2016 | Just Blogging







Saham MITI - Cara daftar online

Cara daftar IPO MITI

Cara main saham IPO atau Initial Public Offer ni antara yang kurang risikonya dalam Bursa Malaysia. IPO adalah tawaran saham sebelum listed nya sesuatu saham tersebut di Bursa Malaysia.

Syarat: Mestilah berumur 18 tahun ke atas berstatus bumiputera warganegara Malaysia. Sumber kewangan mestilah mencukupi.

1. Mula-mula daftar di laman web saham online MITI.
2. Klik ruangan daftar dan isikan maklumat yang diperlukan


Untuk ruangan akaun CDS tersebut mestilah panjangnya 15 digit. BUKAN 9 digit seperti yang selalu dipaparkan sebabnya diperlukan kod broker dan branch.

Lepas tu upload gambar kad pengenalan depan belakang. Aku ambil gambar cantik2 kasi jelas, tapi bila upload tak boleh dua keping gambar (depan belakang IC) sekali gus. Kena dalam satu fail. So, ambil je gambar, send kat emel & susun dalam microsoft powerpoint. Lepas tu 'save as' dalam format JPEG.

Selepas selesai isikan maklumat. klik setuju dan tekan butang hantar. Emel akan dihantar untuk password sementara. Tukarkan password sementara tu pada yang baru.

Selesai!

Untuk daftar secara individu klik:

Untuk kita tengok saham yang listed sebagai IPO boleh check di:

Anda mungkin juga berminat:


{ Read More }


Cara Tukar Akaun Syariah KWSP

EPF telah membuka pendaftaran akaun simpanan shariah KWSP dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016. Langkah-langkah  dan dokumen yang diperlukan adalah.

1. Kad pengenalan IC (warganegara)/ Pasport (bukan warganegara)
2. Cap jari untuk pengesahan identiti di kaunter KWSP.

Lokasi KWSP Johor, Melaka, Negeri Sembilan, KL, Putrajaya, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Klik sini untuk alamat pejabat KWSP

3. Dalam masa 7 hari, ahli akan dimaklumkan melalui SMS.

Cara daftar akaun shariah KWSP online? *Untuk info boleh Login ke i-akaun
(*Ahli perlu mengaktifkan i-akaun terlebih dahulu di lokasi pejabat EPF. Buat masa ini masih belum ada pendaftaran online)

Walaubagaimanapun dana KWSP terhad kepada 100bilion saja untuk tahun 2017 dan hanya ahli yang mendaftar dahulu saja layak.

Bagi yang ingin mendaftar akaun 1 KWSP ke dana patuh shariah yang lain, boleh menghubungi saya terus dengan whatsapp/call ke 0104008836

Ada kaedah untuk beranakan akaun 1 KWSP menjadi lebih berganda (average 15% ++ per year)

Hubungi terus saya 0104008836





{ Read More }


Karnival Udara Antarabangsa Melaka

JADUAL KARNIVAL UDARA ANTARABANGSA MELAKA 2016

15-17 April 2016

Tentatif Program


15 APRIL 2016 (Jumaat)
0800           Persiapan Peserta Pameran Agensi Kerajaan dan NGO
0900          Ketibaan semua pesawat peserta
1000          Mesyuarat Bersama Semua Ketua Pasukan
1030          Raptai Perasmian
1100           Penerbangan Latihan pesawat, Parajump, Simulator
1230           Sembahyang Jumaat
1430          Aktiviti udara, Joy Flight
1800          Aktiviti berakhir

16 APRIL 2016 (Sabtu)
0800          Penerbangan Remote Control Aircraft
0900          Penerbangan pesawat ringan
1000          Payung Terjun
1030          Aktiviti Udara dan Joyride
1500          Majlis Perasmian oleh
TYT Tun Yang DiPertua Negeri Melaka
1600           Gimmik Perasmian dan Aktiviti dan pertunjukan udara
2000           Jamuan Selamat Datang            

17 APRIL 2016 (Ahad)
0830          Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak /
Pertandingan Fotografi / Pameran Fotografi
0900          Aktiviti dan Pertunjukan Udara
1600          Aktiviti berakhir
{ Read More }


Siapa Eastspring Investments?

Apa itu Eastspring Investments?

Ramai tak pernah dengar Eastspring Investments termasuklah diriku ini sebelum terdedah dalam pemilihan dana saham ekuiti.

Tapi bila sebut Prudential, boleh dikatakan 99% orang tahu Prudential adalah syarikat yang kepakarannya pada insurans nyawa dan perkhidmatan kewangan. Kalau nak cari insurans motor/kereta atas nama Prudential memang belum wujud lagi la, sebab kepakarannya lebih pada insurans nyawa. 

Macam kita nak beli kamera, kita akan cari di shopping atau di kedai kamera?

Orang yang nak tahu lebih lanjut pasal kamera semestinya akan pegi kedai yang jual kamera sahaja sebab kepakarannya pasti dalam kamera. Bukan setakat pengetahuan dalam saiz megapixel tapi daripada tip pemilihan lensa untuk waktu malam, tip guna shutter dalam bilik yang pencahayaannya sederhana dan sebagainya akan boleh dihuraikan panjang lebar. Berbanding di shopping, promoter hanya tahu menjalankan sales & marketing dengan tahu sedikit saja mengenai kelebihan kamera brand itu dan ini.

Sebagai contoh diatas, Prudential telah meletakkan pengurusan aset nya kepada Eastspring Investments Berhad sebagai pengurus dana kewangan untuk pelaburannya.

Kalau siapa yang biasa dalam bab ekonomi & baca pasal bisnes, dalam The Edge dan Lipper Fund Award selalunya yang top adalah Kenanga Investments & Eastspring nih.

Kalau cari the best Shariah-equity fund management untuk 3 & 5 tahun kebelakangan ni, Dana Eastspring (bawah nama al-ilham) adalah yang terbaik. Malah dalam rekod 10 tahun pun still the best. Bermaksud mereka ni bagus dalam consistency & bukan hangat2 tahi ayam.

Kalau diberi pilihan dana saham yang bagus dalam performance dan konsisten dalam rekodnya, kenapa tidak kita memilihnya?


Untuk info lanjut, Hubungi:

HAIRUL AZIZI
Eastspring Investments Consultant
Federation of Investment Managers Malaysia no037 - 0 - 23 4 24

Call/Whatsapp 0177220516
Email: hairulazizi.azri@gmail.com
{ Read More }


Eastspring Dana Al-Ilham

Market dikatakan 'crash', peluang beli dana ekuiti pada harga murah.

Minggu lepas approach 2 orang, muda lagi. Simpanan KWSP belum cukup sebab faktor umur & sekurang2nya untuk keluarkan akaun 1 kena minimum RM1k.

Dua-dua buat lumpsum payment (sorang RM1k, lg sorang RM2k). Follow up nasihatkan regular saving utk cost averaging, so member sorang buat pelaburan RM100 tiap2 bulan. Tindakan yang bagus. Lagi sorang kawan, pelan nak simpan RM1000 setiap bulan dalam dana al-ilham ni. Dalam 20-30tahun kalau market ok, inshaAllah sama2 boleh capai financial freedom.

Berminat untuk invest dalam dana al-ilham? The best shariah equity fund utk 3,5 tahun kebelakangan ni malah still the best shariah ekuiti di Malaysia utk 10 tahun.

Untuk info lanjut, Hubungi:

HAIRUL AZIZI
Eastspring Investments Consultant
Federation of Investment Managers Malaysia no 037 - 0 - 23 4 24

Call/Whatsapp 0177220516
Email: hairulazizi.azri@gmail.com
{ Read More }


Timing pelaburan yang menguntungkan

Yeah kita semua nak pelaburan yang untung banyak, nak yang cepat!

Kalau simpan lama, lebih berganda dan stabil tapi kalau nak cepat dapat pulangannya ada caranya. Inilah tip rahsia untuk untung besar jugak sebenarnya.

Memang lah kalau nak cepat ada RISIKOnya (ni bukan citer pasal skim cepat kaya yer). Cara nak KURANGKAN risiko ialah masuk pada masa yang ada peluang ketika market rendah. Ya.. masa market rendah, time pelabur/trader takut masuk market. Contohnya masa beberapa hari lepas selepas kejatuhan harga minyak. Bukan saja retailer tapi even fund manager pun lepaskan pegangan saham untuk cut loss.

Saham - Pelaburan Yang Menguntungkan
Ianya sejarah berulang.. Apabila sektor lain jatuh (macam kejatuhan RM vs USD), ada sektor lain yang untung (cthnya export based spt manufacturing) dan ekonomi sebenarnya makin berkembang dan berkembang dengan naik turun ni. Yakinlah dengan market walaupun jatuh kerana keyakinan tu datang bila kita belajar mencari ilmu dan mengamalkannya. Naik dan jatuh ni hanyalah permainan semata-mata (jika anda faham maksudnya).

Nak risiko rendah, panjangkan tempoh utk minimise the risk bcoz the timing utk masuk market bkn selalu ada peluang (macam timing sekarang ni: rujuk http://themalaysianreserve.com/new/story/now-good-time-invest-unit-trust-says-fimm). Dapatkn keuntungan besar melalui capital gain, beli rendah jual pd harga tinggi bila market spike. Jangan time spike, berebut pula nak masuk market yang kononnya diuar-uarkan bagus kerana time tu ada 'jerung' akan mengambil kesempatan menggunakan time ekonomi baik tersebut. panjang sebenarnya citer jerung dengan sentimen nih. lain kali ada masa boleh aku ceritakan..

Jika anda minat untuk melabur, boleh hubungi (whatsapp) saya Hairul 0177220516

Sekian terima kasih.

Hairul Azizi
Eastspring Investments Consultant (Prudential),
Federation of Investment Managers Msia (FiMM) no 037023424

{ Read More }


Pelaburan menguntungkan tahun 2016?

Awal tahun haritu, aku datang ke seminar anjuran Eastspring Investment di bangunan Prudential Melaka. Ok, kalau nak tahu sebenarnya aku adalah salah seorang konsultan unit amanah saham yang bertauliah di bawah kelulusan Bank Negara.

Eastspring Investment menjadi pilihan aku sebab pelaburan ni adalah the best equity shariah fund kat Malaysia ni berturut-turut. Dapat award Edge-Lipper untuk dana terbaik 3 tahun, 5 tahun malah sampai 10 tahun still the best Islamic fund. Tapi yang buat aku terkejut, masa datang seminar tu yang aku perasan hanya 3 orang je bumiputera dari beratus orang dalam tu. Apa sudah jadi?

Walaupun aku ada melabur saham Bursa sendiri, tapi risikonya adalah tinggi. Kalau untung 20-30%, mesti akan ada kaunter yang rugi sampai 10-15%. Last-last  dalam 15% saja untung, walaupun tak banyak kira OK la dari melabur ASB/TH. Tapi dalam mengorek ilmu pelaburan saham ni, aku cuba terlibat dengan Eastspring Investment nih.

Ok berbalik pada persoalan, pelaburan apa yang bagus tahun 2016 ni? Dengan GST, kenaikan harga barang, ketidaktentuan harga minyak. Masa sesi bersama Eastspring Investment haritu, kami ditanya adakah harga minyak mentah dunia akan jatuh lagi? Dalam 10 tahun ni setelah crude oil jatuh bawah paras $30 per barrel baru-baru ni, boleh possible jatuh lagi? Ok, hal politik US, Rusia, China & perang Iran dan sebagainya kita elakkan dulu. Mengikut logik, harga minyak jatuh macam mana sekalipun pasti akan mengikut paras kos menghasilkannya. Betul jugak kan? Kita tengok gambar rajah dibawah:

Kos Harga Minyak Mentah Terkini
Lepas beberapa hari kami didedahkan dengan data ni, dengar pula berita Warren Buffet pelabur terkenal tu beli share syarikat minyak Philips 66. Sher Philips 66 melonjak 5.4% pada hari berita pengumuman tersebut. OPEC sekarang ni dikatakan tidak lagi mampu mengawal harga minyak, kerana negara besar lain seperti Rusia, China & US boleh menguasainya menyebabkan lambakan pengeluaran minyak untuk menandingi siapa yang boleh menguasai pasaran minyak dunia. Benarkah cerita ini? No one knows except Him.

Lagi satu rahsia yang aku akan dedahkan disini, Eastspring nampak potensi pasaran Jepun. dalam beberapa tahun ni walaupun ekonomi tidak menentu, negara matahari terbit ni agak stagnant pertumbuhan ekonominya. Dijangka pelaburan di negara Jepun akan mendapat keuntungan kerana ketahanan sistem ekonomi mereka. Ye lah kan, aku dulu kerja syarikat Jepun sebagai eksekutif memang nampak syarikat Jepun ni konsisten dalam konsep 'kaizen' diorang. Keluar masuk duit memang akan SOP yang sangat melecehkan tapi sangat penting dalam memastikan pelaburan yang berbaloi dan ketelusan.

Okay, berbalik pada persoalan lagi. Bila harga minyak menurun, kerajaan kurang keuntungan dari hasil minyak. Itu sebab diperkenalkan GST. Cukai GST ni dapat imbangkan balik kerugian yang dialami. Walaupun ramai orang bising pasal GST, kita nak bising pun susah juga, dalam masalah ada peluang, kalau tengok kaunter yang ada buat sistem GST ada untung. Itu sebab pandangan pelabur saham MASALAH=PELUANG, sama macam bisnes lain. Sempat juga aku kaut untung masa pelaksanaan sistem GST masa tu, kaunter Ifca MSC untung RM1000++ masa tu. Sekarang ni ifca tak berapa cantik sangat utk masuk.

Pada pandangan masyarakat Malaysia sekarang ni, pelaburan hartanah adalah yang menguntungkan walaupun agak leceh dengan urusan jualbeli, peguam, sewa dan pulangan pelaburan yang memakan masa. Statistik menunjukkan pelaburan rumah ni lebih pada untuk persaraan, sama ada hidup sendiri atau aset di hari tua.

Unit amanah pula menduduki tempat kedua pilihan rakyat Malaysia untuk persaraan. Ya dengan unit amanah, pelaburannya lebih mudah dan lebih cepat sedikit berbanding pelaburan property. Bak kata omputih, dont put all your eggs in one basket. Pelaburan hartanah pun buat, emas pun buat & unit amanah saham pun buat.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk melabur saham, boleh contact aku atau whatsapp 0177220516

InshaAllah, pengalaman aku melabur saham di Bursa Malaysia dan ilmu pengetahuan aku mengenainya akan dikongsi.

{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest