June 2014 | Just Blogging







Biskut Raya 2014


Resepi kuih lidah buaya
Harga RM20 sekilo
Harga VIP: RM13
ciri-ciri unik:
- lembut tapi rangop
- gula halus bersalut setiap kepingan


Popia Sambal
Harga RM15 (0.3kg)
Harga RM20 (0.5kg)
Harga VIP RM10 (0.3kg)
Harga (0.5kg) RM18
ciri-ciri unik:
- sambal sira menyaluti kepingan
- diisi dalam balang plastik botol
- balang plastik keras supaya kepingan susah hancur
- balang plastik botol jenis jernih supaya kuih nampak dari luar
- isian dalam botol nampak cantik dan kemas


biskut raya 2014 Almond London
Harga RM30 (kuantiti 50 biji)
Harga VIP: RM25
ciri-ciri unik:
- salutan coklat penuh diatas
- saiz biskut tidak kecil


Kek Raya Swissroll
Harga setengah kilo RM 40
Harga VIP: RM 35
ciri-ciri unik:
- kek agak mampat dan bukan seperti kek span kosong
- penuh rasa coklat
- kek tidak terlalu manis dan tidak cepat muak
- saiz yang besar lebih dari setengah kilo

Pengambilan (COD) di kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Untuk dapatkan harga VIP, sila call/sms/whatsapp ke 0173922805 sekarang.
{ Read More }


Kisah Puasa, Akal dan Nafsu

Alkisah daripada usrah ketika zaman sekolah dulu.

Bagaimana untuk kita melawan nafsu kita? Nafsu ni kalah dengan apa?

Kisah penciptaan akal dan nafsu
Akal dan nafsu ini dicipta sebelum terciptanya manusia,

Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah bertanya pada akal: "Wahai akal! Siapakah aku?"

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang da`if dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang ertinya: "Wahai akal, tidak Aku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu dan bertanya pada nafsu yang ertinya: "Wahai nafsu, siapakah Aku dan siapakah engkau?"

Maka jawab nafsu dengan ego dan bongkak, "aku adalah aku, dan engkau adalah engkau!"

Begitu bongkak, sombong dan egonya nafsu ini apabila ditanya Allah. Maka, balasannya diletakkan didalam api neraka Jahannam, lalu dibiarkan oleh Allah terkena azab selama 100 tahun.

Setelah itu ditanya lagi Allah kepada nafsu ciptaanNya, "Siapa Aku dan siapa engkau?"

Jawab nafsu lagi, "aku adalah aku, dan engkau adalah engkau!"

Walaupun diazab pedih dalam api neraka Jahannam, nafsu terus menerus ego dan bongkak kepada Allah.

Tetapi Allah Maha Mengetahui kelemahan ciptaanNya, maka Allah S.W.T memasukkan nafsu itu dalam neraka lapar (Juu') selama 100 tahun. Allah membiarkan nafsu kelaparan, tanpa diberi makan, tanpa diberi minum.

Selepas dimasukkan dalam neraka lapar ditanya lagi Allah kepada nafsu: "Siapa Aku dan siapa kamu?" Maka dengan penuh kesal nafsu menjawab, "Kamu adalah Tuhan yang menciptakan aku".

Kesimpulannya, nafsu amat lemah jika lapar dan tidak diberi minum. Dalam kata lain, itulah yang disebut dalam Islam istilah "PUASA". Puasa amat digalakkan untuk menundukkan nafsu. Tapi adakah tujuan berpuasa itu semata-mata untuk mengawal nafsu?

Tujuan utama puasa bukanlah untuk menundukkan nafsu seperti yang didalam kisah diatas. Untuk tahu kenapa tujuan utama puasa dilakukan, boleh baca artikel ini >> Kisah Lailatul Qadar
{ Read More }


Harga Emas Hari Ini Naik Sebab El Nino?

Berdasarkan info yang diketahui, fenomena perubahan besar cuaca El Nino berlaku pada tahun 1998, 2008 dan terbaru pada tahun ini 2014. Kebetulan pula tiba-tiba harga emas meningkat pada masa ini (Jun 2014). Cuba lihat sejarah carta emas mengikut tahun di bawah pada 1999, 2009 dan 2014 di bawah:

sumber: www.kitco.com
Kenaikan harga emas berlaku selepas fenomena El Nino. Adakah satu kebetulan?

Seperti yang diketahui umum, pada tahun 1998 dunia mengalami krisis ekonomi yang merudum akibat manipulasi matawang dan sekali lagi kelembapan ekonomi pada tahun 2008 akibat krisis hutang sehingga menyebabkan negara Greece muflis. Selepas tahun-tahun tersebut juga, harga emas juga meningkat.

Adakah harga emas akan naik selepas ini? Para pengkaji yang terdiri daripada pelabur berpengalaman pun tak dapat agak naik turun harga emas ini. Kita yang golongan bawahan ni duduk je lah diam-diam dapatkan duit :)

Untuk tahu harga emas terkini dalam Ringgit Malaysia, boleh lawat laman web ni >> http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html


{ Read More }


Bahasa Jepun yang Kelakar

Sungguh menggelikan hati bila terbaca satu perkataan bahasa jepun dicampur-adukkan dengan bahasa inggeris dengan bunyi bahasa melayu. Sekurang-kurangnya boleh juga belajar bahasa Jepun dengan lawak nih.

Cuba sebut perkataan ni dengan bahasa baku Melayu anda >> "SHINE!"

No bunyi speaking or bunyi omputih okay :)

Dalam bahasa Inggeris, shine bermaksud bersinar, berkilau atau bercahaya. Kalau nak tahu dalam bahasa Jepun, apabila bunyinya dibahasa-bakukan akan menjadi maksud "mati' atau bahasa yang biasa orang pakai "pergi mampos". Jangan sesekali gunakan pada orang Jepun yang anda baru kenali. Hahahaha..

belajar bahasa jepun

Dalam satu blog perdana menteri Jepun, Shinzo Abe ada menulis tentang bantuan sokongan untuk wanita di Jepun. Kalau orang Jepun baca, fahaman diorang adalah "Pergi Mati!, Semua perempuan, ke arah Jepun yang bersinar." Padahal maksudnya adalah "Bersinar! Semua perempuan, ke arah Jepun yang bersinar". Inilah boleh dipanggil Japlish = Japanese + English. ahahaha adoyai..

(KEMASKINI: baru-baru ini terpapar dalam utusan, http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140628/lu_03/PM-Jepun-tersalah-taip)

Teringat dulu ada kawan minta diajar bahasa Inggeris. Masa periksa karangan dia, ada tulis mengenai diri dia. Ada satu ayat tu dia tulis "I like to eat snake". Aku pun tanya "Huh? Snake?? まじか!?? (huh? ular?? biar betul!?)". Dia cakap ya & aku pun tiba-tiba macam lurus bendul masa tu dan sangka memang ada orang Jepun makan ular.

Bila dah habis periksa karangan dia, aku nak tanya lagi pasal masakan ular tu diorang masak apa. Bila terdetik nak tanya, aku teringat mungkin maksud dia "SNACK!" Memang bergegar bilik aku gelak. Dia tanya kenapa gelak dan aku bagitahu la maksud sebenar dia "さっき書いたのはお菓子が好きって言うのか!?" (yang tadi maksudnya nak tulis suka makan jajan ke?). Dia mengangguk & gelak bila aku terangkan bunyi Snake & Snack memang hampir sama tapi maksudnya lain. hahahaha..

Ada banyak lagi kisah-kisah kelakar belajar berbahasa ni. Sekurang-kurangnya cepat sikit belajar. hehe.. Nak tengok lagi gambar-gambar lawak bahasa Jepun yang boleh dipelajari, boleh tengok di sini:
http://www.pinterest.com/jparbon/funny-japanese-signs/



{ Read More }


Free Autoresponder

Free Autoresponder - Aweber, Getresponse, Mail Chimp atau Emelmatik.
Sistem email Aweber dan Getresponse adalah antara email autoresponder yang terkenal dalam kalangan internet marketer. Mail Chimp dan TrafficWave pun tak terkecuali tapi semuanya berbayar! ;(

Sebenarnya ada satu autoresponder yang PERCUMA selama 365 HARI dicipta oleh seorang rakyat Malaysia sendiri. Terima kasih pada Mr Boon Lee, pengasas sistem ini di Malaysia.

Autoresponder ini membolehkan subcriber anda mendapat respond secepat mungkin atau selang sehari selepas tu.

Sistem email autoresponder percuma 365 hari yang disebut tadi dinamakan emelmatik, kalau nak ingat macam nama emel automatik pun ada.

Kalau baru mula belajar bagaimana sistem email marketing ini berfungsi, disyorkan guna MailChimp sebab ia mesra pengguna, mudah faham dan tutorial videonya mudah membantu. Tapi untuk guna autoresponder MailChimp ini perlu dibayar.

Sebenarnya dalam emelmatik kita boleh kumpul list secara automatik dengan cipta satu form macam ni:


Nama

Email




Secara automatik anda akan dapat steps percuma jika isi borang diatas. Kalau anda berminat untuk belajar cepat macam mana form atas dibuat, boleh isikan nama & emel anda untuk dapatkan tutorial percuma sekarang :)
{ Read More }


Buat Duit Tanpa Modal

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES DENGAN MODAL RM0 - PENGALAMAN SENDIRI

Kesilapan dulu ketika hendak mulakan bisnes adalah memikirkan kita perlu modal besar, kena buka kedai dan buat pinjaman. Rupanya mindset tersebut adalah antara silap besar jika baru nak mula bisnes. Otak yang diperah bukan untuk memikirkan kedai yang cantik tapi idea untuk dapatkan pelanggan pertama.

Bisnes dengan modal kosong ini boleh buat dari rumah saja!

SIAPA cakap bisnes kena ada modal dulu baru boleh buat? Amat penting sekali untuk mula bisnes dengan kos rendah tapi pulangannya berbaloi. Berikut contoh idea bisnes tanpa modal yang boleh dibuat:

1. BAIKI KOMPUTER

Kalau ada kawan-kawan yang sistem komputer mereka rosak, tawarkan untuk bantu. Kalau dapat baiki, minta sedikit upah penat membaiki. Bagitahu daripada korang hantar ke kedai, lagi baik bagi aku repair cas RM20 jer ;)

Tips: Kebiasaannya orang perempuan kurang faham kalau sistem komputer mengalami masalah. Jadi cari ler aweks dan uar-uarkan kemachoan korang yang boleh baiki komputer. Kalau tak tahu nak baiki komputer, info kat Youtube & Google kan ada.. ;)

2. JAGA BUDAK

Zaman sekarang, kebanyakan ibubapa mempunyai kerjaya masing-masing. Ramai antara mereka lebih suka anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran rumah dan ada penjaga boleh menumpukan khusus untuk anak mereka. Tawarkan khidmat menjaga anak-anak saudara atau anak jiran anda dahulu.

Tips: Budak-budak suka tengok kartun. Buka televisyen dan letakkan permainan kerana anak-anak ini suka serta dapat mengembangkan minda mereka. Play more learn more :)

3. BAIKPULIH SMARTPHONE

Entah dah berapa kali terdengar ramai orang tertipu dengan baikpulih smartphone ni. Format saja dah kena cas RM30 padahal boleh buat sendiri pada setting. Habis semua gambar & video hilang kena format. Jadi apa kata korang tawarkan khidmat membaiki smartphone kawan-kawan atau mak saudara untuk dibaiki dengan cas RM5 saja ;)

Tips: Maklumat untuk membaiki smartphone boleh dicari di forum & helpcentre jenama phone tersebut. Kalau perlu format, save dulu gambar dan video dalam komputer sebelum format.

4. SEWAKAN BILIK

Dekat rumah sekarang ada bilik lebih tak? Lagi bagus kalau bilik tersebut ada bilik air tersendiri. Ketika waktu cuti atau ketika anda tiada di rumah, anda boleh tawarkan bilik untuk disewa.

Tips: Jika ada jiran yang hendak memulakan majlis kahwin, keluarga mereka atau keluarga sebelah kebiasaannya memerlukan tempat tinggal sementara. Tawarkan bilik untuk disewa sementara. Kalau dalam keadaan ni, dalam bilik sewa tak ada bilik air pun takpe sebab boleh mandi  kat rumah jiran tu ;)

5. DROPSHIP

Tahu tak apa itu dropship? Ianya adalah satu sistem ejen bisnes yang anda tak perlu simpan dulu produk. Bila ada pelanggan mahu, baru anda ambil produk untuk dijual. Secara ringkasnya dirumuskan dalam gambar rajah dibawah:


Anda tak perlu simpan produk, tak perlu buka kedai dan tak perlu keluarkan modal. Urusan penghantaran produk dan simpanan produk dibuat oleh pembekal. Contohnya begini:

Pembekal menawarkan dropship:

Harga ejen dropship: RM13
Harga dijual di pasaran RM20

Anda tawarkan pada seorang pelanggan dan dia mahu beli. Anda minta bayaran RM20 dan order dengan harga RM13 itu pada pembekal.

Jualan (RM20) - Order (RM13) = Untung RM7!

Konsep dropship ini boleh menjana pendapatan sehingga beratus-ratus ringgit sebulan tanpa perlu pening memikirkan untuk sewa kedai atau simpan produk.

Kebiasaannya pendaftaran menjadi ejen dropship ini dicaj hingga RM50. Ada juga pembekal yang mewajibkan beli dahulu satu barang, baru boleh minta jadi ejen dropship. Kelebihan menjadi ejen dropship kami pula:

- Anda tak perlu membayar yuran pendaftaran (kerana kami mahu bantu anda buat duit tanpa modal)
- Anda tak perlu beli barang dulu untuk jadi ejen (nak guna untuk diri sendiri pun boleh :)
- Keuntungan 100% milik anda (sukahati anda nak jual berapa, kerana kami tawarkan harga dropship lebih rendah dari harga pasaran)
- Tak payah pening-pening nak pergi poskan barang, kami uruskan penghantaran.
- Boleh percaya kami dengan datang jumpa sendiri untuk ambil di Melaka (no tel 0173922805 call dulu ya :)

Isi nama dan emel anda jika mahu lagi tips dan idea serta buku mengenai bisnes yang boleh diberikan percuma :) Dan secara automatik anda juga boleh jadi ejen dropship kami jika berminat. Tulis nama dan emel di bawah ini:


Nama manja

Alamat Emel



{ Read More }


Trick guna Google Search

Sekarang dalam musim bola, kalau taip apa-apa mengenai World Cup di Google Search akan keluar keputusan dan jadualnya terus. Jadi mudah sikit lah nak mencari.


Kalau nak mencari perkataan yang exactly sama dalam Google Search seperti apa yang kita taip, boleh gunakan search setting and preferences untuk dapatkan secara tepat dan kalau perasan akan ada "double quotation mark" dalam carian tersebut. Rupanya memang ada tricks dalam Google Search untuk senang membuat pencarian. Contoh paling mudah macam yang disebut tadi, guna double quotation mark untuk membuat carian perkataan yang sama:


Pernah tak kadang-kadang kita ada terbaca artikel sesuatu laman web sebelum ni tapi bila nak mencarinya sekarang tak tahu macam mana dan tak keluar dalam carian. Trick untuk carian Google tersebut adalah dengan taip "site:" diikuti dengan alamat link URL dan carian anda.


Itulah serba sedikit tricks yang membantu carian menjadi mudah dan cepat. Ada banyak lagi tricks yang boleh kita tahu kalau klik perkataan "sumber" dibawah. Kebanyakannya carian yang memang orang ramai cari sudah dikumpulkan untuk rujukan.

sumber
tambahan

[KEMASKINI]: Artikel ini ditambah lagi dengan maklumat kajian dari saudara Luqman Sempoi. Boleh gunakan tenaga di hujung jari anda untuk klik sini
{ Read More }


Kenapa Tak Makan Babi

Duduk di negara majoriti non-muslim & tak beragama, selalu kena tanya kenapa tak boleh makan babi.

selalunya jawapan aku, sebab kami menganggap anjing dan babi itu kategori sama.

dan selalunya aku tanya balik, "makan anjing tak?"

macam biasa reaksi diorang, "mestilah tak".

tapi orang korea makan anjing kan.. bagi orang jepun, benda tu susah diterima. 

macam tu dalam islam, ada perkara yang boleh diterima tapi sukar diterima hakikatnya bagi orang lain.

dalam islam, anjing dan babi termasuk dalam kategori najis berat. boleh dipegang seperti najis lain, cuma cara membersihkannya bukan sekadar air biasa tapi ditambah dengan lebih kurang 15% air tanah (1/7).


kadang-kadang ada yang nak tanya tu, melihat dari perspektif saintifik. 

kalau keadaan macam ni, soalan aku: babi jenis binatang yang makan najis sendiri kan.. tahu tak ada cacing yang tak mati kalau daging khinzir tu dimasak sekalipun.

macam pernah tengok dalam TV katanya dia tahu, dan aku tanya balik dah tahu tu kenapa makan?

sedap katanya. aku biasanya takkan argue lawan balik kata-kata dan senyum saja. sebab lebih baik pentingkan hubungan persahabatan daripada menunjukkan ego walaupun bagi kita perkara tu betul.

Satu perkara lagi yang ada seorang muallaf ajar aku kalau ditanya soalan begini, cakap saja sebab ia arahan Allah dan ada sebab yang membuatkan kita tak boleh makan.

contoh penerangan, "seorang anak kecil melihat api kebakaran yang bagi pandangan dia cantik dan budak ni nak pergi tengok juga tetapi dilarang ibunya".

kita tahu kenapa ibu budak tu melarang dia sebabnya kita nampak akibatnya.

begitu juga perumpamaan nya larangan Allah memakan anjing dan babi sebabnya Allah saja mengetahui.

dan persoalan biasa kalau lepas ditanya, susah ya duduk sini. susah nak cari makan kat sini, banyak makanan tak boleh.

reaksi yang biasa aku buat, 

"alah, banyak-banyak makanan kat dunia ni kenapa susah-susah nak pikirkan makan babi tak boleh?? seafood ada, udang, sotong, ketam semua boleh makan.. ayam, lembu, sayur, buah, nasi & roti pun boleh makan. tak mati punya lah. hahaha"

Nota: dalam keadaan darurat sehingga mengancam nyawa, muslim dibenarkan memakan apa sahaja walaupun seekor katak yang melintas. situsasi ini tidak boleh terpakai dalam keadaan boleh dapatkan makanan halal dan boleh hidup tanpa ancaman mati kelaparan.

Mungkin ramai pernah tengok video yang menunjukkan daging babi apabila dicampur dengan air Coca Cola, akan keluar cacing-cacing kecik dari situ.

Ini pula video yang cacing tersebut tak mati walaupun sudah dimasak (atau mungkin tak cukup masak?):


{ Read More }


Ujian Menaip Online

Menarik juga ujian menaip ni. Memahirkan guna semua jari.

Ujian menaip
Nama ujian ni bukan ujian SPM tapi 10FastFingers. (hehehe..)

10FastFingers akan menguji kepantasan menaip anda. Hanya mulakan menaip dan lihat berapa pantas anda mampu taip. Berlatih setiap hari dan mantapkan kepantasan anda menaip. Adakah anda lebih pantas dari orang lain?

Disediakan juga dalam bahasa Melayu, kalau nak tukar ke English pun boleh.

Dah bersedia?

Untuk bermula, klik sini.
{ Read More }


Recover Deleted Files: Guna Software

Pernah sekali hard disk macam kena virus & ada gambar dalam tu hilang. Panik juga dibuatnya. Bukan panik apa, cuma sayang gambar-gambar kenangan hilang.

Cari software untuk recover & jumpa satu free software nih. Tapi tak semua recover, ada banyak lagi fail yang hilang.

Don't Panic! samingersoll.com

Lepas tu cuba yang berbayar, tapi nak cari yang murah la. Dapatkan dari seorang yang mahir juga pasal komputer. Dia minta upah carikan software tu & bagi melalui email.

Lepas install, memang scan habis external drive tu. Lama jugak masa scanning makan masa berjam-jam. Lepas habis, banyak fail yang hilang dapat recover walaupun still ada sikit yang tak dapat diselamatkan.. sob3.. Tapi puashati juga pakai software ni sebab fail yang lama-lama semua pun dapat cover balik.

Ada lagi satu, kalau ada masalah terbuang emel & emel tu memang dah takde dalam tong sampah (permanently deleted emails). Untuk akaun Yahoo Mail masih boleh recover balik dalam 7 hari walaupun tak dijamin:

Kena buat request, link request disini.




{ Read More }


Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest