FLOW RINGKAS CARA MELABUR SAHAM LUAR NEGARA



Tahniah kepada anda yang membaca blog ini. Saya yakin tuan/puan yang gigih mencari pelaburan saham akan menjumpai artikel didalam blog ini. Saya sudah lama tidak mengemaskini artikel di blog ini kerana lebih fokus kepada my VIP traders telegram group, whatsapp PC, FB, youtube video dan training circle saya untuk kami sama-sama berjaya dalam dunia stock trading.

Sebelum tuan/puan hendak belajar cara main saham, kita kena jelas beza antara saham atau dikenali equities dengan derivatif seperti CFD stock & Options, Forex, Bond serta sebagainya. Biasanya mereka yang bertanyakan soalan kepada saya sering tertipu dengan Forex, CFD dan binary options yang memang berbeza kerana kesalahfahaman. Biasanya mereka yang tidak tahu sering menganggap forex & stock CFD adalah saham sebenar (motherstock) walhal sangat berbeza.

1. APA ITU SAHAM?

So, apa itu saham sebenarnya? Saham adalah perkongsian bisnes atau perniagaan melalui pemilikan unit syarikat. Apabila syarikat maju dan memperoleh keuntungan, pemberian keuntungan akan melalui dividen dan kita boleh menjual pegangan saham dari kenaikan modal (capital appreciation).

Sebelum kita nak tahu cara jual beli saham luar negara, kita kena memahami pasaran saham malaysia. Mengetahui cara main saham bursa malaysia sedikit sebanyak memahamkan kita tahu cara nak main saham secara asas. Tetapi sebelum kita nak main saham sebenar di bursa ada persoalan biasa adalah, bagaimana cara bermain saham dengan modal kecil?

2. CARA BERMAIN SAHAM DENGAN MODAL KECIL

Tahukah anda, modal main saham BSKL di pasaran saham Malaysia adalah dengan pendaraban minima 100 unit atau dipanggil 1 lot. Bermakna walaupun anda lihat harga saham RM10, anda mesti sediakan minima 1 lot darab RM10 = 100 unit x RM10 = RM1,000 untuk pembelian contoh saham tersebut. Jadi tiada istilah dengan bermodalkan RM10, anda boleh membeli saham di Malaysia berharga RM10 melainkan penny stocks yang mungkin bahaya dinyahsenaraikan (can listed as PN17 counters).

3. CARA TRADING SAHAM ONLINE

Berbeza dengan saham luar negara, ada cara trading saham online dengan modal kecil kerana pembelian unit saham luar negara seminima 1 unit sahaja. Jika saham itu berharga USD100 sekalipun, kita boleh beli tanpa syarat minima 100 unit. Oleh itu boleh beli saham di bawah modal RM1,000.

Jika tidak mampu membeli harga saham yang mahal, kita mempunyai pilihan (opsyen) untuk membeli hak (rights) bentuk kontrak mendapatkan saham utama digelar derivatif iaitu stock option. Ini adalah cara paling murah mendapatkan underlying stock tersebut, walau bagaimanapun ada tempoh luput (expiry) perlu diselesaikan untuk mendapatkan saham tersebut (exercising).

Kini cara trading saham online boleh dilakukan tanpa perlu ke bursa atau exchange broker. Online broker telah disediakan bagi memudahkan kita. Bagaimanapun, wujud juga fake broker atau scammer yang menggunakan legal broker sebagai medan untuk mengaburi manusia.

Malah pengalaman saya menguruskan klien dalam unit amanah saham juga menyaksikan sepandai-pandai manusia seperti profesor, doktor, banker, guru, engineer dan pensyarah juga boleh tertipu dengan scammer. Pandai di suatu bidang, tidak semestinya pandai juga didalam dunia trading. Dulu saya tak menyangka rupanya bidang banking, ekonomi dan trading adalah berbeza rupanya. Boleh saya simpulkan, saham itu perniagaan tetapi trading itu psikologi. Mereka yang hebat didalam perniagaan biasanya memahami sentimen pasaran, begitu juga trader berjaya.

4. MEMILIH BROKER SAHAM

Perkara utama ialah memastikan broker tersebut adalah broker saham, bukan broker forex, bukan broker stock CFD dan bukan broker binary etc. Bagi pendapat saya, lebih banyak iklan dikeluarkan broker adalah lebih bahaya lebih-lebih lagi direkemen rakan anda sendiri kerana sudah pasti ada komisen diberikan. Jika broker sah tidak mengapa, tetapi lebih banyaknya sistem seperti skim piramid MLM broker.

Sebelum trade, pastikan anda memilih broker saham berlesen dan sah. Lesen broker juga perlu kuat dan diaudit sentiasa. Kawalselia atau auditor mestilah badan penguatkuasa yang bereputasi tinggi seperti yang biasa kita dengar adalah Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Jika saham global, antara regulator yang sangat dipercayai adalah dari benua Amerika US iaitu SEC & FINRA, benua eropah dengan FSA, Singapore dengan MAS (Monetory Authority of Singapore) dan benua Australia dengan ASIC.

Jikalau boleh, cari sifu saham Malaysia yang bukan jadi broker saham di sesebuah syarikat broker kerana sudah pasti beliau ada kepentingan dalam syarikat broker saham tersebut (conflict of interest).

Sepanjang saya membuat seminar saham tahun ini, saya sendiri memberi kebebasan untuk mereka yang menyertai seminar saham 2020 memilih broker saham yang mereka sendiri mahu asalkan broker tersebut adalah legal dan tidak berunsurkan penipuan.

5. SAHAM HALAL PATUH SYARIAH

Semestinya kita sebagai umat Islam akan mencari keberkatan rezeki. Saham luar negara juga ada yang bercampur baur dengan perkara haram bagaimanapun setakat bulan Jun tahun 2020 ini, semakan saya mendapati terdapat anggaran 3900 saham patuh syariah di pasaran US, China dan Malaysia. Belum termasuk saham di Eropah, Jepun dan lain-lain.

Keunikan saham yang mematuhi kriteria patuh syariah ini sangat digemari juga orang bukan muslim kerana saham yang patuh syariah digariskan mesti dielakkan dengan manipulasi harga saham (seperti cash reserve dan nisbah hutang tidak boleh melampau 33% dalam tempoh 36 bulan, cash receivables tidak melebihi kadar keuntungan aktiviti bisnes utama selain business activity yang jelas patuh syarak).

Oleh itu, saya harap huraian ringkas saya dapat menyelamatkan tuan/puan dari terjebak dari info mengelirukan di google untuk kepentingan peribadi scammer diluar sana. Pastikan sahih, baru trade!

Bagi mereka yang berminat untuk mendalami pemahaman dalam trading saham luar negara boleh sertai group telegram saya di https://t.me/sahamluarnegara dan Facebook page kami di https://www.facebook.com/sahlundotcom/

Moga bermanfaat,

Hairul Azizi,
Pengasas Program Saham Luar Negara (SAHLUN).




Comments

Popular Posts