Bisnes Cara Nabi dan Sahabat

Siapa ada pernah dengar Kisah Pemandu Kepada Bilionaire Tolak 2 Juta Pemberian Tuannya?

Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .
Li Ka Shing pelik pemandunya mendakwa ada 20 juta ditangannya walhal gaji 6 ribu saja.
Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau.

Lama kelamaan, selepas bermula secara kecil-kecilan bermain saham melalui curi-curi dengar arahan LKS kepada pengurusnya, pemandu tersebut berjaya mengumpul dana lebih 20 juta.

Ini adalah antara contoh bisnes gaya cara Nabi Muhammad S.A.W. Baginda ketika mula bisnes tidak memiliki ternakan satu pun tapi membantu bisnes pemilik ternakan dengan menjadi pengembala kambing ketika kecil.

Baginda belajar dari orang kaya tersebut dengan membantu hasil ternakan beliau supaya kambingnya banyak susu, gemuk-gemuk belaka dan tidak hilang. Baginda secara tidak langsung belajar menguruskan bisnes dan sistem orang kaya tersebut.

Setelah berusia 12 tahun, baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Baginda juga tidak memiliki produk sendiri tapi memilih produk yang terbaik dari pengeluar lain untuk didagangkan. Teknik inilah yang banyak digunakan oleh jutawan malah billioniare kaya didunia sekarang. Senang cakap dalam bahasa bisnes sekarang kita panggil 'trading'. Atau lebih mantap lagi kita panggil 'saham', memilih syarikat yang terbaik untuk kita memiliki perniagaannya juga.

Nabi tidak mempunyai kedai sendiri tapi ada banyak kedai?

Ya, memang Rasulullah tidak mempunyai kedai tapi ada banyak kedai. Huh? Ada banyak kedai?? Apa maksudnya?

Nabi ada banyak kedai-kedai (channel) yang mahu jualkan produk baginda, secara tak langsung sebenarnya Nabi bijak untuk ada banyak kedai walaupun tidak memilikinya pun.

Begitulah juga teknik ni kita boleh apply dalam hidup kita untuk berniaga:

1. Rapatilah dan belajar dari orang yang lebih berjaya untuk cepat tahu sistem, minda dan cara mereka berfikir. Sepertimana Nabi belajar dari orang kaya menternak kambing yang dijaga baginda.

2. Daripada kita mengeluarkan kos yang banyak untuk membuka kedai, kita boleh ada banyak kedai. Contohnya, kita pandai membuat kuih. Daripada membuka satu kedai kuih kita, lebih baik mencari 5 buah malah berpuluh-puluh kedai yang boleh kita letakkan produk kita dan mereka jual. Cari kantin, kedai makan, bazar, pasar malam ataupun restoran di hotel.

Tetapi mengapa baginda tidak memiliki banglo besar atau harta kekayaan lain?

Bagi baginda, kekayaan sebenar adalah kekayaan iman, ilmu dan amal kepada Allah S.W.T.

Harta Abdul Rahman bin Auf

Sahabat baginda seperti Abdul Rahman bin Auf juga kaya tapi beliau juga tidak terlalu taksub dengan kekayaan dunia.

Kalau ada masa nanti akan bersambung tentang teknik bijak Abdul Rahman bin Auf menjual tali unta.. Untung dari tali unta saja sudah boleh kaya.

Comments

Popular Posts