Stress...

Stress boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang berpunca daripada bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan, hilang daya serta tenaga dan sebagainya.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca utama berlakunya stres iaitu; sifat semula jadi, ilmu dan pendidikan, suasana dan persekitaran, tanggungjawab dan kerjaya, sosial, hubungan dengan Allah serta gangguan perasaan.

Sebagai contoh, sifat semula jadi yang tidak sukakan kekalahan, terlalu inginkan kesempurnaan total (perfectionist), suka mendesak, kuat cemburu, risau yang keterlaluan dan tidak suka ditegur akan membuatkan seseorang mudah paranoid terhadap orang lain dan keadaan sekeliling.

Antara cara untuk menguruskan sterss ialah bijak menguruskan masa. Kita mesti pandai merancang masa peribadi dengan masa kerja. Kita mesti melakukan perkara mengikut keutamaan & segera. Sebagai contoh, kita boleh membuat nota, bahagikan kepada 4 bahagian.

1. Penting & segera
2. Penting tapi tidak segera
3. Segera tapi tidak penting
4. Tidak penting & tidak segera

Contohnya, anda diberikan kertas kerja untuk disiapkan dalam masa seminggu. Isteri anda yang sedang mengandung di rumah berasa ingin melahirkan anak & meminta untuk dihantar ke hospital. Perut anda pula memulas, berasa sakit & anda mahu ke tandas. Manakala terdapat komik best edisi terbaru di meja pejabat anda. Fikirkanlah, yang mana anda perlu segerakan & diberi keutamaan.

1. Penting & segera –pulang ke rumah untuk bawa isteri ke hospital
2. Penting tapi tidak segera –siapkan kertas kerja (Ada masa 7 hari)
3. Segera tapi tidak penting- Pergi tandas
4. Tidak penting & tidak segera- baca komik


Jika perkara ini anda amalkan, Insya-Allah sedikit sebanyak stress anda boleh dikawal. Anda boleh juga menyediakan activity logs & anggaran masa untuk menyiapkannya. Selamat mencuba !!


Dua Insan Ingin Bertemu
Apakan Daya Jauh Beribu Batu

Dua Insan Hari-hari Bertemu
Usahkan Tegur Pandang Pun Tak Mahu

BHAH.

Comments

Popular Posts