Carta Saham Bursa Malaysia

Jenis carta yang ada ialah carta bar, carta garis dan candlestick (carta lilin).

Jenis Carta Saham:

Sebelum kita nak tahu lebih lanjut pasal jenis carta, fahamkan dulu istilah yang ada:

Open: Harga jualan yang dibuka pada hari tersebut
Close: Harga yang ditutup untuk hari tu
High: Harga paling tinggi pernah dicapai dalam hari tersebut
Low: Harga terendah untuk hari tersebut


Saham Online - Analisis Teknikal
1. Bar Chart

Ianya garis menegak dengan calit belah kanan untuk close price dan calit kiri open price. Poin paling tinggi ialah High Price dan paling terendah ialah Low Price.

2. Line Chart

Kebiasaanya Line Chart hanya menunjukkan satu jenis sahaja harga (closing price) pada hari tersebut

3. Candlestick Chart

Diperkenalkan oleh negara Jepun, analisisnya lebih menarik dan mudah dilihat. Warna hijau menunjukkan Close Price lebih tinggi dari Open Price hari tersebut (harga kaunter naik la maksudnya.. positif ++). Warna merah menunjukkan sebaliknya. Ada carta yang menggunakan warna hitam dan putih untuk mengantikan warna hijau dan merah ini.

Biasanya, kalau lebih banyak hijau untuk sesuatu kaunter saham menunjukkan peningkatan keuntungan untuk kaunter tersebut.

Walaupun masa mula-mula macam pening nak tengok, sebenarnya carta jenis candlestick ni lagi sedang kita nak analisis graf tu.

Untuk tahu lagi analisis graf ni, boleh baca artikel ni:
Petunjuk Analisis Teknikal Saham Bursa

Comments

Popular Posts