Harga Emas Hari Ini Naik Sebab El Nino?
Berdasarkan info yang diketahui, fenomena perubahan besar cuaca El Nino berlaku pada tahun 1998, 2008 dan terbaru pada tahun ini 2014. Kebetulan pula tiba-tiba harga emas meningkat pada masa ini (Jun 2014). Cuba lihat sejarah carta emas mengikut tahun di bawah pada 1999, 2009 dan 2014 di bawah:
Kenaikan harga emas berlaku selepas fenomena El Nino. Adakah satu kebetulan?
sumber: www.kitco.com |
Seperti yang diketahui umum, pada tahun 1998 dunia mengalami krisis ekonomi yang merudum akibat manipulasi matawang dan sekali lagi kelembapan ekonomi pada tahun 2008 akibat krisis hutang sehingga menyebabkan negara Greece muflis. Selepas tahun-tahun tersebut juga, harga emas juga meningkat.
Adakah harga emas akan naik selepas ini? Para pengkaji yang terdiri daripada pelabur berpengalaman pun tak dapat agak naik turun harga emas ini. Kita yang golongan bawahan ni duduk je lah diam-diam dapatkan duit :)
Untuk tahu harga emas terkini dalam Ringgit Malaysia, boleh lawat laman web ni >> http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html
Comments