November 2014 | Just Blogging







Analisis Saham YGL, IFCAMSC dan Efficen

Untuk bulan ni cuba perhatikan ketiga-tiga kaunter nih:

1. YGL
2. IFCA MSC
3. Efficen

Menggunakan teknik mudah segitiga, graf menunjukkan kesemua kaunter yang disebutkan sudah 'breakout'.

1. YGL - Aku mula-mula perasan masa harga RM0.37 seunit, menyesal beli lambat :( sebab agak sibuk & tak sempat nak fikir betul-betul hari tu. Tapi sempat beli masa harga RM0.42 dengan 10000unit (RM4200). Agakan aku berdasarkan graf: Target price 50sen, Stop loss 37sen.



[KEMASKINI] Alhamdulillah harga 10Nov2014 paling tinggi jadi RM0.485, kenaikan lebih kurang 15% dalam masa 2hari! Dah selamat jual separuh dulu (5000 unit). TP separuh lagi 49-50sen inshaAllah.

2. IFCA MSC - Ini kaunter dapat banyak manfaat dari GST kerajaan nanti. Kalau perhatikan graf RSI, dah mencapai Overbought 50% ke atas. Maksudnya ramai berebut-rebut beli & harga pun naik. Kalau guna teknik segitiga tu pun, boleh predict yang kaunter ni akan naik lagi.



Timeframe untuk hold ini kaunter - Anggaran sehingga tahun 2016 sebab pelaksanaan GST menguntungkan syarikat ni agaknya kot. Dan Inflasi disebabkan GST dianggarkan hingga tahun 2016-2017. Akan dikaji lagi :)

3. Efficen - Ini kaunter macam hampir-hampir nak breakout. Prestasi syarikat macam bagus. Haa.. analisis fundamental pun jangan tak buat. Tengok-tengok sikit websitenya: http://www.efficient.com.my/investors.html



Syarikat ni syarikat IT, pemegang utama saham ni ialah Singapore Post. Singapore Post ni pun syarikat besar kat Singapura. Fundamental syarikat cantik, analisis teknikal graf pun macam cantekk jer, macam comel jerr. Anggaran Target Price 45sen, TP 2 50sen. Stop loss 30sen.

Penafian: Risiko melabur adalah atas tanggungan anda sendiri. Yang penting kita belajar, praktik dan belajar lagi. Salam kejayaan!
{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest