Dasar Pandang ke Timur

Dasar pandang ke timur pernah dicanangkan ideanya oleh tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1982. Tidak perlu menoleh ke Barat sahaja untuk mengejar kemajuan kerana kemajuan yang sebenar merangkumi aspek kemasyarakatan dan budaya negara kita sendiri.



Matlamat dasar pandang ke timur adalah tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mencapat matlamat wawasan tahun 2020. Kalau 50 tahun dahulu negara Korea adalah antara negara termiskin dunia, kalau dulu juga Jepun pernah dibom dengan dahsyat, macam mana diorang boleh bangkit?

Tapi dalam mengecapi negara maju, bila orang dah selesa sangat nih mula lah ada yang malas & sendiri nak makan pun kena suap. Dah ada internet pun malas nak belajar, kat rumah ada air pun malas nak mandi (hehehe)..

Kadang-kadang kena ada satu sistem macam mana mendidik masyarakat kita ni supaya konsisten. Jawapannya mungkin jangan rasa terlalu selesa & berpuashati dengan keadaan sekarang.. Walaupun satu hari nanti negara sudah pun dikenali dengan negara maju..

Comments

Popular Posts