Sebagai pengerusi kelab astronomi, ahli Kelab Astronomi Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah telah diatur menghadiri Hari Falak di Kompleks Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung bidara, Melaka. Perjalanan kami dari sekolah di Ayer Keroh memakan masa yang agak lama menaiki bas ke kawasan daerah Alor Gajah ini.
|
Bersama Mejar (Dr) Faiz Khaleed |
|
Di hadapan Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg Bidara, Melaka. |
Perasmian pembukaan satu bangunan planetrium baru dilakukan olaeh ketua menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam. Kami juga berpeluang berjumpa dengan Mejar (Dr.) Faiz Khaleed, Bakal Angkasawan Negara ke-2.
Datanglah ke sini, Kompleks Cerap Al-Khawarizmi ni sangat menarik dan cantik di tepi pantai. Pemandangan memang sejuk mata memandang menghadap Laut Selat Melaka.
Comments