikat broker) tu sama ada dah siap atau belum akaun CDS tu. Lepas dah siap, kita boleh beli saham melalui mereka atau secara online saja.
Kelebihan platform online ni, kadar brokerage lebih murah! Tapi bagi pelabur-pelabur baru, kalau tersilap tekan memang buat jadi gelabah jer. Kang terbeli banyak lot pulak pening kepala nak buat apa.

Tapi rasa cuak lah, tak pandai nak analisis lagi.. takut tersilap.

Kalau masih rasa belum bersedia, boleh cuba-cuba tengok dulu macam mana rupa papan kaunter tu. Nanti dah siap akaun, bila dah biasa tak ada lah rasa cuak sangat kan? Untuk download free contoh tool yang boleh gunakan, masukkan alamat emel kat bawah untuk download.


E-mail address (Please do not use yahoo mail)



(Sahkan emel anda dengan klik subscription link. Check jugak kat Spam folder)
{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest