Buat Duit Tanpa Modal

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES DENGAN MODAL RM0 - PENGALAMAN SENDIRI

Kesilapan dulu ketika hendak mulakan bisnes adalah memikirkan kita perlu modal besar, kena buka kedai dan buat pinjaman. Rupanya mindset tersebut adalah antara silap besar jika baru nak mula bisnes. Otak yang diperah bukan untuk memikirkan kedai yang cantik tapi idea untuk dapatkan pelanggan pertama.

Bisnes dengan modal kosong ini boleh buat dari rumah saja!

SIAPA cakap bisnes kena ada modal dulu baru boleh buat? Amat penting sekali untuk mula bisnes dengan kos rendah tapi pulangannya berbaloi. Berikut contoh idea bisnes tanpa modal yang boleh dibuat:

1. BAIKI KOMPUTER

Kalau ada kawan-kawan yang sistem komputer mereka rosak, tawarkan untuk bantu. Kalau dapat baiki, minta sedikit upah penat membaiki. Bagitahu daripada korang hantar ke kedai, lagi baik bagi aku repair cas RM20 jer ;)

Tips: Kebiasaannya orang perempuan kurang faham kalau sistem komputer mengalami masalah. Jadi cari ler aweks dan uar-uarkan kemachoan korang yang boleh baiki komputer. Kalau tak tahu nak baiki komputer, info kat Youtube & Google kan ada.. ;)

2. JAGA BUDAK

Zaman sekarang, kebanyakan ibubapa mempunyai kerjaya masing-masing. Ramai antara mereka lebih suka anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran rumah dan ada penjaga boleh menumpukan khusus untuk anak mereka. Tawarkan khidmat menjaga anak-anak saudara atau anak jiran anda dahulu.

Tips: Budak-budak suka tengok kartun. Buka televisyen dan letakkan permainan kerana anak-anak ini suka serta dapat mengembangkan minda mereka. Play more learn more :)

3. BAIKPULIH SMARTPHONE

Entah dah berapa kali terdengar ramai orang tertipu dengan baikpulih smartphone ni. Format saja dah kena cas RM30 padahal boleh buat sendiri pada setting. Habis semua gambar & video hilang kena format. Jadi apa kata korang tawarkan khidmat membaiki smartphone kawan-kawan atau mak saudara untuk dibaiki dengan cas RM5 saja ;)

Tips: Maklumat untuk membaiki smartphone boleh dicari di forum & helpcentre jenama phone tersebut. Kalau perlu format, save dulu gambar dan video dalam komputer sebelum format.

4. SEWAKAN BILIK

Dekat rumah sekarang ada bilik lebih tak? Lagi bagus kalau bilik tersebut ada bilik air tersendiri. Ketika waktu cuti atau ketika anda tiada di rumah, anda boleh tawarkan bilik untuk disewa.

Tips: Jika ada jiran yang hendak memulakan majlis kahwin, keluarga mereka atau keluarga sebelah kebiasaannya memerlukan tempat tinggal sementara. Tawarkan bilik untuk disewa sementara. Kalau dalam keadaan ni, dalam bilik sewa tak ada bilik air pun takpe sebab boleh mandi  kat rumah jiran tu ;)

5. DROPSHIP

Tahu tak apa itu dropship? Ianya adalah satu sistem ejen bisnes yang anda tak perlu simpan dulu produk. Bila ada pelanggan mahu, baru anda ambil produk untuk dijual. Secara ringkasnya dirumuskan dalam gambar rajah dibawah:


Anda tak perlu simpan produk, tak perlu buka kedai dan tak perlu keluarkan modal. Urusan penghantaran produk dan simpanan produk dibuat oleh pembekal. Contohnya begini:

Pembekal menawarkan dropship:

Harga ejen dropship: RM13
Harga dijual di pasaran RM20

Anda tawarkan pada seorang pelanggan dan dia mahu beli. Anda minta bayaran RM20 dan order dengan harga RM13 itu pada pembekal.

Jualan (RM20) - Order (RM13) = Untung RM7!

Konsep dropship ini boleh menjana pendapatan sehingga beratus-ratus ringgit sebulan tanpa perlu pening memikirkan untuk sewa kedai atau simpan produk.

Kebiasaannya pendaftaran menjadi ejen dropship ini dicaj hingga RM50. Ada juga pembekal yang mewajibkan beli dahulu satu barang, baru boleh minta jadi ejen dropship. Kelebihan menjadi ejen dropship kami pula:

- Anda tak perlu membayar yuran pendaftaran (kerana kami mahu bantu anda buat duit tanpa modal)
- Anda tak perlu beli barang dulu untuk jadi ejen (nak guna untuk diri sendiri pun boleh :)
- Keuntungan 100% milik anda (sukahati anda nak jual berapa, kerana kami tawarkan harga dropship lebih rendah dari harga pasaran)
- Tak payah pening-pening nak pergi poskan barang, kami uruskan penghantaran.
- Boleh percaya kami dengan datang jumpa sendiri untuk ambil di Melaka (no tel 0173922805 call dulu ya :)

Isi nama dan emel anda jika mahu lagi tips dan idea serta buku mengenai bisnes yang boleh diberikan percuma :) Dan secara automatik anda juga boleh jadi ejen dropship kami jika berminat. Tulis nama dan emel di bawah ini:


Nama manja

Alamat Emel



Comments

Popular Posts