Program Biasiswa Luar Negara: ke Jepun

Ramai yang bertanyakan pendapat untuk tolong guide biasiswa luar negara nih. Disebabkan aku belajar di Jepun, maka aku cuma lebih tahu berkaitan biasiswa di Jepun & kurang arif dengan program biasiswa luar negara yang lain.

Program biasiswa yang nak diceritakan kali ni dikenali biasiswa luar negara atau lebih spesifiknya biasiswa ke Jepun. tak kira lah korang nak ambil bawah JPA atau MARA.


Sebelum diterbangkan untuk sambung ke Jepun, perlu buat persediaan di Malaysia seperti belajar asas bahasa jepun & dilatih mendengar perbualan orang Jepun. Secara asasnya yang aku tahu setakat ni, ada empat pilihan sebagai medium utama untuk menyambung pelajaran di Jepun:

1. Ambang Asuhan Jepun (AAJ atau dikenali dengan RPKJ: Rancangan Persediaan Khas Jepun)
  [✔] Tajaan biasiswa JPA
  [✔]  Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun
  [✔] Program Ijazah (6 tahun)

2. Institut Bahasa Teikyo (IBT)
  [✔] Tajaan kerajaan/persendirian/swasta
  [✔] Persediaan 2 tahun di Malaysia, 4 tahun di Jepun (lebih kurang seperti program AAJ)
  [✔] Program Ijazah (6 tahun)

3. Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ)
  [✔] Tajaan biasiswa JPA
  [✔] 2 tahun di Malaysia, 3 tahun di kolej Jepun (diploma), 2 tahun di universiti Jepun
  [✔] Program Diploma & Ijazah (7 tahun)

4. Japanese Associates Degree (JAD)
  [✔] Tajaan biasiswa MARA
  [✔] 3 tahun di Malaysia (diploma), 2 tahun di Jepun (ijazah)
  [✔]Program Diploma & Ijazah (5 tahun)

Program kat atas ni hanya persediaan & medium untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, pilihan universiti akan dipilih pada tahun akhir persediaan di Malaysia nanti. Kebiasaannya setelah SPM diumumkan, cepat-cepatlah korang apply & mohon biasiswa tu sebelum ditutup.

Pastikan lebih kurang seminggu sebelum & selepas SPM diumumkan, rajin-rajinlah check website JPA atau MARA untuk tengok tawaran yang dibuat.

[KEMASKINI] Buat masa ni permohonan untuk JAD telah dibuka, klik ke pautan ni http://jadypm.edu.my

Antara soalan paling lazim akan ditanya adalah "Boleh tak sesiapa yang tak ada asas bahasa jepun ambik program biasiswa nih?". Sebenarnya memang boleh sebab akan diajar di dalam kursus persedian asas-asas bahasa Jepun dahulu sebelum pembelajaran yang lebih mendalam untuk meneruskan pengajian di menara gading sana.

Kalau ada sebarang pertanyaan lagi, boleh la korang komen kat bawah ni ya! kalau sempat akan tolong dijawabkan. Anyway, good luck!

Anda mungkin meminati artikel ini:
Pinjaman Pelajaran dan Biasiswa Luar Negara (banyak lagi caranya)

Comments

Anonymous said…
okay so kalau kita nak apply ambang asuhan jepun.. 6 tahun tu course pembelajaran kita pilih lah kan?
Hairul Azizi said…
Yup.. 2 tahun persediaan. 4 tahun tu setelah apa yang kita pilih untuk belajar.
Unknown said…
Saya dapat tawaran under JPA ke Japan doing social science .Sy dapat ke IBT .Subjek ape yang sy akan belajar ?
Anonymous said…
Tumpang tanya, kalau pelajar lepasan diploma in ship design, ada chance tak untuk sambung degree dalam bidang naval architecture atau apa2 yang kaitan dengam maritim ke jepun. Kalau ada, boleh tolong ceritakan.
Hairul Azizi said…
ya boleh. untuk sambung master boleh apply program biasiswa/pinjaman. suggest apply MARA atau biasiswa direct dengan mombukagakusho (ministry education, sciense & tech) jepun.
Hairul Azizi said…
Untuk program IBT tu ikut course yang diambil. Biasanya untuk kejuruteraan, ada subjek kimia, fizik & matematik dalam bahasa jepun.
aufaaa said…
Assalamualaikum tumpang tanya. kalau nak smbung belajar bahasa jepun je kena apply yan mana satu ?
floe said…
Assalamualaikum . nak tanya kalau nak sambung tuk bahasa jepun je kena apply yang mana satu ?
Anonymous said…
kalau mohon untuk RPKJ, lepas graduate, boleh ke nak sambung architecture di Jepun? sebab saya dengar bidang tertentu saje boleh
Anonymous said…
kalau diploma lepasan art&design camne pulak?boleh sambung degree ape2 kaitan dgn course?saya tak tau sangat hal2 ni.
Hairul Azizi said…
This comment has been removed by the author.
Hairul Azizi said…
waalaikumsalam cik/pn aufaa & floe. utk sambung belajar bahasa jepun mula2 boleh ambil saja kelas tuisyen di tempat berdekatan dan ambil exam L4 atau L5 paling basic untuk dapatkan sijil bahasa. Kebiasaannya untuk cikgu-cikgu akan ada biasiswa kementerian pelajaran Malaysia dan juga biasiswa kementerian Jepun untuk bidang bahasa ni.boleh rujuk mombukagakusho http://www.studyjapan.go.jp/en/toj/toj0302e-10.html
Hairul Azizi said…
Kebiasaannya bidang engineering (mechanical, electronic, electric, mechatronic), pharmacy & bahasa adalah course yang paling banyak ditawarkan biasiswa. rujuk http://www.studyjapan.go.jp/en/toj/toj0302e-10.html
Anonymous said…
Saya lepasan spm 2015,boleh x nk mohon monbukagakusho?
Hairul Azizi said…
boleh. takde masalah jika mengikut kriteria yang ditetapkan

Popular Posts