Temuduga Kastam W17
Sebelum masuk kepenerangan yang mendalam, kita fahamkan dulu tugas pembantu penguasa kastam gred w17 ini.
Penerangan Tugas Kastam W17:
Penerangan Tugas Kastam W17:
- Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara.
- Membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais.
- Menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti.
- Menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan.
- Membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
Soalan temuduga SPA yang biasa ditanya:
Latar belakang & kelayakan calon
Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Dasar kerajaan *semasa
Isu semasa dalam & luar negara.
Contoh soalan temuduga SPA:
Soalan: Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul oleh anda nanti?
Contoh jawapan: Membuat pemeriksaan pada barang import, bagasi yang keluar masuk pintu negara, buat pengiraan serta pungutan duti, membuat operasi pencegahan dan melakukan tugas pentadbiran biasa.
Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan:
Soalan: Apakah itu Petunjuk Prestasi Utama atau dikenali dengan KPI?
Contoh jawapan: KPI atau yang dimaksudkan Key Performance Indicator adalah satu set ukuran dan perbandingan operasi dalam mencapai matlamat sesuatu organisasi.
Kalau nak dapatkan tips lagi, baca lagi panduan ebook percuma dalam ni:
(Masukkan emel dalam ni untuk dapatkan terus)
Comments