STRATEGI BERMAIN STOCK OPTIONS
Biasanya jika kita trade, kita akan membuat long position. Iaitu membeli ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi. Ini dikatakan membuat duit ketika market menaik (bullish) ataupun uptrend. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh membuat duit jika market menurun ataupun downtrend (bearish). Iaitu menjual dahulu ketika harga tinggi, dan membeli kemudian selepas harga jatuh.
Apa-apa keadaan sekalipun, kita kena kenalpasti sama ada pasaran dalam keadaaan bullish ataupun bearish. Bak kata Ed Seykota "Trend is your friend until it bends when it ends", bermaksud trend adalah kawan trader sehingga ia membengkok (reverse pattern) apabila ia berakhir. Oleh itu pentingnya memahami price action didalam chart pattern terlebih dahulu.
Aksi harga atau price actions adalah sangat penting dalam memahami sentimen dan psikologi harga oleh manusia dalam trading. Mereka yang memahami karakter harga dan cepat mengikuti trend sentimen harga amat sesuai untuk menjadi trader. Pergerakan momentum harga dalam satu tempoh masa membentuk candlestick harga. Antara japanese candlestick biasa adalah doji, hammer, long legged doji, piercing, morning star, evening star, bullish harami, bearish harami, three white soldiers, three black crows dan sebagainya. Penyelarasan candlestick boleh dibuat heiken ashi candlestick. Gabungan japanese candlestick pula membentuk chart patterns. Terdapat banyak chart patterns yang biasa berlaku didalam dunia trading seperti double bottom, double top, head & shoulder, inverted h&s, complex h&s, cup & handle, wedges, abc triangles serta sebagainya.
Setiap perkara dibuat ada tertib atau aturan, termasuk juga solat kita. Sebagai trader, utamakan memahami price action dahulu dan barulah melihat kepada indicators untuk membantu action plan kita. Setelah memahami trend, kenalpasti pula saiz volatiliti supaya range stop loss dan target profit sesuai mengikut keadaan. Setelah dikenalpasti, timing entry juga dapat diminimakan risiko dan mendapatkan profit yang maksima.
Kawalan risk-reward dan money management (MM) juga sangat penting. Tetapi sangat panjang untuk saya huraikan. Tajuk kali ini berkaitrapat dengan options strategies, so saya akan fokus kepada topik ini dan aturan teknik. Walaubagaimanapun kena ingat ya! Premium opsyen dengan strike price dalam ITM sangat berisiko tinggi loss total modalnya lebih-lebih lagi apabila anda berlawan dengan option writer. Oleh itu kena betul-betul jaga MM anda.
Seperti diterangkan tadi, setelah kita fahamkan TREND, VOLATILITY & TIMING barulah kita kena tahu strategi apa yang sesuai digunakan. Selain uptrend & downtrend, tahu tak anda bahawa market trendless atau less volatile pun kita boleh buat duit dengan strategi seperti straddle, strangle, butterfly ataupun iron condor.
Volatility market juga boleh berubah terutamanya ketika musim pengumuman pendapatan atau dikenali 'Earning Season'. Musim earning ini biasanya berlaku pada setiap akhir suku tahunan iaitu sama ada pada awal atau pertengahan April, Julai, Oktober & Januari. Bagaimanapun ada juga syarikat yang mengemukakan laporan earning diluar waktu earning season bergantung pada berakhirnya tempoh suku tahun operasi syarikat mereka.
Kebiasaannya ketika earnings season ini berlangsung, pergerakan harga pasaran saham akan meningkat aktif kerana peserta (penganalisa-penganalisa, trader-trader, dan juga pelabur-pelabur) akan mengkaji laporan pendapatan yang dikemukakan. Keadaan ini boleh memberikan pergerakan positif atau pun negatif terhadap nilai saham syarikat tersebut.
Untuk bermain dalam pasaran earning, kita kena memahami peningkatan dalam aktiviti perdagangan sesuatu saham syarikat yang mengemukakan laporan mereka dengan pergerakan tersebut. Sebagai trader berjaya kita perlu mengikuti tindak balas pasaran terhadap data baru yang terkandung di dalam laporan tersebut. Di samping itu, kenaikan harga yang melambung tinggi secara tiba-tiba mahupun penurunan yang mendadak adalah antara kesan-kesan yang biasa berlaku hasil dari pengeluaran earnings.
Peranan media juga memberikan sentimen pergerakan harga yang aktif. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai newbie traders melonjak gembira mendapat untung tinggi ketika musim earning kerana volatiliti pergerakan yang mencanak naik juga akibat dari liputan media. Laporan berita juga merangkumi analisa jangkaan pakar ekonomi, sama ada kena tepat, kurang atau melebihi jangkaan yang sekaligus memberi kesan kepada pergerakan harga sebelum dan selepas musin earning.
Terdapat pelbagai cara untuk menganalisa sesuatu laporan earnings. Salah satunya adalah pengiraan pendapatan sebelum cukai yang juga dirujuk sebagai pendapatan sebelum cukai, atau EBT (Earnings Before Tax). Boleh juga merujuk pendapatan sebelum faedah dan cukai, atau EBIT (Earnings Before Interest and Tax). Selain itu analisa juga boleh merujuk kepada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan, yang turut dikenali sebagai EBITDA (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Ammortization). Ketiga-tiga cara ini memberikan analisis kadar mengukur keuntungan pendapatan yang berbeza.
Setelah kita memahami trend, volatiliti, timing dan earning barulah kita boleh membuat flow ke arah strategi opsyen yang sesuai. Perkara paling asas adalah membeli call option apabila market uptrend, membeli put option ketika market downtrend atau beli kedua-duanya sekali apabila market trendless dengan jangkaan salah satu pergerakan drastik akan memberikan satu arah keuntungan maksima mengatasi satu leg position yang limited risk (premium).
Selain itu, kedudukan kita sebagai option holder atau writer juga memainkan peranan penting. Dalam kiraan harga premium option, Black Scholes Merton model adalah antara formula yang digunakan dalam kiraan brownian movement supply/demand option prices. Selain itu, kiraan dengan binomial tree diagram atau paling mudah dengan greek formula adalah kiraan pantas memahami kita akan untung dari side sebelah mana.
Selain volatiliti saham dalam pasaran ekuiti, option juga mempunyai volatility dengan kiraan melalui IV (implied volatility) atau saya suka fahamkan dalam bahasa melayu kita adalah volatiliti iringan. Ia biasanya dikira dari 52 minggu data sebelum dan jangkaan gerakan peratus 52 minggu ke hadapan atau dalam ertikata lain pergerakan volatiliti setahun dua. Peratus IV setiap option adalah berbeza dan tidak semua strategi sesuai mengikut IV percentage.
Setelah memahami IV, terdapat juga IV Rank/Percentile mengikut kiraan broker. Barulah sesuai dibuat holding atau writing opsyen megikut peratus IV. Sebagai contoh, long strangle kesesuaian IV Rank adalah dibawah 30% tetapi sangat profitable jika IV lebih 70% ketika musim earning kunjung tiba diatas possibility atau probabilities mendapat profit tinggi atas kedrastikan unlimited reward yang boleh diperoleh. Bagaimanapun kedudukan sebagai option holder dalam strategy ini sangat berisiko dengan time decay (atau dikenali theta value dalam greek) dan kadangkala perlu disesuaikan dengan berkedudukan sebagai option writer.
Inilah sedikit sebanyak flow asas yang ingin saya kongsikan supaya kita boleh berjaya sama-sama dalam trading. Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan namun kekangan masa dan mengolah penulisan juga perlu saya luangkan. Lebih mudah untuk saya memberi kefahaman melalui training kerana setiap orang lain cara pemahaman dan minda bisnes trading yang perlu digilap.
Jika berminat untuk ketahui lebih lanjut, boleh hadir training kami dengan menghubungi pihak pengurusan saya (pihak SAHLUN) di www.sahlun.com
ATAU
Boleh ikuti Facebook Page saya untuk mendapatkan info terkini, buat see first supaya tidak terlepas info di https://www.facebook.com/sahlundotcom
Comments