Siapa Eastspring Investments Berhad?

Apa itu Eastspring Investments Berhad?

Ramai tak pernah dengar Eastspring Investments Berhad termasuklah diriku ini sebelum terdedah dalam pemilihan dana saham ekuiti.

Tapi bila sebut Prudential, boleh dikatakan 99% orang tahu Prudential adalah syarikat yang kepakarannya pada insurans dan takaful.

Eastspring Investments Berhad adalah salah satu syarikat yang menguruskan dana Prudential sebenarnya. Nama lama ialah Prudential Fund Management. Tetapi bukan sekadar Prudential sahaja, Eastspring juga menguruskan dana daripada pihak korporat, bank dan orang awam juga melalui unit amanah saham macam ASB juga.

Bagus ke pilih Eastspring ni? Kenapa tak labur guna bank saja?

Okay.. Saya memberi satu perumpamaan:

Jika kita nak beli kamera, kita akan cari di shopping atau di kedai kamera?

Orang yang nak tahu lebih lanjut pasal kamera semestinya akan pegi kedai yang jual kamera sahaja sebab kepakarannya pasti dalam kamera. Bukan setakat pengetahuan dalam saiz megapixel tapi daripada tip pemilihan lensa untuk waktu malam, tip guna shutter dalam bilik yang pencahayaannya sederhana dan sebagainya akan boleh dihuraikan panjang lebar. Berbanding di shopping, promoter hanya tahu menjalankan sales & marketing dengan tahu sedikit saja mengenai kelebihan kamera brand itu dan ini.

Sebagai contoh diatas, Prudential telah meletakkan kepakaran pengurusan aset nya kepada Eastspring Investments Berhad sebagai pengurus dana kewangan untuk pelaburannya.

Kalau siapa yang biasa dalam bab ekonomi & baca pasal bisnes, dalam The Edge dan Lipper Fund Award selalunya yang top adalah Kenanga Investments, Manulife & Eastspring nih.

Kalau cari the best Shariah-equity fund management untuk 3 & 5 tahun kebelakangan ni, Dana Eastspring (bawah nama al-ilham) adalah yang terbaik. Malah dalam rekod 10 tahun pun still the best. Bermaksud mereka ni bagus dalam consistency.

Kalau diberi pilihan dana saham yang bagus dalam performance dan konsisten dalam rekodnya, kenapa tidak kita memilihnya?


Untuk info lanjut, Hubungi:

HAIRUL AZIZI,
Senior Manager,
Eastspring Investments Consultant.

Call/Whatsapp www.wasap.my/60104553321

Comments

Popular Posts