Perjumpaan dengan orang hebat trading John Bollinger, pengasas Bollinger Bands
Pada tahun lepas 26-28 October 2018, aku berpeluang berjumpa sendiri John Bollinger, pegasas Bollinger Bands dalam teknikal saham. Tak sangka aku boleh berjumpa beliau di Bursa Malaysia. Pihak Malaysian Association of Technical Analyst (MATA) diberikan tanggungjawab pada tahun 2018 untuk menganjurkan program International Federation of Technical Analyst buat julung kalinya di Malaysia. Ia dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri ketika ini, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Mahathir berucap pada IFTA 2018 di KLCC |
Bertepatan dengan tema perbincangan teknikal saham tahun 2018, navigating through time and volitility, Mr John Bollinger menerangkan kepentingan volatiliti untuk mengesan kelajuan pergerakan harga dari satu piawai purata (biasanya 20 tempoh masa, diterjemah kepada 20 candlesticks) sama ada terlalu jauh atau pergerakan harga tidak agresif. Perkara ini penting bagi trader kerana pembelian saham atau instrumennya kita dapat tentukan pada harga realistik. Ia boleh disimpulkan seperti kita membeli rumah adakah bawah nilai pasaran (market value) atau terlalu tinggi (overpriced). Untuk kita tahu harga pasaran rumah, kita tidak akan berdasarkan kepada cakap mulut orang, ejen mahupun banker tetapi kita akan rujuk fakta sebenar dari jurunilai bersekutu dimana kita membayar upah (anggaran RM650) untuk pakar ini menilai harga rumah yang sebenar. Tetapi pada teknikal harga saham, cukup kita melihat pada Bollinger Bands untuk mengetahui harga 'patut' kita beli (fair value) ataupun jika kita ingin melabur akan beli pada harga murah (below market value) dan bukannya pada harga puncak. Faktor ini adalah penting dalam menentukan kita tidak membeli pada harga terlalu tinggi dan memaksimakan pulangan dalam pembelian.
Comments