Zaman Social Network akan berakhir?

Sekitar tahun 2000 , search engine adalah merupakan “raja” di internet, semua orang menggunakan search engine dan Google adalah raja utama di dalam duniasearch engine di internet. Kemudian, sekitar tahun 2010, muncul pula social network yang mula mencabar kedudukan search engine sebagai raja di internet. Orang ramai berpusu-pusu membuka dan menggunakan Facebook di dalam kehidupan seharian.

Pelbagai lagi laman-laman social network yang lain muncul seperti cendawan selepas hujan, linked in, pinterest, instagram dan bermacam-macam lagi. Manakala dalam bidang search engine, sudah tiada langsung kemunculan pemain baru, yang ada cuma Google yang terus bertahan dan kadangkala, kelihatan goyah dan turut sama ingin membina platform social networkmereka sendiri, seperti Google+.

Terkini.. satu lagi bidang baru dijangka akan merampas kedudukan 2 raja internet sebelum ini, iaitu bidang aplikasi permesejan.

Fred-Wilson

Fred Wilson, iaitu seorang pelabur kapitalis yang pernah melabur di dalam Twitter, Zynga, Tumblr, FourSquare dan banyak lagi, berpendapat, tahun 2014 adalah merupakan tahun pengakhiran dunia social network. Fasa dunia social network sudah mencapai tahap matang, walaupun masih ada aplikasi-aplikasi baru yang di bina di dalam bidangsocial network, tetapi ianya sudah tiada inovasi baru. Pemain-pemain besar duniasosial network seperti facebook dan twitter sudah membina tapak yang kukuh dan selamat untuk diri mereka di dalam dunia tersebut.

Dimasa kan datang, aplikasi permesejan akan mengantikan social network.

Dunia permesejan adalah “the next big thing”selepas google dan facebook. Kebanyakkan ahli keluarga menggunakanWhatsApp Group berbanding Facebook, manakala golongan remaja pula lebih ramai menggunakan Snapchat berbanding Instagram.

Sebuah carta yang dihasilkan oleh pihak Business Insider juga menunjukkan trend bahawa, dunia aplikasi permesejan mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat pesat berbanding dunia social network. Dijangkakan, pada tahun 2015, jumlah pengguna aplikasi permesejan akan mengatasi pengguna aplikasi social network.

bii-sai-cotd-social-messaging-apps-1

Perkara ini sebenarnya telah disedari oleh pihak facebook, disebabkan itulahFacebook sanggup membeli WhatsApp dengan nilai $19 billion pada awal tahun lalu.

Kepada usahawan-usahawan internet sekalian, ini adalah merupakan berita penting untuk anda. Jika dulu ramai yang mengiklan di google dan facebook.. akan datang, tumpuan para usahawan akan bertukar ke whatsapp, LINE dan WeChat pula.

Sudahkah anda bersedia dengan gelombang perubahan ini?

 

 Sumber: WangCyber

Comments

Popular Posts