Alhamdulillah tahun ni berpeluang sekali lagi melawat ke festival salji dan ais di Sapporo, Hokkaido. Walaupun sibuk dengan aktiviti di universiti, cepat-cepat aku siapkan thesis supaya dapat enjoy festival nih. Malang sedikit untuk tahun ni, panahan cahaya matahari sangat panas dan merosakkan sedikit ukiran halus replika.
 |
Ukiran sedikit rosak disebabkan cuaca panas dia siang hari sebelum ni |
Replika yang paling aku minat semestinya Starwars yang besar gedabak nih.
 |
Monumen salji di Sapporo, Hokkaido.
|
 |
Panahan cahaya matahari agak terik tahun 2015 ni |
 |
Monumen salji ketika waktu malam |
 |
Selfie sekejap |
 |
3500 tan salji sedang dilonggokkan untuk ukiran salji |
[Tentera brigade ke-11 Jepun menggunakan jentolak untuk memindahkan 3,500 tan salji menjadi satu longgokan yang mana mereka kemudiaannya membuat monumen epik Darth Vader dengan saiz 23m-lebar dan 15m-tinggi bersama sama kuasa imperial Star Wars, lengkap dengan Storm Troopers dan TIE Fighters.]
Negara Malaysia juga terlibat untuk pertandingan ukiran. Tema Malaysia untuk tahun ini adalah berkaitan suku kaum di Sarawak, suku Kenyah.
 |
Ukiran salji bagi team Malaysia 2015
 |
Ukiran sedikit rosak setelah beberapa hari |
|
Gambar-gambar di sekitar festival.
 |
Gambar tahun lepas (2014) |
Alhamdulillah tahun ni dapat berpeluang buat parttime sekejap untuk garap sikit pengalaman.
Kanak-kanak ni bertanya banyak pulak soalan. Ada gambar Orang Utan untuk promosi Malaysia, budak-budak ni tanya yang itu chimpazi ke? Eh, awak boleh cakap bahasa Jepun ke? Lepas tu tanya makanan apa ni? Kita layan ajela macam-macam soalan. he he he..
Ini dia roti canai terbang ke Jepun.
(Sumber:
snowfes.com,
thevocket.com)
Comments