Lailatul Qadar - Malam Kemuliaan.
Meanings Of Surah Al-Qadr (1-5).
1. Surely We revealed it on the grand night.
2. And what will make you comprehend what the grand night?
3. The grand night is better than a thousand months.
4. The angels and Gibreel descend in it by the permission of their Lord for every affair,
5. Peace! it is till the break of the morning.
SESIAPA yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Majah)
Tujuan berpuasa adalah supaya kita bertakwa. Ini bersabit dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 di mana Allah berfirman mafhum-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu semoga kamu menjadi golongan bertakwa.
Oleh itu Allah mewajibkan puasa ke atas umat Islam supaya kita menjadi umat yang bertakwa kepada-Nya. Itulah matlamat puasa yang sebenarnya berdasarkan ayat Al-Quran ini.
Antara amalan yang digalakkan ketika tibanya Ramadan ialah qiamulail. Istilah Qiamulail bermaksud bangun malam kerana melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Waktu sesuai melakukannya ialah selepas 1/3 malam. Ketika menyambutnya Ramadan kita sering mendengar lailatuqadar, iaitu malam kemuliaan yang mempunyai fadilat yang sungguh besar & berharga. Allah menyatakan di dalam al-Quran ‘Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan’ - (al-Qadr, 3). 1000 bulan itu menyamai 83 tahun 4 bulan.Hakikatnya, kelebihan mendapat Lailatul Qadar itu adalah seumpama pergibadatan selama 83 tahun dan empat bulan! (seribu bulan). Subahanallah!!
Dengan sekadar membaca Bismillah atau menyebut Allah pun pada malam berkenaan, nilainya akan lebih tinggi dari yang yang dibaca atau disebut pada malam dan hari-hari biasa. Bacaan dan sebutan pada Lailatul Qadar sama dengan bacaan atau sebutan 1,000 bulan.
Lihatlah, betapa hebatnya hadiah Allah kepada umat Nabi Muhammad ini. Kita sepatutnya bersyukur kerana mendapat ganjaran qiamulail Allah ini. Nuzul Al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadar berdasarkan firman Allah: Maksudnya (Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan) Al-Qadr,1. Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran merupakan salah satu peristiwa penting yang dicatatkan dalam al-Quran sebagai salah satu kebesaran Allah s.w.t kepada umatnya.
Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Amalan ini lebih baik jika dilakukan ketika qiamulail. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Pada malam ini, kita mesti beribadat dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan bukannya yang selain dari itu, termasuk bukan kerana mahu berjumpa dengan Lailtul Qadar. Anggaplah Lailatul Qadar ini sebagai ganjaran hebat Allah S.W.T kepada kita.
Orang yang tidak pernah berqiamullail akan melihat ibadat ini sebagai satu yang sukar dan berat kerana ia melibatkan solat tasbih, solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.Tegasnya, kita mesti berqiamulail dengan ikhlas semata- mata kerana Allah bukan kerana mengikut budaya, ajakan rakan atau kerana menunjuk-nunjuk. Keikhlasan adalah kunci keimanan kepada-Nya.
Oleh sebab itu, amalan qiamullail amat unik dan memerlukan individu yang berkesanggupan tinggi dan mampu berkorban masa dan tenaga serta beriltizam tinggi untuk menunaikannya. Set dalam minda kita, berniat untuk melakukan qiamulail & beriltizam ingin melakukannya.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri). Oleh itu, amalan qiamulail pada 10 malam terakhir Ramadan adlah sunah Rasulullah S.A.W.
Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya. Beribadatlah bersunguh-sungguh kepada-Nya.
Tetapi sayangnya masyarakat Melayu kini mempercayai perkara yang khurafat mengenai Lailatul Qadar. Kononnya memasang pelita selepas 15 Ramadan kerana untuk menarik perhatian para malaikat Lailatul Qadar masuk ke rumah mereka. Mereka terkeliru dengan firman Allah yang bermaksud: (Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya) Al-Qadr,4.
Sebenarnya, untuk masuk ke rumah sesiapa pun, malaikat tidak perlu ditarik dan diumpan (barangkali sama juga dengan disogok atau dirasuah) dengan pemasangan pelita, kerana gelap bagi kita (manusia) tidak semestinya gelap kepada para malaikat.
Tetapi jika niat kita memasang pelita kerana ingin meraikan hari-hari terakhir Ramadan & menceriakan kedatangan Syawal, memang digalakkan. Perkara-perkara ini terletak pada niat kita untuk melakukannya. Janganlah mempercayai malaikat akan tertarik kepada rumah yang bercahaya dengan pelita.
Bagi suami isteri, 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
Ceriakan hari-hari terakhir Ramadan dengan qiamulail. InsyaAllah.
Selamat Berpuasa & menunaikan ibadah pada Ramadan Al-Mubarak ini...
Sekian.
(baca juga Ibadat Sunat Bulan Ramadhan)
Comments