Matlamat Tahun 2014

Biasa orang lain bagitahu matlamat masa awal tahun. Jujurnya matlamat aku masa awal Januari tahun 2014 haritu:

1. Lulus exam tahun tiga kat universiti ni.
2. Libatkan diri dalam career fair & interview untuk dapatkan kerja sebelum habis belajar.

Memang nak target lulus exam tahun 3 sebab untuk menjadi graduan di universiti Jepun, setahun sebelum tamat belajar di universiti amat penting. Sebabnya berkaitan dengan matlamat no 2, mudah untuk ditawarkan kerja sebelum tamat belajar. Di Jepun, job hunting sudah bermula seawal tahun ke-3 disini. Tapi rupanya matlamat aku tak berhenti disitu, semakin bertambah dan semakin aku terasa betapa ruginya masa aku dibazirkan.

Sejak zaman sekolah aku berminat dalam pelaburan saham dan hartanah. Tapi tak tahu nak bermula macam mana. Jadi aku bermula dengan cuba buat simpanan sedikit demi sedikit untuk simpanan pelaburan tu. Tahun ini aku banyak isikan masa lapang aku membaca apa-apa berkaitan pelaburan hartanah dan saham.



Alhamdulillah matlamat awal tahun haritu sudah terlaksana. kalau ada masa akan berkongsi pengalaman temuduga dapatkan kerja tu nanti. Jadi matlamat aku bertambah untuk capai target 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Untuk matlamat jangka masa pendek ni, target aku:

1. Kumpul modal untuk pelaburan hartanah tahun hadapan dengan buat disiplin simpanan.
2. Dapatkan modal pelaburan dengan berniaga.
3. Maksimumkan potensi keuntungan pelaburan saham.
4. Hold dulu pelaburan emas sebab kadar spread sekarang agak merugikan.
5. Kongsi ilmu pelaburan saham dan hartanah dengan rakan kongsi yang sanggup bersusah payah.

Target tahun depan >> Beli DUA bijik rumah!

Comments

Popular Posts