Pelaburan menguntungkan tahun 2016?

Awal tahun haritu, aku datang ke seminar anjuran Eastspring Investment di bangunan Prudential Melaka. Ok, kalau nak tahu sebenarnya aku adalah salah seorang konsultan unit amanah saham yang bertauliah di bawah kelulusan Bank Negara.

Eastspring Investment menjadi pilihan aku sebab pelaburan ni adalah the best equity shariah fund kat Malaysia ni berturut-turut. Dapat award Edge-Lipper untuk dana terbaik 3 tahun, 5 tahun malah sampai 10 tahun still the best Islamic fund. Tapi yang buat aku terkejut, masa datang seminar tu yang aku perasan hanya 3 orang je bumiputera dari beratus orang dalam tu. Apa sudah jadi?

Walaupun aku ada melabur saham Bursa sendiri, tapi risikonya adalah tinggi. Kalau untung 20-30%, mesti akan ada kaunter yang rugi sampai 10-15%. Last-last  dalam 15% saja untung, walaupun tak banyak kira OK la dari melabur ASB/TH. Tapi dalam mengorek ilmu pelaburan saham ni, aku cuba terlibat dengan Eastspring Investment nih.

Ok berbalik pada persoalan, pelaburan apa yang bagus tahun 2016 ni? Dengan GST, kenaikan harga barang, ketidaktentuan harga minyak. Masa sesi bersama Eastspring Investment haritu, kami ditanya adakah harga minyak mentah dunia akan jatuh lagi? Dalam 10 tahun ni setelah crude oil jatuh bawah paras $30 per barrel baru-baru ni, boleh possible jatuh lagi? Ok, hal politik US, Rusia, China & perang Iran dan sebagainya kita elakkan dulu. Mengikut logik, harga minyak jatuh macam mana sekalipun pasti akan mengikut paras kos menghasilkannya. Betul jugak kan? Kita tengok gambar rajah dibawah:

Kos Harga Minyak Mentah Terkini
Lepas beberapa hari kami didedahkan dengan data ni, dengar pula berita Warren Buffet pelabur terkenal tu beli share syarikat minyak Philips 66. Sher Philips 66 melonjak 5.4% pada hari berita pengumuman tersebut. OPEC sekarang ni dikatakan tidak lagi mampu mengawal harga minyak, kerana negara besar lain seperti Rusia, China & US boleh menguasainya menyebabkan lambakan pengeluaran minyak untuk menandingi siapa yang boleh menguasai pasaran minyak dunia. Benarkah cerita ini? No one knows except Him.

Lagi satu rahsia yang aku akan dedahkan disini, Eastspring nampak potensi pasaran Jepun. dalam beberapa tahun ni walaupun ekonomi tidak menentu, negara matahari terbit ni agak stagnant pertumbuhan ekonominya. Dijangka pelaburan di negara Jepun akan mendapat keuntungan kerana ketahanan sistem ekonomi mereka. Ye lah kan, aku dulu kerja syarikat Jepun sebagai eksekutif memang nampak syarikat Jepun ni konsisten dalam konsep 'kaizen' diorang. Keluar masuk duit memang akan SOP yang sangat melecehkan tapi sangat penting dalam memastikan pelaburan yang berbaloi dan ketelusan.

Okay, berbalik pada persoalan lagi. Bila harga minyak menurun, kerajaan kurang keuntungan dari hasil minyak. Itu sebab diperkenalkan GST. Cukai GST ni dapat imbangkan balik kerugian yang dialami. Walaupun ramai orang bising pasal GST, kita nak bising pun susah juga, dalam masalah ada peluang, kalau tengok kaunter yang ada buat sistem GST ada untung. Itu sebab pandangan pelabur saham MASALAH=PELUANG, sama macam bisnes lain. Sempat juga aku kaut untung masa pelaksanaan sistem GST masa tu, kaunter Ifca MSC untung RM1000++ masa tu. Sekarang ni ifca tak berapa cantik sangat utk masuk.

Pada pandangan masyarakat Malaysia sekarang ni, pelaburan hartanah adalah yang menguntungkan walaupun agak leceh dengan urusan jualbeli, peguam, sewa dan pulangan pelaburan yang memakan masa. Statistik menunjukkan pelaburan rumah ni lebih pada untuk persaraan, sama ada hidup sendiri atau aset di hari tua.

Unit amanah pula menduduki tempat kedua pilihan rakyat Malaysia untuk persaraan. Ya dengan unit amanah, pelaburannya lebih mudah dan lebih cepat sedikit berbanding pelaburan property. Bak kata omputih, dont put all your eggs in one basket. Pelaburan hartanah pun buat, emas pun buat & unit amanah saham pun buat.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk melabur saham, boleh contact aku atau whatsapp 0177220516

InshaAllah, pengalaman aku melabur saham di Bursa Malaysia dan ilmu pengetahuan aku mengenainya akan dikongsi.

Comments

Popular Posts