Beli Rumah Tanpa Modal | Just Blogging







Beli Rumah Tanpa Modal

Dalam plan nak cari duit majlis kahwin sebenarnya. kikiki..

Malas nak taip panjang-panjang, nanti kalau rajin aku edit la panjang sikit.

Caranya yang aku perasan, kita beli rumah yang harga jualnya lagi rendah dari harga pasaran (atau bahasa omputihnya market value).

Huhh? Mesti tak paham kan kenapa?

Ok kita bagi contoh:

Katakan ada rumah yang dilelong dengan harga RM70,000, pastu kita cek harga rumah kat kawasan sekitar tu harga biasa orang jual RM100,000. Kiranya harga pasaran RM100,000 tapi harga jualan RM70,000.

Beli Rumah Tanpa Modal


So? Apa yang beli rumah tanpa modalnya tu?

Tekniknya camni, kita buat pembiayaan pinjaman untuk beli rumah tu kat bank. Biasanya bank akan bagi 90% pinjaman untuk rumah pertama bagi yang layak. Lagi la sekarang ni ada macam-macam skim macam skim rumah pertamaku.

Kita deal dengan bank untuk dapatkan pinjaman RM100,000 dari nilai market value rumah tu. Jadi bank akan bagi pinjam RM90,000.

RM90,000 tolak harga jualan rumah lelong tu RM70,000 jadi ada lebih RM20,000. Lebih tu buat la untuk bayar caj guaman ke apa, paling cikadak pun ada tunai RM10,000 dalam tangan boleh buat untuk belanja kahwin. kikiki..

Anda juga mungkin meminati artikel ini:
Cara buat bisnes tanpa modal =)

Like the Post? Do share with your Friends.

No comments:

Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest