Kisah Benar RM1 Jadi Sejuta

>>>“Remaja Liar.”<<<

Ya, itu adalah gelaran yang sesuai untuk saya suatu ketika dahulu.

Pada umur saya 19 tahun, masa saya banyak dihabiskan untuk perkara yang tidak berfaedah. Balik rumah lewat malam, habiskan masa lepak dengan kawan-kawan, ini semua memang sudah jadi rutin harian saya.

Masa tu, apa yang ada dalam kotak fikiran saya hanyalah ‘keseronokan’.

Tanggungjawab? Pada ketika itu, ia ibarat mitos. Tiada istilah tanggungjawab dalam kamus hidup saya.

Dari mana saya dapat duit untuk berbelanja sakan? Semuanya dari ibu bapa saya.

Mereka bukanlah orang yang senang, tapi bodohnya saya ketika itu kerana memperlakukan mereka seperti itu.

Tapi itulah saya, “remaja liar”.

........................................

“Hidup Sebatang Kara”

Pada umur 19 tahun, suatu kejadian yang tragis telah berlaku.

Kejadian tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhijrah pergi jauh dari keluarga. Saya lari dari rumah? Tidak, saya terpaksa mengambil keputusan sedemikian.

Apa sebenarnya yang telah berlaku? Biarlah ia kekal menjadi sejarah hitam yang hanya tersimpan di ruang memori saya.

Keluarga saya semuanya menetap di Kuala Lumpur, tapi saya terpaksa pergi hidup sebatang kara di Rembau, Negeri Sembilan.

Agak lama saya seorang diri di sana, hidup saya pada ketika itu lebih melarat.

Segalanya tidak teratur, dalam keadaan jauh dari keluarga, saya jadi lebih leka. Saya hidup dalam dunia saya sendiri, sehinggakan keluarga pun sudah tidak ingin tahu lagi pasal saya.

Kejap saya bekerja di sini, kejap di sana. Saya seperti hilang punca, semata-mata ingin mencari sesuap nasi.

“Kau tak guna!”,
“Budak jahat!”,
“Tahu menyusahkan orang saja!”

Itu ibarat menjadi ‘makanan ruji’ bagi saya pada ketika itu.

Orang sekeliling sangat memandang serong terhadap saya.

Ya, itulah saya, remaja 19 tahun yang hidup sebatang kara ketika itu.


>>> Si PEMINTA SEDEKAH <<<
.
Kejadian ini berlaku pada pertengahan tahun 2012, ia benar-benar berlaku.
.
Ketika itu, saya berada di stesen bas Puduraya seorang diri dan bermalam di kerusi ruang menunggu bas. Dalam keadaan yang agak selekeh pada ketika itu, saya seperti seorang anak gelandangan.
.
Saya cuba seluk dalam poket seluar, yang ada hanya sisa kulit kuaci yang entah dari zaman bila. Duit? Satu sen pun tiada.
.
Mungkin anda tertanya-tanya, tidak logiklah jika saya tiada duit langsung walau 1 sen. Bagaimana saya boleh berada di Puduraya ketika tu jika saya memang tiada duit.
.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, hidup saya memang meleret. Saya memang tidak merancang langsung, saya hanya bergerak mengikut arus. Ada masa saya merayau di sini, ada masa saya melepak di sana pula. Itulah saya.
.
Ketika di Puduraya tu, perut dah ‘menjerit’ kelaparan. Badan pula dah makin berbau. Hati pula semakin resah.
.
Akhirnya, saya kuatkan hati dan nekad untuk cuba meminta sedekah dari orang ramai di situ. Apa yang saya buat?
.
Saya cuba meminta simpati dari mereka yang berjalan di sekitar Puduraya itu. Malu? Ketika itu yang ada dalam fikiran saya hanya “aku lapar”.
.
Alhamdulillah, saya berjaya ‘kumpulkan’ sebanyak RM20 hasil dari pemberian orang ramai di situ. Agak lumayan bukan?
.
RM10 saya pergi beli rokok, saya tahu anda mesti kata saya bodoh, tapi itulah saya ketika itu. RM10 lagi saya simpan dan fikirkan ke mana pula arah tuju saya selepas itu.
.
Bertempat di Puduraya, itulah secara rasminya saya menjadi peminta sedekah.
.
.
.----------------------------------------------------
.
.
>>> PERMULAAN KISAH RM1 <<<
.
.
RM10 dah dibelanjakan untuk beli rokok, yang tinggal hanya RM10.
.
“Apa aku nak buat dengan baki RM10 ni?”
.
Sebenarnya, ada juga rasa menyesal kerana saya telah membazirkan RM10 untuk rokok. Sedangkan plan asalnya, saya ingin pergi makan kerana lapar.
.
Tapi apakan daya, sebagai perokok tegar, jiwa saya meronta-ronta inginkan rokok, sehingga terus terlupa soal makan.
.
Fikir punya fikir, saya mengambil keputusan untuk kembali ke Rembau, Negeri Sembilan. Sebuah tempat yang saya pernah tinggal seorang diri ketika berumur 19 tahun dulu.
.
Dengan berbaki RM10, saya menaiki bas dari Puduraya ke Seremban. Harga tiket bas ketika itu adalah RM6, jadi masih ada baki RM4 di dalam poket saya.
.
Setelah sampai ke Seremban, saya ambil pula bas ke Rembau. Habis lagi RM3 dari ‘simpanan’ saya.
.
Akhirnya, berjaya juga saya menjejakkan kaki kembali ke Rembau, Negeri Sembilan. Apa perancangan saya ketika itu?
.
Tiada perancangan, saya hanya pergi tanpa berfikir. Itulah saya ketika itu.
.
Setelah tolak RM6 dan RM3 untuk tiket bas, tinggallah RM1 dalam poket saya.
.
Saya masih tidak tahu, apa yang patut saya buat dengan RM1 ni. Kalau nak difikirkan, apalah sangat yang boleh saya beli dengan RM1 ni.
.
Dalam keadaan yang serabut pada ketika itu, saya sama sekali tidak sedar yang RM1 itulah permulaan kepada satu perjalanan hidup yang sangat luar biasa.

>>> REZEKI DI MASJID <<<
.
.
Ketika saya menjejakkan kaki ke bumi Rembau, Negeri Sembilan, hanya baki RM1 menjadi ‘pertaruhan’ untuk teruskan kehidupan saya.
.
Di mana saudara-mara atau ahli keluarga saya? Jujurnya, saya bukanlah seorang yang menjadi kegemaran di dalam keluarga.
.
Bukan salah mereka, tapi saya sendiri yang terlalu jauh hanyut dalam dunia saya sendiri. Sebab itu saya tidak salahkan mereka kerana membiarkan saya begitu.
.
Ia adalah akibat dari tindakan serta keputusan saya sendiri.
.
Saya ingat lagi, ketika saya sampai, hari sudah semakin lewat senja. Perut saya ketika itu ibarat dah mainkan lagu Rock Kapak kerana kelaparan tidak makan sepanjang hari.
.
Tanpa berfikir panjang, saya teruskan berjalan kaki mencari idea bagaimana ingin dapatkan sesuap nasi. Minta sedekah lagi?
.
Di saat tu, idea minta sedekah tu tidak pula menjengah dalam fikiran saya. Rupanya Allah SWT nak bagi sesuatu yang lebih sedap untuk saya makan.
.
Kedengaran azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan. Saya pun tawakal sajalah, saya pergi solat serta mendengar kuliah Maghrib di masjid tersebut.
.
Alhamdulillah, selepas itu jemaah ada dijamukan dengan makanan. Kenyang sungguh! Ketika itu, saya sangat bersyukur padaNya kerana melimpahkan rezeki yang tidak saya duga. Rezeki di Masjid.
.
,
.
Selepas selesai solat Isyak, saya pun teruskan perjalanan.
Di saat tu, saya masih tidak tahu apa plan saya yang seterusnya. Fikiran saya seperti buntu kerana jika difikirkan, saya memang tidak mempunyai banyak pilihan.
.
Tapi saya cuba tenangkan hati saya sendiri dan teruskan berjalan tanpa arah tuju. Ketika saya berjalan di depan sebuah kedai makan berhampiran masjid tadi, saya ternampak seorang rakan yang pernah saya kenali ketika saya menetap di Rembau dahulu.
.
Hamizan Komeng, dialah rakan yang saya maksudkan itu.
Tanpa segan silu, saya menebalkan muka dan menegur sahabat saya itu. Dia pun menjemput saya minum sekali dengan dia.
.
“Order apa bos?”, tanya si pengambil order.
.
Lidah saya terkelu seketika sebab duit RM1 ni saja yang saya ada. Saya pun order teh o suam, itu saja pilihan yang ada ketika itu. Selepas itu, kami pun berborak panjang.
.
Untuk pengetahuan anda, ketika itu hanya berbaki 3 hari saja lagi untuk masuk ke bulan Ramadhan. Jadi, si Hamizan ada bercerita tentang plan dia untuk berniaga di bazar.
.
Saya terfikir, tiada yang kebetulan, semuanya Allah SWT yang tetapkan.
.
Bagaimana saya berjalan dan terserempak dengan Hamizan Komeng ini, mungkin inilah jalan keluar bagi saya.
.
Tanpa berfikir panjang, saya pun bertanya pada si Hamizan sama ada dia perlukan pekerja ataupun tidak. Saya sedang cuba ‘menjual’ diri saya padanya.
.
Si Hamizan tidak terus berikan jawapan, dia kata akan dipertimbangkan.
Air teh o suam pun dah habis, Hamizan pun dah ingin berangkat pulang. Tanpa disangka, Allah SWT permudahkan lagi urusan saya ketika itu, Hamizan belanja teh o suam tersebut.
.
Seolah-olah baki RM1 ini seperti ada ‘tugasnya’ yang tersendiri. Terima kasih Hamizan.

>>>Tidur Di Stesen bas Rembau<<<
.
.
Hamizan telah pun pulang, tinggallah saya keseorangan.
.
Perasaan gembira apabila terserempak dengan Hamizan tadi dah mula hilang. Kini bermula kembali episod ‘survive hidup’ saya.
.
Disebabkan hari dah semakin lewat malam, misi saya adalah mencari ‘katil’ untuk tidur.
.
Antara pilihan terbaik malam tu adalah tidur di masjid yang sempat saya singgah solat Maghrib tadi. Tapi hati saya ketika itu agak risau jika dimarah oleh penduduk setempat jika saya bermalam di situ.
.
Mungkin saya saja yang terlebih fikir bukan-bukan.
.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk berjalan kembali ke stesen bas berdekatan untuk mencari tempat untuk berteduh.
.
Alhamdulillah, ada surau kecil di situ, saya rasa lebih selesa untuk tidur di situ.
.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya tidur ibarat gelandangan sebegini. Sebab itu saya tidak begitu risau dan tenang ketika di dalam situasi seperti ini. Walaupun tidur hanya bertilamkan lantai surau, saya tetap bersyukur kerana ada juga ‘hotel’ untuk saya bermalam. Syukur padaMu, Ya Allah.
.
Ketika saya bermalam di surau tersebut, keadaan agak sunyi.
.
Tiba-tiba kesunyian itu betul-betul buat saya rindukan keluarga di rumah. Mula terdetik dalam fikiran, apalah yang sedang mereka lakukan.
.
Adakah mereka juga ada teringatkan saya atau saya hanyalah kenangan pahit dalam memori mereka.
.
Otak saya seperti tidak boleh berhenti berfikir, mata juga ibarat ingkar arahan untuk tidur walaupun badan terasa amat letih.
.
Malam itu saya terkenangkan kembali semua kesilapan yang dah saya lakukan di sepanjang usia ‘gila-gila remaja’ saya ini.
.
Barulah saya sedar kenapa keluarga tidak ambil peduli pada saya. Semuanya berpunca dari saya sendiri, saya yang terlalu liar memilih jalan hidup yang gelap.
.
Ketika itu saya berumur 21 tahun, saya mula membandingkan diri saya dengan rakanrakan lain.
.
Alangkah ketinggalannya saya, mereka ramai yang dah berjaya, saya? Memalukan.
.
Malam itu seperti Allah SWT ingin menyuntik satu kesedaran dalam hati saya.
.
Perasaan menyesal, kecewa & malu datang bertalu-talu, seperti ada satu tamparan kuat pada wajah sendiri yang menjerit, “Berubahlah Zukermi!” Itulah malam yang saya betul-betul rasa dah letih hidup seperti anak terbiar. Saya inginkan kehidupan yang lebih baik, saya ingin kembali ke pangkuan keluarga.
.
Saya ingin berubah!


Hari kedua di Rembau, apa plan saya?
.
Duit RM1 masih ada lagi dalam poket seluar saya.
.
Dalam kotak fikiran saya, masih tidak muncul lagi ilham bagaimana saya ingin gunakan RM1 tersebut.
.
Saya pun kembali ‘jalan-jalan cari makan’ di sekitar Rembau. Perut pun dah berikan signal kelaparan.
.
Akhirnya, Allah SWT telah ilhamkan saya untuk gunakan RM1 itu di Cyber Café. Saya pun terus ke Cyber Café yang berdekatan.
.
Dalam hati saya, inilah peluang terakhir untuk saya fikirkan sesuatu.
.
Tujuan utama saya ke Cyber Café sebenarnya untuk mencari rakan-rakan lama di Facebook dengan niat ingin meminta sedikit pertolongan.
.
Saya pun mulakan ‘misi’ saya dengan gunakan search bar di Facebook. Ada terjumpa rakan-rakan lama saya, saya pun ada bertegur sapa dengan mereka.
.
Bila tiba saja bahagian ‘aku nak pinjam duit sikit bro’, ramai yang keraskan jari dan berhenti menaip.
.
Saya ni memang jenis yang tidak tahu malu ke? Mungkin itu yang terlintas dalam fikiran anda sekarang ni kan.
.
Sejujurnya, saya malu. Tapi saya tiada pilihan lain, itulah saja pilihan yang saya ada ketika itu.
.
Apabila semua rakan-rakan yang dihubungi seakan-akan tidak ingin membantu, saya rasa agak kecewa sebenarnya.
.
Tapi saya tidak salahkan mereka, mungkin mereka ada sebab-sebab mereka sendiri.
.
Sahabat oh ‘sahabat’.
.
Tiada siapa yang ingin membantu saya ketika itu, saya terima hakikat itu dengan tenang. Hidup mesti diteruskan!
.
Dengan RM1 yang saya bayar di Cyber Café itu, hanya sekejap saja waktu saya gunakan untuk meminta tolong dari rakan. Masih ada lagi baki masa.
.
Sambil-sambil saya scroll News Feed ke bawah, saya ternampak iklan-iklan para peniaga di Facebook. Terdetik dalam fikiran saya, apa kata jika saya cuba berniaga.
.
Tapi saya tiada modal, itu masalah utama yang timbul dalam fikiran saya. Sejujurnya, ketika itu saya tiada langsung asas berniaga di Facebook. Perkataan ‘dropship’ pun tidak pernah saya dengar lagi.
.
Tapi saya ada juga sedikit pengalaman berniaga kerana dahulunya saya pernah juga mengikut rakan-rakan menjual barang di bazar larut malam.
.
Kemudian, tiba-tiba muncul satu idea dari kotak fikiran saya ini. Seperti terpancar lampu mentol yang cerah di atas kepala saya.
(bersambung...)

Buat duit RM1 jadi Sejuta dalam setahun. -Utusan-


Catatan diri: Kisah ini adalah kisah benar dari rakan FB saya. Bila berborak orangnya tak sombong, bijak berkomunikasi & suka membantu.

Ciri-ciri beliau memang lain dari usahawan lain yang membuatkan saya anggap memang patut rezeki Allah beri pada dia RM1000000 dalam masa setahun.

Moga beliau dapat konsisten dan saya doakan yang terbaik buat beliau.
-Hairul Azizi-

======================================================================
Saya pun ada join satu rangkaian bisnes dan belajar seperti beliau. walaupun tak dapat lagi cecah sejuta, alhamdulillah sudah mencecah jualan RM20ribu. Segala tekniknya saya ada masukkan dalam buku penulisan yang boleh saya berikan melalui emel:


DOWNLOAD BUKU BISNES
(RM50 RM20 Sekarang Free!!)

Nama Panggilan

E-mail


*Semak inbox emel atau di spam folder.

Comments

Popular Posts