Kenapa Tak Makan Babi
Duduk di negara majoriti non-muslim & tak beragama, selalu kena tanya kenapa tak boleh makan babi.
selalunya jawapan aku, sebab kami menganggap anjing dan babi itu kategori sama.
dan selalunya aku tanya balik, "makan anjing tak?"
macam biasa reaksi diorang, "mestilah tak".
tapi orang korea makan anjing kan.. bagi orang jepun, benda tu susah diterima.
macam tu dalam islam, ada perkara yang boleh diterima tapi sukar diterima hakikatnya bagi orang lain.
dalam islam, anjing dan babi termasuk dalam kategori najis berat. boleh dipegang seperti najis lain, cuma cara membersihkannya bukan sekadar air biasa tapi ditambah dengan lebih kurang 15% air tanah (1/7).
kalau keadaan macam ni, soalan aku: babi jenis binatang yang makan najis sendiri kan.. tahu tak ada cacing yang tak mati kalau daging khinzir tu dimasak sekalipun.
macam pernah tengok dalam TV katanya dia tahu, dan aku tanya balik dah tahu tu kenapa makan?
sedap katanya. aku biasanya takkan argue lawan balik kata-kata dan senyum saja. sebab lebih baik pentingkan hubungan persahabatan daripada menunjukkan ego walaupun bagi kita perkara tu betul.
Satu perkara lagi yang ada seorang muallaf ajar aku kalau ditanya soalan begini, cakap saja sebab ia arahan Allah dan ada sebab yang membuatkan kita tak boleh makan.
contoh penerangan, "seorang anak kecil melihat api kebakaran yang bagi pandangan dia cantik dan budak ni nak pergi tengok juga tetapi dilarang ibunya".
kita tahu kenapa ibu budak tu melarang dia sebabnya kita nampak akibatnya.
begitu juga perumpamaan nya larangan Allah memakan anjing dan babi sebabnya Allah saja mengetahui.
dan persoalan biasa kalau lepas ditanya, susah ya duduk sini. susah nak cari makan kat sini, banyak makanan tak boleh.
reaksi yang biasa aku buat,
"alah, banyak-banyak makanan kat dunia ni kenapa susah-susah nak pikirkan makan babi tak boleh?? seafood ada, udang, sotong, ketam semua boleh makan.. ayam, lembu, sayur, buah, nasi & roti pun boleh makan. tak mati punya lah. hahaha"
Nota: dalam keadaan darurat sehingga mengancam nyawa, muslim dibenarkan memakan apa sahaja walaupun seekor katak yang melintas. situsasi ini tidak boleh terpakai dalam keadaan boleh dapatkan makanan halal dan boleh hidup tanpa ancaman mati kelaparan.
Mungkin ramai pernah tengok video yang menunjukkan daging babi apabila dicampur dengan air Coca Cola, akan keluar cacing-cacing kecik dari situ.
Ini pula video yang cacing tersebut tak mati walaupun sudah dimasak (atau mungkin tak cukup masak?):
Comments