Cara Buka Akaun Saxo Bank atau Daftar Saxo Trader Go

Selama ni tak pernah aku buka akaun bank di luar negara melainkan di negara Jepun sebab belajar di sana 4 tahun. Buka akaun Saxo Bank ni pun sebab nak melabur saham luar negara lepas ikut seminar Dato Dr Nazri Khan (DDNK) di MITC Ayer Keroh Melaka tahun 2016.

Orang yang baru buka akaun bank macam aku ni,  lagi-lagi  bank luar negara  memang agak cuak juga lah. Betul ke tak wujud bank ni? Iya lah sekarang ni macam-macam skim cepat kaya menggunakan broker-broker yang tak sah. Selepas diselidiki, ada kawalselia dari Eropah dan cawangan di Saxo Bank Singapore branch, barulah yakin nak buka akaun Saxo ni.

Lama kelamaan, ramai pula tanya pasal nak buka akaun Saxo bank ni. Mula dari kepercayaan, deposit, withdrawal sampai lah instrumen-instrumen platform Saxo aku kongsikan. Maklumlah ilmu yang aku dapat dari Dato Dr Nazri Khan dan pengalaman membantu pelajar beliau sesama kru membantu aku memahami permasalahan yang ada. Bukan aku kata bank Saxo tu bermasalah ya, cuma ada perkara yang perlu dibuat bagi memudahkan proses permohonan, permainan saham sehinggalah ke pengeluaran.

Daftar cara buka akaun saxo bank


Sebagai contoh, jika sebelum ni deposit diperlukan adalah 10,000USD dan dokumen perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Tapi sekarang, deposit hanya 2,000USD dan urusan dokumen agak mudah diluluskan. Bermula dari dapat panggilan dan emel, kita akan masukkan deposit melalui kaunter bank atau secara atas talian sahaja.

Waktu mula-mula tu memang gementar juga lah nak transfer, maklumlah amaun bukan sedikit. Takut salah hantar, orang lain kat luar negara pula yang dapat. Kena pastikan satu persatu butiran adalah betul supaya tak ada lah wang tu berpusing-pusing satu dunia atau paling sadis jika orang lain pulak yang dapat.

Bila dah dapat live account pulak, ada jugalah setting didalam akaun tu serba sedikit kena tahu supaya memudahkan kita nak trade. Untuk live account di app smartphone juga menggunakan ID yang sama. Nama aplikasi di App atau Play Store ialah Saxo Trader Go. Bila ada akaun bank Saxo ni seolah-olah macam kita ada akaun simpanan di luar negara pulak. hehe..

Bagi sesiapa  yang nak info satu persatu buka akaun ni boleh rujuk dan subscribe Youtube Channel saya di https://www.youtube.com/watch?v=XlkqzNbTTX0&list=PLT5kw-WF2pjLV3d5dhxg0YIrKqjjqRqN5

Comments

Popular Posts