2015 | Just Blogging







Macam mana nak main saham?

Dulu masa sekolah ada terbaca kisah orang kaya yang mengatakan rugi kalau tak mula buat pelaburan saham dari awal. Tapi nak awal macam mana? Bukannya tahu nak mula dari mana.

Nasib baik masa tu mak ada mulakan pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera) ni. Dari situ celik sikit bab-bab melabur. Masa tu fikir kalau simpan boleh dapat 7-8% setahun, alangkahnya best kalau ada orang bagi pinjam aku sejuta untuk setahun. Letak sejuta boleh dapat sekurang-kurangnya RM70k setahun. hehe.. Tapi kita ni bukannya kaya pun. Duit sekolah pun lepas untuk bayar duit buku & jalan-jalan outing dengan kawan. Nak simpan RM100 pun susah masa zaman sekolah.

Habis sekolah, alhamdulillah ditawarkan JPA biasiswa ke Jepun. Mula masa tu ada duit sikit-sikit untuk simpan ASB. Sebelum terbang ke Jepun, ada kursus persediaan kat KL (bertempat di Universiti Malaya). Tapi biasala jiwa muda asyik nak keluar berjalan. Pergi Mid Valley (bukannya beli apa sangat pun), tengok wayang & makan-makan dengan kengkawan. Tapi ada beringat-ingat sikit simpan untuk melabur. Ada pulak masa tu kawan cerita yang ASB dia ada dalam RM12k. Perghh, terbayang yang kalau 12ribu mana taknya dalam setahun paling minima dapat dividen RM1k. Lagi banyak dari duit raya. Target masa tu supaya dapat simpan RM10k dulu.

Dah dapat ke Jepun, awal-awal tu tak dapat berjimat sangat sebab macam-macam nak beli. Masuk tahun 2-3 baru stabil sikit & boleh simpan banyak. Masa tu la baru dapat capai simpanan RM10k tu.

Tapi langit tak selalu cerah. Disebabkan ada masalah hutang (orang yang dirahsiakan), terpaksa gunakan duit tu untuk cover. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapi Allah buatkan hati terdetik untuk tahu selok belok saham. Rupanya bukannya susah pun nak masuk saham yang sebenar.

Dulu terpikir, masuk ASB ni duit tu diorang melabur kat mana ya? Tak pernah pulak nampak tepung cap ASB, kereta jenama ASB.. Bila dapat gambaran macam mana saham tu wujud, baru tahu. ASB, KWSP (EPF), Tabung Haji (TH) tu pun sebenarnya melabur dekat saham Bursa Malaysia rupanya. Dividen setahun simpan baru dapat, tu pun dalam anggaran 6-10% dividen. Padahal dengan saham Bursa Malaysia, untung 10% tak sampai seminggu pun boleh dapat. Kalau bernasib baik, ada kaunter saham yang untung mencecah 30-50% tak sampai sebulan.

Masa mula saham, waktu tu fikir "Eh? RM10 saja nak daftar??". Ingatkan kena akaun beratus juta baru boleh masuk. Memang ada syarat-syarat lain macam nak bank statement dan kad pengenalan, tapi bukannya susah mana pun.

Mula-mula masa tu terjumpa blog pakdi.my, memang banyak huraian yang membantu aku sebagai newbie. Dah lama dengar nama Pakdi ni, cuma baru la dapat 'hidayah' untuk memeluk saham ni agaknya. hahaha..

Lepastu baru la jumpa otai-otai, cikgu saham, remisier dan sebagainya macam Zamsaham, Dr Nazri Khan, Hj Asri, Fred Tam, Faizal Yusup (FY), Razali Mohd, Nazarry Rosli dan banyak lagi sebenarnya (Maaf kalau nama tak tersebut).

Ingatkan nak tengok graf saham ni kena datang tengok papan bursa BSKL tu ala-ala macam tengok dalam TV & movie. Rupanya online dekat smartphone pun dah cukup. Masa mula-mula nak main tengok graf tu macam pening jugak. Apakah benda Candlestick Graph ni, yang macam cacing SMA, RSI, MACD ni pulak apa kebendanya tu, kenapa ada Open and Close price, mana butang nak BUY, nak SELL.. Aduh macam-macam.. Sebenarnya tahu trend, tahu tekan butang BUY & SELL dah cukup.

Untung mula-mula dapat dari kaunter DRB-Hicom, alaa syarikat yang ada kilang Honda dekat Melaka tu. Pos Malaysia pun bawah DRB-Hicom ni. Seciput je untung RM50, boleh la lepas untuk duit lauk orang bujang seminggu. Kalau hari-hari konsisten dapat untung RM50, masa tu fikir sebulan boleh dapat sekurang-kurangnya RM1000 nih dengan melabur.

Rupanya best lagi saham Bursa Malaysia ni daripada melabur emas, rumah atau elemen lain. Bukan cakap lain tak bagus. Tapi luaskan rangkaian pelaburan. Kelebihan saham ni sebab ada 'kecairan tunai', kita boleh dapat duit on the spot. Jual je dapat duit terus masuk akaun. Lain sikit dari rumah yang perlu kita buat dokumen, caj guaman & ambil masa untuk dapatkan tunai.

Tapi biasalah langit tak cerah selalu, rugi dalam saham ini pasti. Masa kejatuhan harga minyak mentah dunia masa sekitar bulan Disember 2014, ada sikit rasa macam tak selamat. Banyak kaunter rugi sampai mencapai lebih 50% paper loss. Masa tu baru tersedar kebodohan main saham sebab tak pandai nak cut loss atau menilai bila masa sesuai untuk keluar. Asyik HOLD je mengharap nak naik padahal trend dalam mood bearish (pasaran dalam keadaan menurun). Nak taknak, yang boleh keluar tu terpaksa realized loss walaupun sampai 30% loss, sangatlah besar rugi tu.

Terpaksa jual beberapa kaunter rugi untuk dapatkan modal tunai. Masa tu tengok-tengok lagi graf Bursa Malaysia. Kaunter-kaunter minyak dan gas jatuh merudum, terkesan jugak dengan sektor lain. Tapi bak kata John Templeton, "For those properly prepared in advance, a bear market in stocks is not a calamity but an opportunity."[Bagi pelabur yang telah bersedia awal, bear market (pasaran dalam trend menurun) yang berlaku dalam saham bukan musibah tetapi satu peluang.]

Salah satu contoh kaunter yang dah lama aku perhatikan masa tu kaunter DIALOG, (harga jatuh anggaran 30% sampai RM1.26 seunit). Walaupun kaunter oil & gas lain jatuh, aku perhatikan macam stabil pulak DIALOG ni. Analisis teknikal memberikan tanda-tanda untuk beli & fundamental analysis dengan projek dekat Pengerang, Johor menunjukkan tanda-tanda positif. Dengan beraninya aku ambik risiko meredah lautan merah beli kaunter ni.

Bila harga minyak mentah dah stabil & okay macam sekarang ni, harga DIALOG dah mencanak naik 30%. Alhamdulillah dapat untung 4 angka. Baru dapat rentak dan tahu bila masa nak beli, bila patut jual & hati kena kering.

Nak dapatkan untung bersih 3 angka dalam masa beberapa hari bukannya susah pun sebenarnya. Yang penting ilmu. Ada hikmahnya rugi dalam saham sebelum ni untuk sampai ke tahap sekarang. Ilmu dari pengalaman ni susah nak dapat di mana-mana.

Sampai sini saja aku taip.. Kalau rasa nak cuba-cuba main saham ni, boleh dapatkan ilmu pengalaman saham aku dalam ebook ni. Ilmu ni sangat mahal sebab tak ramai akan cerita rugi saham dan macam mana rahsia boleh buat untung.

Antara kandungan buku:

1. Nak mula main saham

- Apa itu akaun CDS, broker, remisier, dealer..
- Beza akaun Nominee dan Personal
- Margin Account or Cash Account?

2. Cara main saham tanpa modal

- kelebihan guna akaun XXXX (akan diterangkan dalam ebook)
- Untung memamng banyak, tapi hati-hati supaya tak rugi besar
- Case study sebenar

3. Analisis saham

- Technical & Fundamental Analysis
- Kenali Japanese Candlestick Graph, bullish trend, red, green, white and black bar.
- Kalau demam ada tanda-tandanya, apa pula tanda bila saham 'sakit'?
- Penggunaan MACD, RSI dan sebagainya.


4. Sektor pasaran saham

- Main & Ace market
- Plantation, healthcare, oil & gas counter
- Penting tengok sektor mana yang tengah sakit atau sedang berkembang.

5. Tanda-tanda sesuai untuk beli atau jual?

- Jangan takut-takut sangat, jangan tamak-tamak sangat.
- Kenapa tiba-tiba syarikat keluarkan right issue?
- Pasaran spekulasi atau bukan?
- Case study sebenar

dan pelbagai lagi..

Case Study Sebenar - Pengalaman rugi, belajar untung
Kalau berminat, boleh dapatkan buku ni dengan harga RM100. Saya sendiri pernah rugi beribu-ribu ringgit tapi takkan untuk untung beribu-ribu ringgit anda tak sanggup keluarkan modal RM100 saja untuk melabur ilmu? Jaminan pulangan wang dikembalikan jika tidak berpuashati.

Tunggu dulu!

Saya mahu berikan satu ebook percuma mengenai asas main saham tanpa modal. Ya! percuma saja ilmunya. Cuma mengambil masa seminit dua untuk download buku ni untuk diberikan di emel.

Di dalam ebook ini, akan saya huraikan teknik-teknik saham tanpa modal ini. Termasuk juga strategi segitiga, tukul, paku dan belon. Apakebenda teknik tukul, paku dan belon tu? Untuk tahu sila download huraian teknik ini melalui laman web di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/1TZUy8nQGQImptZ6IKuZCV31lY0XZpPGgelOsXYLdM-Y/viewform

Testimoni ebook:
"Alahamdulillah.. dapat untung RM187++ dalam masa 2 hari guna teknik dalam ebook ni"
-Hairi, Pelajar Universiti Jepun-
{ Read More }


Beribu-ribu tan Salji untuk Ukiran Seni di Jepun

Alhamdulillah tahun ni berpeluang sekali lagi melawat ke festival salji dan ais di Sapporo, Hokkaido. Walaupun sibuk dengan aktiviti di universiti, cepat-cepat aku siapkan thesis supaya dapat enjoy festival nih. Malang sedikit untuk tahun ni, panahan cahaya matahari sangat panas dan merosakkan sedikit ukiran halus replika.

Ukiran sedikit rosak disebabkan cuaca panas dia siang hari sebelum ni


Replika yang paling aku minat semestinya Starwars yang besar gedabak nih.

Monumen salji di Sapporo, Hokkaido.


Panahan cahaya matahari agak terik tahun 2015 ni

Monumen salji ketika waktu malam
Selfie sekejap

3500 tan salji sedang dilonggokkan untuk ukiran salji

[Tentera brigade ke-11 Jepun menggunakan jentolak untuk memindahkan 3,500 tan salji menjadi satu longgokan yang mana mereka kemudiaannya membuat monumen epik Darth Vader dengan saiz 23m-lebar dan 15m-tinggi bersama sama kuasa imperial Star Wars, lengkap dengan Storm Troopers dan TIE Fighters.]

Negara Malaysia juga terlibat untuk pertandingan ukiran. Tema Malaysia untuk tahun ini adalah berkaitan suku kaum di Sarawak, suku Kenyah.

Ukiran salji bagi team Malaysia 2015


Ukiran sedikit rosak setelah beberapa hari
Gambar-gambar di sekitar festival.



Gambar tahun lepas (2014)


Alhamdulillah tahun ni dapat berpeluang buat parttime sekejap untuk garap sikit pengalaman.



Kanak-kanak ni bertanya banyak pulak soalan. Ada gambar Orang Utan untuk promosi Malaysia, budak-budak ni tanya yang itu chimpazi ke? Eh, awak boleh cakap bahasa Jepun ke? Lepas tu tanya makanan apa ni? Kita layan ajela macam-macam soalan. he he he..

Ini dia roti canai terbang ke Jepun.


(Sumber: snowfes.com, thevocket.com)
{ Read More }


Datuk Bandar di Jepun pun beratur

Kitorang berpeluang untuk memakai baju tradisional kimono Jepun sempena tahun akhir pengajian disini.

Sempat juga dapat aku berborak dengan datuk bandar Muroran, YB Aoyama yang memegang jawatan ketua pentadbiran kerajaan bandar MURORAN, Hokkaido nih.

Dia langsung tak menunjukkan gaya berlagak sombong, malah berborak dengan kami seperti kawan-kawan. Macam-macam cerita dia bagitau, sebab dia pun belajar sama tempat dengan kitorang.

Sempat jugak aku interview dia, apa pandangan dia dengan ISIS yang baru-baru ni membunuh dengan kejam seorang rakyat Jepun kerana tidak mendapat wang tebusan.

Bagi pandangan dia, dia bukannya tahu sangat perkara sebenar. Kata dia, media di jepun ni banyak mendapat maklumat dengan berita buruk. Almaklumlah, 70% media di dunia sekarang ni dikuasai yahudi. Zaman sekolah dulu dia ada jiran Pakistan, dah pernah ke Malaysia dan Singapura, jadi bagi dia agama ni macam budaya dan tak ada kena-mengena dengan sikap individu.

Yang aku tersentap, bila dia sendiri pun beratur ambil makanan sama-sama macam orang lain. Satu contoh teladan yang baik.

Datuk Bandar pun beratur ambik makanan


Makan Malam bersama Datuk Bandar MURORAN.
(Photo Credit: Mari Nakamura)


Masa aku duduk makan malam depan dia, aku terlupa nak isikan air dalam cawan atas meja untuk dia. Dia sendiri yang isikan air & siap tuangkan untuk kitorang.

Bak kata peribahasa Melayu "Walaupun ular menyusur bawah akar, tiada hilang bisanya" (Orang berpangkat besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.)
{ Read More }


Kalau tak sanggup rugi, jangan masuk saham!

Maaf, ayat tajuk macam keras sikit bunyinya. Ni bukanlah untuk menakut-nakutkan untuk terlibat dalam saham, cuma sebagai persediaan emosi supaya TIDAK KECEWA kalau ada rugi di kemudian hari.

Memang semua orang takut rugi, termasuklah yang menulis ni.

Kalau kita takut-takut dan tak mencuba, macam mana nak tahu kan?

Macam belajar kereta, kalau takut-takut macam mana pulak nak lepas kan?

Yang penting adalah CARA kita MENGURANGKAN RISIKO kerugian.

Kalau naik kereta, memang kita takut kalau kemalangan. Untuk kurangkan risiko kemalangan, kita bawa perlahan. Tapi ada juga orang bawa laju (seperti polis/bomba) tapi amat jarang kita dengar mereka terlibat dalam kemalangan kerana mereka berkemahiran dan dilatih untuk pemanduan berhemah.

Berhemah disini juga bermaksud berhati-hati dan cekap walaupun kenderaan dipandu laju. Mereka telah dilatih dan diasah untuk cekap dan mahir memandu. Kalau nak tahu, bukan semua polis boleh memandu kereta polis apabila membuat operasi.

Okay.. Berbalik pada persoalan.

Banyak orang tanya, "Berapa ya modal nak main saham ni?"

Biasanya aku akan tanya balik, "Sanggup rugi berapa?"


Modal main saham

Memang kalau dalam pasaran kita taknak rugi tapi sukar kita untuk meramal pegerakan saham ni. Apa yang boleh dibuat ialah, diulang sekali lagi KURANGKAN RISIKO.

Contoh, ada modal RM10ribu dan sanggup rugi RM500. Dinasihatkan jangan laburkan semuanya dalam satu kaunter saja, sebab kalau kaunter tu rugi?? Kalau rugi & boleh HOLD untuk tunggu naik tak apa, kalau tak naik-naik & terus jatuh??

Kalau tak sanggup rugi lebih dari RM500, jadi sebelum kaunter jatuh lagi boleh kita CUT LOSS.

Tapi sebenarnya dari modal sebanyak tu, antara yang boleh dibuat untuk selamat (play safe) ialah melabur ke beberapa kaunter saham.

Untung belum tentu, rugi tu pasti.

Contoh tadi RM10ribu tu, kita bahagi-bahagikan ke beberapa kaunter. Katakan beli 5 kaunter.. Kalau satu kaunter rugi dan yang lain untung, inshaAllah secara keseluruhannya masih untung.

Gambar rajah bawah ni contoh dari 10 kaunter, ada 3 rugi dan 7 kaunter lain masih untung.

Senarai Kaunter Saham Januari 2015
Pasaran saham ni kadang-kadang sukar untuk kita menduga. Sebagai jalan selamat, lebih baik kita bahagi-bahagikan bak kata orang putih "Don't put all your eggs on one basket" (Jangan letakkan semua telur dalam satu bakul). Kalau 'jatuh' bakul tu, boleh berisiko pecah kesemuanya.

Jangan takut-takut sangat, jangan tamak-tamak sangat =)

Selamat melabur!

{ Read More }


Nak Buka Akaun CDS Online?

Akaun CDS perlu kita buka untuk mulakan saham di Bursa Malaysia.

Daftar tak banyak pun, RM10 dah cukup untuk daftar di syarikat broker.

Memang kalau boleh, kita nak apply saja akaun saham CDS ni secara online.

Tapi boleh ke apply akaun ni secara online form?

Okay.. Sebelum tu kena tahu jenis-jenis akaun CDS nih.

Akaun trading CDS ni ada 2 jenis. Direct (Personal) dan Nominee.

Kebiasaannya kalau syarikat broker dari bank, diorang akan daftarkan bawah Nominee. Akaun Nominee akan didaftarkan bawah nama broker. Untuk akaun CDS Direct pulak, akaun didaftarkan atas nama sendiri dan kelebihannya sebab layak untuk memohon IPO (Initial Public Offer).

Okay, untuk bahagian seterusnya ialah jenis tawaran akaun tu pulak. Kebiasaanya dalam bentuk:

1. Cash Account: Akaun yang mesti ada duit/modal untuk melabur. Biasanya cajnya lebih murah berbanding lain.

2. Margin Account: Akaun yang boleh dapat margin pinjaman sekejap dalam 4 hari. Masukkan duit, nanti akan dapat margin pinjaman ikut gandaan yang diberikan pihak broker. Kita akan bayar jumlah total penuh caj dan kos pada hari keempat (T+3 days). Jika tidak membayarnya, saham akan dijual pihak broker. Kalau untung takpe, jangan biarkan rugi. Plan bebaik.

Ok, berbalik pada persoalan. Boleh tak apply secara online saja akaun ni? Buat masa ni belum boleh, tapi ada caranya.

Bagi pelajar luar negara macam aku ni yang pening fikirkan kos untuk balik semata-mata untuk buat akaun CDS, terfikir yang cara ni lagi baik. Sesuai untuk orang yang sibuk dan tak ada masa untuk pergi ke bank pada waktu pejabat.

Cari remisier atau dealer (wakil dari pihak broker) dan hubungi mereka untuk poskan borang akaun CDS.

Saham Online 1

Lepas tu isikan borang dan transfer saja lah duit pendaftaran RM10 pada remisier/dealer tu. Poskan balik borang ni pada remisier/dealer dan biarkan mereka proses.

Lepas beberapa hari, konpemkan balik sama ada akaun dah siap atau belum.

Selesai!

Berminat untuk main saham tanpa modal? Download ebook Main Saham


{ Read More }


Patut tak beli minyak masa harga jatuh?

Harga minyak jatuh, keuntungan pasaran sektor oil & gas di Malaysia juga jatuh sekaligus memberi impak pada situasi ekonomi Malaysia. Ini kerana Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak dan sedikit-sebanyak bergantung pada harga minyak dunia.

Berbalik pada persoalan, patutkah membeli minyak masa harga jatuh? Memang patut la, siapa taknak harga minyak yang murah?? Nak pergi kerja, hantar barang, balik kampung semuanya perlu isi minyak untuk kereta/motor. he he he..

Persoalan yang sebenar ialah: Patut tak beli kaunter saham minyak sektor oil dan gas ini?



Jika kita melihat sejarah, harga minyak pernah jatuh ketika tahun 1985 di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia menguncup akibat kejatuhan harga komoditi seperti petroleum, kelapa sawit dan timah. Kadar pengangguran juga meningkat kepada 8.5% ketika itu.

Sejarah ini mungkin berulang pada tahun ini kerana kejatuhan harga minyak disebabkan lambakan pengeluaran minyak negara-negara OPEC. Ia memberi kesan kepada penurunan graf Bursa Malaysia sejak awal Disember 2014. Adakah ini risiko atau peluang untuk pelabur?

Jika melihat sejarah lagi, kejutan kenaikan harga minyak pernah berlaku pada tahun 1973-1974 akibat peperangan antara Mesir dan Israel. Ekonomi Malaysia juga mengalami penguncupan pada hanya 0.8% ketika itu, paras terendah dalam tempoh 1970-1980.

Sekali lagi kejutan kenaikan harga minyak juga berlaku pada 1978 akibat revolusi Iran. Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia agak perlahan ketika itu dan memberi kerugian pada komoditi akibat kesan revolusi tersebut. Bagi pelabur bijak, adakah ini masih risiko atau peluang?

Pelabur bijak adalah yang pandai menguruskan risiko dan mengambil peluang.

Anda mungkin boleh hidup tanpa emas tapi boleh tak anda hidup tanpa menggunakan minyak atau gas di zaman ini?

You may want to read this article: The oil war: who’s behind it?
{ Read More }


Pinjaman Pelajaran & Biasiswa Luar Negara



TIPS PERMOHONAN BIASISWA LUAR NEGARA


Scholarship image_1Assalamualaikum,
Kepada yang berminat untuk belajar di luar negara, tentu kepala runsing memikirkan kos pengajian dan sara hidup. Mana nak dapat duit? Kalau kaya, boleh saja dapat tajaan PAMA (duit Papa dan Mama ;p). Kalau kurang berkemampuan dari segi kewangan, perlukah kita melupakan hajat untuk mengembara menuntut ilmu? Oh tidak! Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.
Sebenarnya selain daripada biasiswa Malaysia, ada banyak peluang biasiswa lain dalam dunia ini. Yes, I’m serious! Buktinya saya sendiri pernah mendapat biasiswa negara lain. Saya akan terangkan caranya di bawah.
Formula untuk mencari dan mendapatkan biasiswa ialah A & S: ALERT and SMART. Tawaran biasiswa selalunya dibuka awal dan tempohnya sekejap saja. Jadi sentiasalah ALERT dengan setiap tarikh tutup tawaran dan peraturan yang dikenakan. Konsep memburu biasiswa ialah cuba saja sebanyak yang mungkin, doa dan kemudian tawakal. Belum cuba, belum tahu. Gagal diterima untuk satu biasiswa, tidak bermakna akan gagal buat selamanya.
Sewaktu mengisi borang biasiswa, jadilah SMART dalam pengurusan masa dan teknik untuk menjadikan diri ‘outstanding’. Contohnya: Saya ada sijil sarjana muda dalam bidang Sastera Parsi. Kalau ikutkan, ia bidang yang pelik, macam takde faedahnya, kerja pun mana nak dapat, dan sastera? How to make money meh?
Tapi saya ‘tune’ kan sikit dengan mengatakan saya unik, menguasai bahasa yang jarang orang ambil dan hasilnya orang dari pelbagai bidang seperti bisnes dan perfileman yang mencari saya kerana bidang saya yang ‘rare’. Pengalaman dalam setiap kerja amat menarik dan duit yang diperoleh memberi kepuasan.
Haaa…gitulah ye. Saya bukannya nak mempromosikan diri tapi saya ingin memberi contoh bagaimana cara untuk ‘pusing’ segala kekurangan dan menjadikan ia kekuatan. Macam itulah baru nampak ‘outstanding’ dan ia amat penting dalam proses merebut biasiswa. Dalam permohonan biasiswa, kita perlu ‘menjual diri’ untuk menarik perhatian pihak penaja tetapi ia perlu dilakukan dengan berhemah, bermaruah dan bergaya. Awas supaya tidak jatuh dalam perangkap SS, syok sendiri dan STM, sombong tak menentu.
Sebenarnya kalau anda google ‘Scholarships for Malaysians’, anda akan jumpa banyak tawaran. Ada tawaran daripada pelbagai universiti, institusi, syarikat dan sebagainya untuk pengajian di dalam dan di luar negara.
Jika anda google ‘Scholarships for international students’, anda juga akan jumpa pelbagai tawaran biasiswa daripada universiti atau institusi luar negara khas untuk pelajar antarabangsa seperti anda.
Ok, di sini saya jelaskan beberapa biasiswa yang ada.
1) JPA. Selalunya pelajar lepasan SPM akan cuba mendapatkan biasiswa JPA untuk belajar di luar negara. Dapat saja keputusan SPM, cepat-cepatlah tanya guru atau rakan-rakan tentang biasiswa ini. Kalau tak pun, sila google sendiri.
2) MARA. Untuk mereka yang nak belajar MA/PhD di luar negara, selalunya tawaran pinjaman MARA akan dibuka pada bulan Februari/Mac dan tempohnya sekejap saja. Sangat ramai yang akan memohon, jadi buatlah persediaan yang terbaik untuk permohonan. Strategi terbaik ialah memohon pinjaman MARA ini dengan surat tawaran universiti (100 universiti terbaik) dan keputusan IELTS/TOEFL.
3) My Brain/My Master/My PhD: Ini adalah tawaran biasiswa yang baik daripada pihak kerajaan untuk pengajian di universiti Malaysia atau universiti luar negara cawangan Malaysia. Boleh semak senarai universiti di laman web MyBrain15.
4) SLAB/SLAI: Khas untuk tutor/fellow/pensyarah dari institusi pengajian awam. Para pensyarah IPTA sememangnya dimestikan untuk mempunyai PHD, jadi tiada masalah untuk biasiswa. Cuma para pensyarah perlu berusaha untuk mendapatkan surat tawaran universiti sebelum memasuki sesi temuduga bersama ahli panel yang selalunya terdiri daripada para profesor dan unit cuti belajar.
Lagi satu cara ialah para graduan mencari peluang fellowship atau tenaga pengajar muda dari IPTA. Setelah mendapat tempat di IPTA tersebut, barulah mula cari tempat untuk menyambung pelajaran.
4) Yayasan Khazanah: Jika berminat, sila pastikan anda sudah mempunyai tawaran universiti sebelum membuat permohonan.
5) Yayasan/Kerajaan negeri: Sila semak negeri masing-masing. Setahu saya Yayasan Terengganu ada menawarkan biasiawa untuk anak-anak Terengganu untuk pengajian di dalam dan di luar negara.
6) Zakat: Sila semak zakat di negeri masing-masing. Orang yang menuntut ilmu di jalan Allah termasuk dalam golongan asnaf juga.
Sekarang kita lihat pula beberapa biasiswa luar negara:
7) Chevening Award: Ini adalah biasiswa yang berprestij daripada United Kingdom. Para pemohon biasiswa ini mesti mempunyai pengalaman kerja tidak kira samada pekerjaan tetap, sementara atau sukarela selama 2 tahun atau 2800 jam. Tarikh tutup permohonan biasanya pada bulan November. Tempoh permohonan sangat pendek, jadi berwaspadalah selalu
8) Commonwealth Scholarship: Biasiswa ini khas untuk mereka dari negara-negara komanwel. Tarikh tutup permohonan berbeza mengikut negara, jadi sila semak website biasiswa komanwel Malaysia.
9) Fulbright Award: Ini adalah biasiswa berprestij daripada USA. Tahap kesukarannya seperti permohonan untuk Chevening. Para pemohon juga perlu ada pengalaman kerja dan mesti berwaspada dengan tempoh permohonan yang pendek.
10) Korean Government Scholarship: Biasiswa kerajaan Korea khas untuk pelajar antarabangsa. Proses pemilihannya sangat ketat dan bilangan calon yang dipilih mungkin berubah setiap tahun. Sila rujuk website kedutaan Korea untuk keterangan lanjut.
11) Japanese Government Scholarship: Biasiswa kerajaan Jepun untuk pelajar antarabangsa. Sila rujuk kedutaan Jepun untuk maklumat.
Dan…banyak lagi sebenarnya. Boleh cuba google sendiri ye? Hehe.
Ingat, jangan takut sebelum mencuba. Di sini saya senaraikan biasiswa keluarga kami. Saya tiada niat untuk membanggakan keluarga sendiri. Saya cuma berharap anda akan mendapat inspirasi untuk terus mencuba dan tidak berputus asa.
1- Saya mendapat biasiswa dari kerajaan Iran untuk sarjana muda dalam Bahasa dan Sastera Parsi di Universiti Al-Zahra, Tehran. Ketika itu, saya sengaja bertanya tentang biasiswa di kedutaan Iran di KL. Rupa-rupanya mereka memang ada tawaran biasiswa cuma tiada yang memohon kerana tiada maklumat atau ‘takut’ kontroversi. Alhamdulillah memang rezeki saya mendapat biasiswa tanpa persaingan.
2- Saya berjaya mendapat Fulbright Award untuk Masters dalam Pengajian Timur Tengah di Washington University in Saint Louis, USA. Ketika itu yuran pengajian ditanggung oleh pihak universiti sendiri. Fulbright memberi duit poket setiap bulan melainkan cuti musim panas selama 3 bulan. Untuk 3 bulan tanpa biasiswa, saya cuba meminta duit zakat negeri dan alhamdulillah saya dapat. Jadi di USA, saya ada 3 penaja: pihak universiti, Fulbright dan zakat.
3- Sekarang saya sedang mengikuti pengajian PhD dalam Sastera Bandingan (Arab-Melayu-Parsi) di SOAS, University of London. Memandangkan saya pensyarah muda di UKM, maka saya mendapat biasiswa SLAB/SLAI.
4-Suami saya mendapat biasiswa JPA untuk ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of Yamanashi, Jepun.
5- Adik lelaki saya berjaya mendapat biasiswa JPA untuk bidang perubatan di Universiti Ain Shams di Kaherah, Mesir.
6-Adik perempuan pertama saya sangat teringin belajar di Korea. Saya cuba cari tawaran biasiswa dan terjumpa Korean Government Scholarship. Malangnya ketika itu, mereka tidak menawarkan biasiswa pada Malaysia sedangkan negara serantau mendapat peluang. Saya buat kerja gila dengan menghantar emel pada Kementerian Pendidikan Korea dan ‘menggoreng’ tentang kepentingan hubungan Malaysia-Korea, minat orang Malaysia terhadap Korea dan harapan untuk membuka peluang biasiswa untuk rakyat Malaysia juga. Tidak saya sangka sama sekali yang saya mendapat balasan emel mengatakan mereka akan membawa cadangan saya ke mesyuarat seterusnya! Tidak lama kemudian, kedutaan Korea membuat pengumuman tentang tawaran biasiswa! Saya tidak mengatakan saya yang menjadi punca mereka menawarkan biasiswa pada rakyat Malaysia. Pengajarannya di sini ialah jangan segan untuk mencuba dan bertanya walaupun pada mulanya ia kelihatan tidak lojik.
Sayangnya adik saya gagal ketika pertama kali memohon Korean Government Scholarship. Tahun berikutnya dia cuba lagi dan alhamdulillah berjaya. Dia baru saja selesai pengajian sarjana muda dalam major English dan minor Business di Ajou University, Suwon, Korea.
7- Adik ipar lelaki saya mendapat biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Sungkyunkwan University, Korea,
7- Adik perempuan kedua saya juga berjaya mendapat Korean Government Scholarship dan kini sedang belajar di Korea University dalam bidang Food Science.
8-Adik lelaki kedua saya mendapat Turkish Goverment Scholarship dan kini dia sedang mengikuti pengajian BA dalam Sejarah Turki Uthmaniyyah di Bosphorus/Bogazici University di Istanbul.
Kesimpulannya, jangan takut mencuba. Rajinlah berusaha, berdoa dan bertawakal.
Jika ada sebarang pertanyaan atau perkongsian, bolehlah tulis di bahagian komen post ini.
Selamat memburu biasiswa semua! ♡♥

Anda juga mungkin meminati artikel ini:
(klik) Program Biasiswa Luar Negara ke Jepun
{ Read More }


Pasaran spekulasi atau betul-betul okay?


Sentimen pasaran bertukar arah menaik

Seperti yang dijangkakan , indeks komposit Bursa Malaysia FBM KLCI memulakan sesi dagangan minggu lepas dengan kejatuhan selama tiga hari berturut-turut. Aliran menurun ini adalah disebabkan pasaran masih dibelenggu dengan isu kejatuhan harga minyak dunia dan sentimen yang lemah dipasaran utama dunia terutama Amerika Syarikat.

Harga minyak dunia telah turun keparas dibawah USD50 setong pada minggu lepas buat pertama kalinya sejak tahun 2008 didorong oleh keputusan negara pengeluar utama Arab Saudi tidak mahu mengurangkan kuota bekalan minyak negaranya. Penawaran yang tinggi dipasaran untuk bekalan minyak dunia ini telah menyebabkan harga minyak terus menurun.

Atas faktor ini kita telah melihat indeks komposit FBM KLCI terus jatuh disebabkan kebimbangan pendapatan negara akan terus terjejas dari pengurangan pembayaran cukai dari Petronas.

Walaubagaimana pun sentimen pasaran telah bertukar arah pada hari Khamis lalu disebabkan oleh kenaikan yang kuat dipasaran saham Amerika. Indeks Dow Jones telah naik melebihi 1% untuk sesi dagangan dihari Rabu.

Kenaikan indeks Dow Jones telah didorong oleh berita bahawa kemungkinan kerajaan Amerika tidak akan menaikkan kadar pinjamannya dimana keputusan ini telah dialu-alukan oleh pelabur kerana kenaikan kadar pinjaman akan membuatkan syarikat-syarikat mengalami pengurangan keuntungan disebabkan terpaksa membayar pinjaman yang lebih tinggi.

Indeks komposit FBM KLCI telah menokok sebanyak 18.88 mata pada sesi dagangan hari Khamis dan ditutup pada paras 1728.06 mata dan aliran menurun sebelum ini telah dapat dikekang. Ini juga merupakan penutupan indeks komposit yang bersifat positif buat pertama kalinya untuk dagangan harian pada tahun ini dan situasi ini telah memberi nafas baru kepada pelabur.

Paras sokongan psikologi FBM KLCI yang berada pada 1700 mata telah dapat dipertahankan dimana indeks FBM KLCI hanya mencecah paras serendah 1708.78 mata pada sesi dagangan hari Rabu lepas.

Pertukaran kepada sentimen positif ini telah berterusan kehari penutup mingguan pada Jumaat lepas dimana indeks komposit FBM KLCI terus menokok sebanyak 4.38 mata untuk ditutup pada paras 1732.44 mata.

Arah menurun indeks telah bertukar kepada arah menaik untuk dua hari berturut-turut. Para pelabur telah memasuki pasaran dan mula membeli saham-saham yang dianggap murah dan mempunyai potensi untuk naik dalam jangkamasa sederhana dan panjang. Penambahbaikan kadar eksport negara untuk bulan November lepas pada kadar yang tertinggi sejak tiga tahun yang lepas juga telah membantu untuk menarik perhatian pelabur memasuki pasaran.

Pelabur-pelabur institusi tempatan bersama pelabur-pelabur runcit telah menjadi pembeli bersih (net buyer). Kaunter-kaunter minyak dan gas yang telah mengalami kejatuhan harga yang agak banyak sebelum ini telah mula menarik perhatian pelabur.

Walaubagaimana pun kita dapati pelabur-pelabur asing masih terus mengurangkan pegangan mereka di Bursa Malaysia disebabkan faktor kadar tukaran ringgit yang dilihat masih lemah berbanding dengan matawang asing. Ini sedikit sebanyak telah mengekang kenaikan pasaran secara lebih agresif.

Analisa indeks

Berdasarkan carta FBM KLCI, pergerakan indeks FBM KLCI masih berada dibawah paras purata pergerakan tahunan 200 hari (SMA 200) yang menunjukkan bahawa pergerakan tahunan indeks secara umumnya masih dalam aliran menurun (downtrend) dan belum ada petanda bermulanya aliran menaik (uptrend).

Pergerakan indeks untuk jangkamasa bulanan juga masih berada dibawah purata pergerakan bulanan 30 hari (SMA 30) yang memberi petunjuk bahawa pergerakan bulanan indeks masih juga dalam aliran menurun.

Namun pergerakan indeks telah memecah purata pergerakan mingguan 5 hari (SMA 5) yang memberi petanda bahawa arah pergerakan jangkapendek telah bertukar arah kepada arus menaik (uptrend).

Petanda RSI menunjukkan aliran menaik diteruskan dan ia masih mempunyai ruang untuk terus naik. Angka petanda RSI juga belum berada didalam situasi yang dipanggil sebagai terlebih belian (overbought) yang membuatkan pelabur akan mula menjual pegangan mereka dan mengambil untung jangka pendek.

Paras sokongan indeks terkini berada pada paras 1730 mata dan paras sokongan seterusnya adalah pada paras psikologi 1700 mata seandainya pasaran mula menurun semula.

Jika pasaran meneruskan momentum kenaikan minggu lepas maka paras halangan (resistance level) pertama yang perlu dilepasi oleh indeks adalah pada paras 1750 mata untuk melepasi garisan menurun purata pergerakan bulanan 30 hari (SMA30).

Jika ini dapat dilakukan maka paras rintangan seterusnya berada pada angka 1770 mata dimana indeks gagal melepasi angka tersebut pada sesi dagangan penghujung tahun lepas.

Secara keseluruhan para pelabur didapati masih mengambil sikap berhati-hati dan tidak membuat pembelian yang agresif dipasaran kerana masih dibayangi oleh kedudukan harga minyak dunia , kedudukan ekonomi diEropah dan kekuatan pasaran saham Amerika Syarikat.

Saham pilihan minggu ini.

Kaunter AirAsia telah melalui fasa aliran menaik (uptrend) pada bulan lepas disebabkan kejatuhan harga minyak dunia telah nemberi kesan positif kepada keuntungan syarikat yang mana kos operasi syarikat sangat bergantung kepada harga minyak.

Namun isu kemalangan yang berlaku dimana pesawat AirAsia Indonesia telah terhempas dan membunuh kesemua penumpang dan anak kapalnya telah menyebabkan kejatuhan kepada harga saham AirAsia. Berita buruk ini telah menyebabkan pelabur menjual pegangan mereka didalam kaunter AirAsia.

Harga saham AirAsia jatuh menjunam ketika pasaran dibuka selepas tragedi tersebut. Namun harga saham AirAsia mula naik semula selepas jatuh keparas sekitar RM2.5O yang dilihat sebagai paras sokongan semasa.

Apa yang berlaku disini adalah terjadinya apa yang dipanggil situasi jualan panik (panic selling) dipengaruhi oleh sentimen buruk berkaitan kejatuhan pesawat tersebut. Pelabur menjual pegangan saham mereka kerana takut untuk mengalami kerugian atau mengambil keuntungan sedia ada.

Tetapi apa yang kita dapati terdapat segolongan pelabur lain yang mula membuat pembelian ketika situasi yang dipanggil sebagai "beli ketika khabar angin buruk" (Buy on bad rumour). Ini adalah salah satu teknik yang digunapakai oleh pelabur-pelabur profesional.

Harga saham AirAsia mula naik semula pada sesi dagangan minggu lepas dan sama-sama lah kita saksikan samada ia boleh meneruskan aliran menaik (uptrend) pada minggu ini.

[Tulisan ini bukan memberi saranan membeli atau menjual. Ia adalah berbentuk komentar penulis terhadap pasaran saham]
Sumber: Berita Harian


{ Read More }


Tips membuat iklan Google

1. Iklan yang paling banyak dilihat ialah iklan yang bersaiz vertical, iaitu 120×240.

2. Iklan yang paling popular dan banyak digunakan ialah iklan bersaiz 468X60



3. Lokasi iklan yang paling mudah dilihat ialah di bahagian atas kanan (sidebar).

4. Jenis industri juga mempengaruhi kadar iklan “dilihat”. Website  yang mempunyai kadar iklan “dilihat” yang tinggi ialah website dalam industri yang berkaitan “Reference” dan juga “Online Communities”.

Untuk infografik boleh rujuk:
http://think.storage.googleapis.com/docs/5-factors-of-viewability_infographics.pdf

sumber: WangCyber
{ Read More }


Zaman Social Network akan berakhir?

Sekitar tahun 2000 , search engine adalah merupakan “raja” di internet, semua orang menggunakan search engine dan Google adalah raja utama di dalam duniasearch engine di internet. Kemudian, sekitar tahun 2010, muncul pula social network yang mula mencabar kedudukan search engine sebagai raja di internet. Orang ramai berpusu-pusu membuka dan menggunakan Facebook di dalam kehidupan seharian.

Pelbagai lagi laman-laman social network yang lain muncul seperti cendawan selepas hujan, linked in, pinterest, instagram dan bermacam-macam lagi. Manakala dalam bidang search engine, sudah tiada langsung kemunculan pemain baru, yang ada cuma Google yang terus bertahan dan kadangkala, kelihatan goyah dan turut sama ingin membina platform social networkmereka sendiri, seperti Google+.

Terkini.. satu lagi bidang baru dijangka akan merampas kedudukan 2 raja internet sebelum ini, iaitu bidang aplikasi permesejan.

Fred-Wilson

Fred Wilson, iaitu seorang pelabur kapitalis yang pernah melabur di dalam Twitter, Zynga, Tumblr, FourSquare dan banyak lagi, berpendapat, tahun 2014 adalah merupakan tahun pengakhiran dunia social network. Fasa dunia social network sudah mencapai tahap matang, walaupun masih ada aplikasi-aplikasi baru yang di bina di dalam bidangsocial network, tetapi ianya sudah tiada inovasi baru. Pemain-pemain besar duniasosial network seperti facebook dan twitter sudah membina tapak yang kukuh dan selamat untuk diri mereka di dalam dunia tersebut.

Dimasa kan datang, aplikasi permesejan akan mengantikan social network.

Dunia permesejan adalah “the next big thing”selepas google dan facebook. Kebanyakkan ahli keluarga menggunakanWhatsApp Group berbanding Facebook, manakala golongan remaja pula lebih ramai menggunakan Snapchat berbanding Instagram.

Sebuah carta yang dihasilkan oleh pihak Business Insider juga menunjukkan trend bahawa, dunia aplikasi permesejan mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat pesat berbanding dunia social network. Dijangkakan, pada tahun 2015, jumlah pengguna aplikasi permesejan akan mengatasi pengguna aplikasi social network.

bii-sai-cotd-social-messaging-apps-1

Perkara ini sebenarnya telah disedari oleh pihak facebook, disebabkan itulahFacebook sanggup membeli WhatsApp dengan nilai $19 billion pada awal tahun lalu.

Kepada usahawan-usahawan internet sekalian, ini adalah merupakan berita penting untuk anda. Jika dulu ramai yang mengiklan di google dan facebook.. akan datang, tumpuan para usahawan akan bertukar ke whatsapp, LINE dan WeChat pula.

Sudahkah anda bersedia dengan gelombang perubahan ini?

 

 Sumber: WangCyber

{ Read More }


Cara Kurangkan Cukai Syarikat

Beli aset atas nama syarikat:
+ Apabila kereta itu dibeli atas nama syarikat, semua kos penjagaan kereta itu dapat dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Jadi, syarikat yang membayar kos-kos itu, seperti roadtax, insurans, servis, repair dll.


+ Kos-kos pembelian dan penjagaan kereta itu mengurangkan keuntungan syarikat. Dengan itu ia dapat mengurangkan cukai keuntungan yang mesti dibayar oleh syarikat kepada LHDN.
+ Disebabkan syarikat sudah membelikan kereta untuk kegunaan rasmi kita, maka kita tidak perlu mengambil gaji yang banyak. Ini membolehkan kita mengurangkan cukai pendapatan peribadi kita.
{ Read More }


Saham Tanpa Modal

MACAM MANA NAK MAIN SAHAM TANPA MODAL?

Dulu masa sekolah menengah bila terbayang saham, sama ada saham yang bagi kat orang lain untuk laburkan (macam ala-ala skim cepat kaya piramid MLM gitu..) atau pergi ke BSKL (nama lama bagi Bursa Malaysia) dan tengok papan bursa tu.

Dalam hati " Mesti orang kaya je yang boleh main saham nih".

Tapi macam mana nak mula? Dalam hati ni terdetik nak tahu.

Terkejut bila tahu nak bukak akaun saham ni RM10jer?? Wow.., Apa lagi, membuak-buak hati nak cuba main saham ni.

Lagi seronok bila dapat tahu teknik untuk main saham tanpa modal nih. Dapat buat modal sikit demi sikit untuk trade saham yang lebih besar.

Untuk intro, dalam saham trading account yang utama boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu margin account (akaun margin) dan cash account (akaun tunai).

Untuk gunakan teknik ni, gunakan kelebihan delay ketika melakukan urusniaga di platform pihak broker masing-masing.

Huraian untuk guna teknik saham tanpa modal ni sedikit panjang, jadi boleh download ebook yang saya sendiri tulis untuk rujukan bila-bila masa.


Di dalam ebook ini, akan saya huraikan teknik-teknik saham tanpa modal ini. Termasuk juga strategi segitiga, tukul, paku dan belon. Apakebenda teknik tukul, paku dan belon tu? Untuk tahu sila download huraian teknik ini melalui laman web di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/1TZUy8nQGQImptZ6IKuZCV31lY0XZpPGgelOsXYLdM-Y/viewform

Testimoni ebook:
"Alahamdulillah.. dapat untung RM187++ dalam masa 2 hari guna teknik dalam ebook ni"
-Hairi, Pelajar Universiti Jepun-
{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest