Cara Buat Bisnes Online | Just Blogging







Cara Buat Bisnes Online

CERITA KELAKAR MASA MULA BISNES

Dulu aku punya kedekut nak bayar iklan kat fesbuk ni, aku letak harga seposen.

Pastu aku bengang. Iklan seposen takboleh!?

Hah?? Kena 1 Dolar Amerika!? ( sama = lebih kurang RM3 duit kita)

Haiyaa belum start dah kena bayar, boleh ke untung??

Dengan berhutang pada Mark Zuckerberg RM3 pada mula, untung aku dapat RM21.

Nampak je kecil tapi dari segi pelaburan, keuntungan ROI 700%!

Lagi tinggi dari pelaburan emas, ASB atau Tabung Haji!

Dari situ datang semangat, idea & plan nak buat bisnes lagi.

Makin lama makin besar kos iklan yang dilaburkan & rasa kelakar pulak pasal seposen tu.. hahaha





MACAM MANA NAK BUAT BISNES ONLINE NI?

Cara paling mudah dan cepat -->> Buat Iklan di Facebook.

Rakyat Malaysia ada 30juta orang, takkan nak dapatkan 2-3 orang beli produk kita pun susah??

Cuba gunakan iklan Facebook dan target kat pelanggan kita di mana, berapa umur & jantina apa.

Laki-laki suka gajet dan biasanya perempuan suka barang kecantikan.

Bawah setting Facebook tu, klik bahagian create adverts.

Lepas tu boleh pilih jenis iklan:

+ Sama ada iklan klik ke laman web
+ Iklan untuk dapatkan banyak likes?
+ Iklan untuk orang tengok post?
+ Iklan untuk tengok video?
+ Iklan promosi hadiah kupon?

Pilihlah lokasi mana yang kita nak setkan & target jantina serta umur yang sesuai.

Dalam bahagian harga "Pricing", kalau nak jimat guna  CPC, bayaran iklan bila ada orang klik saja. Kalau nak ramai-ramai tengok, klik automatik.

Tips nak bagi iklan murah, gunakan gambar yang sangat menarik supaya ramai klik. Bila ramai klik, iklan jadi murah dan ramai lah nampak iklan tu.

Tapi ingat! dapat kadar klik banyak saja tak guna. Bajetkan sekali modal iklan dan untung yang dapat.


Tapi cadangkan buat CPC dulu pastu baru auto baru banyak dapat jimat kat situ.

Bila nak mula bisnes:

+ Terpikir modal kena besarr!
+ Kena bukak kedai
+ Kedai kena cantikk!!

Jangan bukak kedai yang kita nak, tapi buat apa yang pelanggan mahu!

Kalau untung RM10 belum boleh buat hari-hari, jangan pikirkan nak buka kedai besar-besar dahulu.

Ini bukan aku kata, tapi tips dari jutawan dan usahawan berjaya.


Untuk dapatkan bisnes modal kecik, boleh join dropship.
.
.
.
Tak ada modal langsung pun boleh buat.
Duduk rumah pun boleh buat!
.
.
Aku sendiri dah cuba. Lepak-lepak ja sambil mengadap fb dengan bisnes dropship ni.
.
.
.
Apa kebenda dropship tu?

Bagi yang tak tahu, dropship ni satu konsep yang mana kita jual produk orang lain & kita dapat komisen dari keuntungan tu. Melalui konsep ni, kita tak perlu beli & simpan barang, kira dah jimat kos kat situ. Bila ada permintaan, baru kita mintak supplier (pembekal) hantarkan kepada pelanggan.
.
.
Kesimpulannya, kita tak perlu keluarkan modal untuk beli barang tapi dapat untung ketika ada yang membeli. Pihak pembekal yang akan uruskan penghantaran.
.
.
Tapi masalahnya kat sini adalah untuk kita cari supplier yang boleh dipercayai.
.
.
Tu yang banyak kes penipuan bisnes online kalau tersilap langkah.
.
.
Jom join group dropship kitorang kat sini: Geng Bisnes Dari Rumah
(Lebih 73 orang sudah join dan buat bisnes dari rumah di group ini. =)

Anda juga mungkin meminati artikel ini:
Sebab kenapa customer tak beli dan cara tukarkan mereka jadi pembeli

Like the Post? Do share with your Friends.

No comments:

Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest