Pengalaman Berniaga Online | Just Blogging







Pengalaman Berniaga Online

BISNES BARANG JEPUN

Ada satu hari tu terasa betul-betul nak buat bisnes barangan Jepun. Semangat cari barang-barang Jepun, beli borong dan bermulanya episod aku berbisnes secara agak serius ala-ala part time. Tapi, barang yang aku borong terlalu banyak sampaikan terpaksa lebihan tu jual murah untuk dapatkan modal balik. Ada untung sikit tapi agak kurang memuaskan macam tak berbaloi dengan penat. Ini la kesilapan paling besar aku dalam mengharungi awal-awal pembabitan bisnes.

Kesilapan 1: Terlalu taksub pada produk, padahal yang penting lagi adalah menyelesaikan masalah customer.

Kesilapan 2: Terlalu fokus pada membuat website yang cool siap ada shopping cart, pembayaran guna kad kredit/visa/paypal gitu. Padahal yang lebih penting ialah fokus pada marketing atau dalam kata lain menambah channel.

Kesilapan 3: Tak simpan data-data customer. Dapat je jualan, terus tak ingat dah customer tu. Padahal ingat senang ke dapat customer yg dah percaya kat kita. Sebenarnya kita boleh jual lagi barang lain pada customer2 nih sebab dah ada trust.

NAK BISNES KAMERA PULAK

Lepas tu aku semangat pulak nak mulakan bisnes lens kamera, jenama NIKON & Canon siapa tak kenal kan? Promosi punya promosi memang ada yang minat tapi kebanyakannya tanya sampaikan ganggu juga masa aku. Dah tanya2, boleh kata sorang dua ja yang jadi beli.

Lepas tu masalah lain pulak, kata tunggu cukup bulan tapi bila sampai masa tak jadi beli. Dah la buang masa nak terangkan, nak jawab satu2 lepas tu susah nak terjual. kalau terjual memang la ada untung, dalam RM100-RM200 jadilah untung bersih. Semua yang berminat nak murah kaw2, kebanyakn jenis banyak tanya.

Perkara yang aku belajar ialah:

1. Bisnes kamera ni jenis premium, ianya produk kehendak. Walaupun margin untungnya besar, kelecehannya juga besar. Banyak MASA, MODAL dan TENAGA diperlukan untuk menerangkan mengenai produk. Boleh jadi patah semangat kalau dah penat2 terangkan tapi customer tak jadi beli.

2. Perkara lain yang aku belajar ialah, dalam awal-awal bisnes kita ni dalam proses belajar bisnes. Kita perlukan self-esteem yang tinggi untuk dapatkan semangat gituu.. Jual produk yang ada permintaan dan keperluan. Walaupun margin untungnya kecil tapi ianya seperti anak-anak sungai yang mengalir menjadi sungai yang besar.

TOLONG ORANG LAIN

Satu hari nenek aku terlantar sakit pinggang & tulang belakang, puas pergi hospital, x-ray & berubat semua tapi tak jalan. Sakitnya sampai susah nak bangun atas katil, mengerang sakit kalau bergerak silap sikit. Busu aku cadangkan makan satu ramuan akar kayu ni & kitorang cuba. Aku tak mengharap sangat tapi cuba saja semua ikhtiar yang ada. Macam ajaib, lepas 2-3 hari nenek boleh bangun macam orang sihat jer.

Dari situ heboh sikit pasal ramuan ni bagus. Ada saudara yang sakit lutut sampai nak dibedah pun tak jadi dibedah. Ubat ni akan memperbetulkan balik urat & keradangan sekitar tulang. Secara tak langsung kitorang tolong pulak orang lain yang ada masalah sama. Kitorang tolong dapatkan ramuan tu, mereka beli dari kami. Sejak tu aku belajar sesuatu dalam menjual -> menjual bukan cerita tentang ubat ini paling bagus! >> tetapi cerita apa yang boleh kita bantu orang.

Dalam berniaga ni, kita kena bantu dan menyelesaikan masalah orang lain. Niat kena betul dan bisnes inshaAllah berjaya.

BUAT BISNES DROPSHIP


Aku belajar sesuatu dari jual ubat sakit belakang tu. Kan senang kalau jualkan produk orang lain. Barang tak payah simpan, bila ada orang order baru ambik. Jadi aku mulakan bisnes dropship. Aku berbaik dengan seorang akak ni tolong jualkan barang dia. Tak sangka lagi senang kerja dropship ni. Takpayah risau keluar modal beli barang dulu tapi bila ada order baru ambil. Dan dalam konsep dropship ni, aku takpayah poskan barang. Kakak tu yang poskan ke customer bagi pihak aku. Dia akan guna Poslaju ke, CityLink ke, GDex kadang2. Kalau barang besar dalam kotak, boleh guna KTMD (Keretapi Tanah Melayu Distribution) atau bas ekspress. Tapi bas ekspress ni kena hantar & ambil sendiri kat stesen bas, barang cepat sampai tapi ada sedikit leceh disitu.

Kalau perasan daripada cerita aku kat atas, ada beberapa tips mula bisnes yang boleh korang buat:

1. CARI MASALAH

Ni bukan cari gaduh, tapi cari masalah orang dan tawarkan penyelesaiannya. Contoh paling senang macam cerita aku jual ubat sakit tulang nenek aku tadi. Masalah sakit tulang, dan penyelesaiannya ubat. Bukan produk sendiri tapi hanya jadi orang tengah tolong jualkan produk orang lain. Untuk pengetahuan, jualannya sampai sekarang dah mencecah RM30 000 lebih dalam masa setahun. Aku buat parttime ja, kalau fulltime tak tahu la. Produk-produk selesaikan masalah ni akan terjual sendiri, tak payah nak explain panjang macam barang kehendak spt cerita lens kamera aku tadi.

2. JUAL BARANG KEPERLUAN

Dah berniaga ni, kalau tak nampak borang poslaju ni memang pelik tau
Bezakan barang kehendak dan barang keperluan. Biasanya lagi senang jual brang keperluan berbanding barang kehendak. Kalau nak dibandingkan, barang keperluan untungnya lagi banyak dan berterusan berbanding untung barang kehendak. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dari pengalaman sendiri aku. Jual lens kamera (barang kehendak) macam nak rak penatnya tapi jual kuih raya (barang keperluan di hari raya) lagi senang. Untung barang keperluan sebabnya kalau dah sorang tu beli barang keperluan kat ko, dia akan beli lagi dan lagi. Kalau barang kehendak, orang beli sekali saja & untung pun sekali saja. Lagi baik untung berkali-kali. (kalau faham maksud aku). Jual barang keperluan ni saja dah cecah jualan RM20ribu untuk aku sendiri secara parttime. Mula-mula memang susah tapi lama-lama lepas beberapa bulan inshaAllah ada hasilnya.

3. KENA RAJIN BAGITAHU

Istilah dalam bisnes sebut marketing. Bahasa mudah panggil iklan la. Tapi iklan tu jangan paksa orang suruh beli produk tu. Guna teknik soft selling sikit. Rajin-rajin promosi kat forum, blog, Facebook & website sendiri kalau ada. Bagitahu & bagitahu lagi sebab biasanya sikit ja orang yang jadi beli masa mula, jadi korang kena bagitahu lagi baru orang yang terdengar kali kedua & seterusnya ni teringat. Biasanya diorang sibuk sampai terlupa ke nak beli. Jaga baik2 siap yang berminat. Lagi senang jual kat yang berminat & yang dah pernah beli kat kita berbanding cari pelanggan lain. Rajin-rajin promosi masa hujung bulan, time orang dapat gaji $$$. Sebelum time gaji tu dah bagitahu awal2 supaya nanti diorg igt lepas gaji terus beli.

LAGI TIPS BISNES

Ada lagi tipsnya nanti, agak penat untuk aku taip kat sini. Cerita macam mana nak pengaruh pelanggan supaya terbeli juga & cara cepat dapatkan untung bersih RM1000 dalam sebulan. Aku ada siapkan satu buku yang aku tulis sendiri, untuk yang serius berminat boleh isi nama & emel kat bawah:

TIPS BISNES (Free!!)


Nama Panggilan

E-mail


*Semak inbox emel atau di spam folder.

Like the Post? Do share with your Friends.

No comments:

Anda mungkin meminati:

Many

IconIconIconFollow Me on Pinterest