PASARAN BURSA SAHAM MALAYSIA DAN SAHAM LUAR NEGARA
Biasanya dalam pemikiran kebanyakan orang Malaysia yang nak belajar saham (termasuk saya suatu ketika dahulu) akan berfikir bahawa main saham dalam negara Malaysiaku tercinta ini lebih selamat berbanding trade saham luar negara. Tetapi betulkah teori ini?
Oleh itu, dalam penulisan blog kali ini saya akan huraikan lebih lanjut berdasarkan pengalaman saya sendiri terlibat sebagai retailer dalam pasaran saham Malaysia mahupun pasaran saham global.
1. MODAL
Biasanya bila hendak bermula main saham, semestinya 'newbie trader' akan cari cara bermain saham dengan modal kecil untuk 'test' dahulu. Kalau kita hendak bandingkan harga semestinya dalam pemikiran adalah saham Malaysia lebih murah, contohnya harga saham DutchLady pada 31 Julai 2020 berharga sekitar RM40 satu unit.
Saya ambil pula contoh saham luar negara yang harganya sekitar juga 40$ seunit seperti saham syarikat INTEL.
Jika mengikut perkiraan, harga USD40 Intel bersamaan anggaran lebih RM200 pada masa kini dimana lebih mahal dari harga RM40 Dutch Lady. Bagaimanapun, sebagai trader yang tahu sebenarnya apabila kita hendak membeli di Bursa Saham KLCI adalah minima 1 lot, iaitu modal sekurang-kurangnya RM4000 diperlukan untuk membeli saham Dutch Lady berbanding hanya RM200 sahaja boleh membeli saham Intel di NASDAQ luar negara.
Oleh itu, apa sebenarnya tujuan hendak membeli saham dengan modal kecil? Saya faham bahawa ramai beranggapan bahawa dengan modal kecil sebenarnya risiko lebih rendah tapi saya berpendapat sebaliknya. Jadi saya ada pandangan kedua dibawah ini.
2. KUALITI
Kualiti dan nilai saham dalam dan luar negara bagi saya sangat berbeza. Kenaikan beratus-ratus persen saham luar negara terutamanya di Amerika Syarikat, China, Jepun dan Eropah sangatlah biasa berlaku. Saham Intel contohnya seperti yang saya tunjukkan sebentar tadi, kenaikannya sejak 10 tahun lepas adalah sekitar 500% ke 600%. Belum lagi saya bandingkan saham-saham terkenal dunia seperti apa yang tuan-puan gunakan sekarang contohnya Facebook, Google, Microsoft, Apple, Zoom, Tencent dan sebagainya. Oleh itu jika kita melabur RM10,000 saham Intel pada 10 tahun lepas, jumlah pelaburan yang boleh diperoleh kini sekitar RM50,000 ke RM60,000.
Saham global juga kita mempunyai berpuluh ribu pilihan saham berkualiti berbanding kuantiti saham berkualiti di Malaysia yang terhad dibawah kuantiti 900 saham (data terkini). Nilai harga syarikat terkemuka dunia di saham luar negara juga pada pendapat saya lebih menguntungkan dengan cepat.
3. HALAL
Main saham halal atau disebut juga saham yang patuh syariah juga sangat dititikberat dalam Islam. Berdasarkan data yang diperoleh dari syariah stock screener dipercayai islamicly.com, hanya 149 syarikat sahaja yang benar-benar mengikut kriteria syariah pada Mac 2020 di Bursa Malaysia. Berbanding saham di Amerika Syarikat, lebih banyak yang halal patuh syariah berbanding saham tempatan. Data ini diaudit setiap hari dimana kita boleh semak kepatuhan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia mahupun di luar negara.
Kini semakan syariah saham global lebih mudah secara online sahaja berbanding perlu menunggu setahun sekali untuk semakan laporan syarikat pada suatu ketika dahulu. Saya sendiri pernah berjumpa dengan co-founder islamicly dimana beliau sangat arif dalam bidang penilaian syariah ini. Antara panel pemantau ini dikawalselia oleh ulama ekonomi terkenal Dr Muhammad Ali El-Gari dari Saudi Arabia.
4. CANGGIH
Kini semua orang boleh trade saham secara online. Bursa saham Malaysia terkini juga agak canggih dengan menggunakan central depository system atau dikenali CDS dimana boleh dilakukan secara atas talian. Cara beli saham kini lebih mudah berbanding jualbeli melalui sijil dahulu. Bagaimanapun platform saham diluar negara sebenarnya lebih canggih dan memudahkan kita trade saham online sahaja.
Pengalaman saya trade suatu ketika dahulu di Bursa Malaysia, hanya satu broker sahaja yang boleh menawarkan stop loss order atau limit order untuk disimpan didalam server mereka. Tetapi order tersebut tidak boleh disimpan melebihi 8jam kerana terhad kapasiti platform di Bursa Malaysia. Oleh itu ia memberikan risiko jika saham disimpan melebihi sehari kerana tiada sistem untuk menjaga stop loss dan memberikan limit order setting untuk mencapai target profit yang dimahukan.
Berbanding platform saham luar negara, kita belajar secara online sahaja sudah boleh tahu cara membuat stop order, limit order ataupun market order disetkan sama ada sehari malah lebih sehari ataupun disetkan pada tarikh tetap mahupun secara GTC. Kecanggihan ini memudahkan trader untuk membuat profit lebih banyak dan mengurangkan risiko kerugian dengan menggunakan fungsi platform broker yang ada.
5. RISIKO
Ramai yang cakap saham luar negara lebih berisiko, tetapi setelah ada pengalaman trade dalam dan luar negara saya berpendapat sebaliknya. Sebenarnya risiko besar adalah perkara yang anda tidak tahu. Risiko saham luar negara bagi saya lebih terkawal, boleh menggunakan fungsi platform yang lebih canggih, lebih selamat, lebih menguntungkan dan saham-saham luar negara lebih berkualiti nilai tinggi malah banyak saham patuh syariah. Bukan setakat modal kita sebenarnya lebih kecil, malah modal yang kecil boleh mendapat untung yang besar dengan mudah jika kita tahu cara trade saham dengan berkesan.
Sebenarnya risiko ini bukanlah disebabkan oleh saham itu di Malaysia atau di luar negara tetapi ia bergantung kepada trading plan dan kefahaman aplikasi ilmu trading untuk digunakan. Jika ada perkara yang lebih baik, mengapa tidak sahaja kita melabur saham diluar negara?
Oleh itu, setakat ini saya cuba untuk membimbing semua rakyat Malaysia supaya kita juga belajar saham luar negara dengan seminar saham 2020 saya yang buat masa ini dibuat secara percuma sebagai pendedahan sebenar global stocks trading. Saya namakan seminar saham luar negara ini dengan akronim SAHLUN, gabungan perkataan awalan Saham Luar Negara.
Comments